Thursday, November 20, 2008

“Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini”

“Pemuda Muslim Dalam
Menghadapi Cabaran Masa
Kini”

Abdullah Nasih Ulwan

Muqaddimah Penulis

Segala pujian bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan semua para sahabat baginda. Begitu juga ke atas para
duat di jalan Allah sehingga hari kiamat.

Ketika saya pergi ke London pada tahun 1403H untuk menjalani rawatan terhadap penyakit
yang saya hidapi, saya sempat menziarahi perkhemahan musim panas bersama-sama
dengan Pengetua ‘Dar Ar Ri’ayah Al Islamiah’, Doktor Mahmud Al Khoni (semoga Allah
memeliharanya) yang telah memberikan perhatiannya kepada saya bermula dari ketibaan
saya di sana sehingga saat kepulangan... Semoga Allah memberikan balasan terhadap jasa-
jasanya kepada saya dan kepada muslimin dengan sebaik-baik balasan dan memeliharanya
untuk terus melakukan kerja-kerja Islam serta mengangkat kedudukannya di dunia dan
akhirat.

Sebaik sahaja kami tiba di perkhemahan tersebut dengan diiringi oleh beliau, kami telah
disambut oleh rakan-rakan seperjuangan -semoga Allah memberkati mereka- dengan
suasana yang meriah dan penuh penghormatan. Setelah kami berehat sebentar di tempat
khas yang disediakan untuk tetamu, saya telah diminta oleh orang yang bertanggungjawab
terhadap perkhemahan tersebut untuk menyampaikan ceramah kepada para pemuda yang
bilangannya melebihi tiga ratus orang, yang datang dari segenap pelusuk. Tetapi Al Akh
Doktor Al Khoni telah meminta keuzuran bagi pihak saya memandangkan keadaan
kesihatan saya yang tidak mengizinkan dan pada keesokan harinya saya akan dimasukkan
ke hospital untuk kali kedua. Pada mulanya Al Akh yang bertanggungjawab terhadap
perkhemahan telah berpuashati, tetapi apabila para pemuda mengetahui tentang kehadiran
saya, mereka telah merayu supaya saya membuat penyampaian untuk mereka walaupun
seketika untuk membolehkan mereka berkenalan dengan diri saya yang lemah ini dengan
lebih dekat lagi. Juga untuk mendengar daripada saya perkara-perkara yang memberi
manfaat kepada agama dan dunia mereka.

Berdasarkan permintaan tersebut, saya dan Al Akh Doktor Al Khoni memberi persetujuan.
Beliau berharap supaya saya tidak emosional dan tidak memaksa diri ketika menyampaikan
ceramah memandangkan keadaan diri dan kesihatan saya ketika itu. Saya berjanji untuk
cuba menepati nasihatnya.

Setengah jam sebelum ceramah dimulakan, saya bertanya kepada orang yang
bertangungjawab terhadap ceramah di perkhemahan tersebut tentang tajuk yang
munasabah dengan tema perkhemahan dan permasalahan pemuda. Beliau menjelaskan
bahawa tema perkhemahan ialah ‘Dakwah Islamiah dan Cabaran Masa Kini’. Oleh itu, yang
paling sesuai ialah -sebagaimana yang dikatakan oleh beliau- tajuk yang bertepatan dengan
konsep dan tujuan tema perkhemahan. Beliau meminta saya memikirkan seketika untuk
menentukan tajuk yang diiklankan ketika bermulanya ceramah. saya terus mengambil
sehelai kertas untuk mencatat tajuk dan isi-isi penting yang berhubung kait dengan tajuk
ceramah. Setelah berfikir sebentar, Allah mengilhamkan kepada saya tajuk ceramah ialah:

`Pemuda-pemudi muslim dalam menghadapi cabaran'. Saya bersyukur kepada Allah kerana
tajuk ini adalah bertepatan dengan tema perkhemahan dan sesuai dengan keperluan para
pemuda... dan saya terus mencatat topik itu pada kertas beserta isi-isinya sekali... semuanya
ini dapat saya siapkan lebih kurang lima minit sebelum bermulanya ceramah.

Sebenarnya, sebelum memulakan ceramah, saya rasa gementar kerana bimbang tidak dapat
menepati kehendak tajuk ceramah disebabkan kesihatan dan jemputan tersebut adalah
secara bidan terjun. Tetapi Allah telah memberikan taufik dan pertolonganNya... Bahkan
buah fikiran dan idea-idea telah datang mencurah-curah di mana saya tidak pernah
menyangkanya sebelum ini dan saya merasakan bahawa saya berada dalam keadaan sihat
dan segar. Bahkan saya merasakan seolah-olah saya adalah seorang panglima perang yang
sedang menggoncang hati dan perasaan tentera dengan tutur katanya.

Ceramah tersebut memakan masa lebih dari satu jam. Di dalam ceramah itu saya telah
membincangkan cabaran-cabaran terpenting yang dihadapi oleh pemuda-pemuda Islam di
dalam masyarakat Islam di zaman kelemahan dan kesesatan ini. Ia mengandungi lima isi-isi
utama yang telah saya sentuh dan saya kupaskan secara panjang lebar berdasarkan
keluangan waktu yang ada. Isi-isi tersebut ialah seperti berikut;
1. Cabaran syaitan dan hawa nafsu.
2. Cabaran serangan pemikiran.
3. Cabaran keruntuhan akhlaq.
4. Cabaran kerajaan sekular.
5. Cabaran putus asa dalam kerja Islam.

Saya bukan sahaja membentangkan cabaran-cabaran, dalil-dalil yang membuktikannya dan
kejinya perancangan-perancangan yang berkaitan dengannya, tetapi saya juga telah
mencadangkan penyelesaian yang positif ketika berhadapan dengannya. Dengan berkat dan
kelebihan dari Allah Taala, ceramah ini telah menepati tema perkhemahan dan sesuai
dengan keperluan para pemuda.

Selepas selesai menjawab persoalan yang di kemukakan oleh hadirin... saya meminta
kepada semua pemuda-pemuda yang hadir agar mendoakan agar saya disembuhkan oleh
Allah... sambil menyatakan kepada mereka bahawa saya akan dimasukkan ke hospital pada
keesokan harinya untuk menjalani pembedahan. Mereka semua telah mendoakan untuk
sayadengan doa yang khusyuk dan permintaan yang ikhlas kepada Allah. Dengan itu Allah
telah memperkenankan doa dan permintaan mereka. Al HamdulilLah, saya telah keluar
daripada hospital dan Allah telah menganugerahkan kesihatan kepada saya setelah
menanggung sakit dalam tempoh yang lama. Kepada Allahlah segala kesyukuran dari awal
hingga akhirnya.

Selesai sahaja ceramah, sebahagian dari pemuda mengerumuniku. Mereka meminta supaya
ceramah tadi dibukukan, dicetak, dan diedarkan kepada pemuda-pemuda muslim di setiap
tempat agar manfaatnya dapat dirasai oleh mereka semua dan bagi mereka yang
berkepentingan dapat mengambil faedah daripada tajuk-tajuk yang dibincangkan... Saya
berterima kasih kepada mereka di atas kepercayaan yang tinggi dan perhatian yang serius
serta berjanji akan melaksanakan cadangan mereka secepat mungkin.

Sebaik sahaja saya kembali ke tempat kerja iaitu rumah saya di Jeddah, dengan pertolongan
Allah saya terus berusaha membukukan segala buah fikiran, permasalahan dan jalan
penyelesaian yang telah saya sampaikan di dalam ceramah... Tetapi ketika menulis, saya
telah mendapat buah fikiran, idea-idea, dalil-dalil dan jalan-jalan penyelesaian yang baru.
Bahkan buah fikiran tentangnya datang mencurah-curah kepadaku. Saya menyangka tajuk
‘Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini’ ini paling banyak tidak akan
melebihi seratus mukasurat.. Tetapi fasal cabaran kerajaan sekular di negara Islam sahaja
telah mengambil ruang yang banyak sehingga memenuhi hampir setengah daripada buku
ini.

Kemungkinan ada yang bertanya; "Mengapa pengarang terlalu membincangkan mengenai
cabaran kerajaan sekular dan jalan penyelesaiannya dengan panjang lebar.?"

Jawapannya ialah, kerana cabaran kerajaan sekular yang berfahaman tidak beragama adalah
berkait rapat dengan kesedaran dan kebangkitan Islam yang telah menular ke seluruh
masyarakat Islam di Barat dan juga Timur. Oleh itu semestinya kita meninjau
perkembangan sekular; Apakah matlamat para sekularis yang melaung-melaungkan syiar
mereka? Bagaimanakah ia memasuki negara-negara Islam? Apakah wasilah-wasilah
terpenting mereka untuk mensekularkan umat Islam? Mengapa para pemerintah Islam amat
memberi perhatian dan membelainya? Dan apakah sikap positif yang perlu di ambil oleh
pemuda ketika berhadapan dengannya?.

Saya berpendapat semuanya itu perlu disebut dan dibincangkan dengan panjang lebar,
sehingga para pemuda kita dapat mengetahui bahaya sekularisma, mengetahui perubahan-
perubahan yang mereka kehendaki yang meliputi sudut-sudut akidah, akhlak, sosial dan
politik di dalam negara Islam. Semuga mereka melaksanakan peranan mereka menentang,
melemahkan kekuatan, menhapuskan bahaya dan ancaman sekularisma ini. Moga-moga
mereka berazam dan melakukan semua ini bersungguh-sungguh dengan izin Allah.

Tetapi bagaimanakah mereka hendak menentang dan melemahkan kekuatan sekularisma
ini?
Adakah mereka menentangnya dengan membabi buta tanpa persediaan?
Adakah mereka mampu melakukannya dengan hanya beberapa kerat pemuda yang berani
berjihad dan berkorban apa saja?
Semua persoalan ini telah kami jawab. Di samping itu kami telah menjelaskan jalan-jalan
penyelesaian yang positif di dalam usaha menentang kerajaan sekular dalam bentuk yang
sesuai dengan realiti dan logik yang ada serta menepati sunnah dan sebab-sebab
kemenangan menurut pandangan Islam.

Tidak ragu lagi apabila para pemuda Islam yang telah memainkan peranan di tengah-
tengah medan kesedaran Islam dan bilangan mereka telah berlipat ganda di negara-negara
Islam di setiap tempat mengetahui manhaj amal yang perlu diikuti, mengetahui marhalah
yang tersusun rapi yang mana berdasarkan marhalah-marhalah ini mereka bekerja dan maju
ke hadapan setapak demi setapak... maka sesungguhnya dengan izin Allah kemenangan akan menyebelahi mereka dan mereka akan berjaya menegakkan hukum Allah di atas muka
bumi ini.

Ketika para pemuda muslim membaca mengenai jalan-jalan penyelesaian positif ketika
berhadapan dengan kerajaan sekular, mereka akan mendapati padanya terdapat manhaj
amal yang jelas dan langkah-langkah yang detail dan tersusun yang mana tidak ada sebab
untuk berlaku kekaburan dan keraguan.

Untuk menjelaskan semua ini, maka fasal cabaran kerajaan sekular telah mengambil ruang
yang lebih dari fasal-fasal yang lain di dalam buku ini. Ini adalah kerana kepentingannya
dan ia mempunyai hubung kait yang rapat dengan realiti muslimin dan kesedaran Islam
yang telah tersebar luas ke seluruh alam.

Kepada Allah saya memohon agar menjadikan amal ini ikhlas keranaNya dan semoga para
pemuda muslim akan menjumpai keperluan mereka yang berharga di dalam buku ini...
untuk menghadapi semua cabaran-cabaran semasa. Allah akan sentiasa bersama mereka
selagi mana mereka bekerja kerana Allah dan di jalan Allah... selagi mana mereka tidak
mengabaikan sunnah-sunnah kemenangan yang telah digariskan oleh Islam... selagi mana
mereka berjalan di atas jalan pembinaan dan perubahan dengan hikmah, berfikir, sentiasa
membuat persediaan dan bersesuaian dengan realiti. Allah tidak akan mensia-siakan
amalan baik yang mereka lakukan.

Akhirnya, segala pujian itu hanyalah bagi Allah Tuhan Sekelian Alam.

Pengarang
Dr. Abdullah Nasih ‘Ulwan.



Pendahuluan

Semenjak runtuhnya Khilafah Islamiah dan hilangnya perundangan Islam dari kehidupan
umat Islam, kuasa-kuasa luar dan dalam, di peringkat antarabangsa dan tempatan telah
bergerak melakukan kerja siang malam untuk satu tujuan; tujuan yang keji dan hina iaitu
meruntuhkan akidah Islam dari hati-hati generasi muslim. Begitu juga untuk memadamkan
ruh jihad di jalan Allah yang ada di dalam perasaan dan diri mereka. Sehingga generasi
tersebut -pemuda dan pemudi, lelaki dan perempuan- berubah dari beriman dengan penuh
keyakinan kepada keraguan, dari beramal kepada tawakkul, dari berakhlak kepada
penyelewengan. Negara Islam menjadi makanan yang terhidang bagi pelahap.

Kuasa-kuasa yang bergerak dengan berganding bahu ini terdiri dari lima golongan:
1. Kristian dan penjajahan.
2. Komunis antarabangsa.
3. Zionis.
4. Salibiah.
5. Agen-agen.

Setiap satu dari kuasa ini mempunyai perancangan, penyusunan, uslub dan wasilah yang
tersendiri di dalam usaha merosakkan generasi muslim dan menghancurkan pemuda-
pemudinya, seterusnya mengongkong negara-negara Islam.

Kuasa-kuasa ini telah berjaya mencapai matlamatnya di kebanyakan negara Islam. Ia
mempunyai agen-agen yang berada di negara Islam itu sendiri untuk meneruskan usaha
dan melaksanakan segala perancangannya. Generasi Islam pula (alangkah sedihnya) telah
dihanyutkan oleh hawa nafsu, ditenggelamkan oleh arus perubahan zaman dan tunduk
patuh kepada sistem kerajaan yang berusaha meruntuhkan, menimbulkan keraguan dan
mengembangkan fahaman tidak berakhlaknya.

Oleh itu, pemuda-pemudi Islam hari ini hendaklah mengetahui perancangan-perancangan
ini dan cara mengatasinya. Apabila mereka telah betul-betul faham, sedar, mempunyai
persediaan dan pembentukan, mereka akan berdepan dengan perancangan-perancangan
tersebut bagaikan singa lapar; mempertahankan dan menentang, bekerja dan berjihad
sehingga Allah menganugerahkan kemenangan kepada agama ini, kemuliaan kepada umat
ini serta kekuatan dan kekuasaan kepada negara Islam dan memberikan hidayah serta
kebaikan kepada manusia sejagat.

Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pemuda-pemudi Islam hari ini? Apakah jalan
penyelesaian yang perlu diambil untuk mengatasi cabaran ini? Apakah peranan mereka di
dalam membina sebuah masyarakat Islam yang mulia? Semua jawapan ini akan kita dapati
di dalam buku `Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini'. Semoga pemuda-
pemudi Islam akan nampak bagaimana cara menghadapi serangan musuh Islam terhadap
pemikiran manusia, akidah rabbani dan umat Islam. Mudah-mudahan mereka akan
menghadapi cabaran ini dengan sikap yang tegas dan cara penyelesaian yang bijak serta
amalan yang berterusan. Semoga mereka memainkan peranan penting di dalam
mengembalikan kemuliaan umat Islam yang telah luput dan berjaya mendirikan daulah
Islamiah.

Sebelum saya membincangkan tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pemuda-
pemudi hari ini dan penyelesaiannya, eloklah kiranya saya memperkatakan secara ringkas
tentang pembinaan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terhadap pemuda, juga
pembentukan dan persediaan di dalam menghadapi cabaran-cabaran ini. Tidakkah para
sahabat Rasulullah s.a.w kebanyakannya adalah pemuda? Saya memperkatakan perkara ini
supaya kamu mengetahui -wahai para pemuda- sejauh manakah perhatian yang diberikan
oleh baginda terhadap pemuda dan ketelitiannya serta prihatin baginda s.a.w di dalam
membentuk dan mempersiapkan mereka... sehingga mereka mampu menghadapi segala
cabaran yang mendatang dengan keimanan, kesabaran dan keteguhan iman... Dan sehingga
mereka bangun memainkan peranan menyampaikan risalah Islam ke seluruh alam buana
dan mendirikan kerajaan Allah di atas muka bumi ini.







Para Sahabat Nabi Adalah Pemuda

Pembinaan Rasulullah s.a.w terhadap pemuda dan menyediakan diri mereka untuk mengharungi kehidupan.

Kepada kamu -wahai pemuda-, saya kemukakan beberapa pesanan Rasulullah s.a.w
mengenai persediaan ini agar kamu mengetahui bagaimana cara pembinaan yang
dilakukan.

Di dalam menyediakan pemuda supaya mentaati Allah, mengabdikan diri kepadaNya dan
menjauhi segala perkara yang dilarang... Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam hadis
yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tidak ada perlindungan
kecuali perlindunganNya... pemuda yang hidup di dalam keadaan memperhambakan diri kepada
Allah.

Di dalam menyeru pemuda supaya mengambil segala kesempatan untuk membentuk
peribadi mereka samada dari sudut rohani, jiwa, jasmani, mental dan akhlak... baginda
bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim:
Maksudnya: Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu,
sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan
kayamu sebelum miskinmu.

Di dalam memelihara jiwa pemuda daripada terpesong, terseleweng dan menjaga
kesuciannya dengan berkahwin seperti yang telah di syariatkan oleh Allah kepada umat
Islam... Baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jamaah:
Maksudnya: Wahai para pemuda, sesiapa dari kalangan kamu yang mampu untuk berkahwin,
hendaklah dia berkahwin kerana ia dapat menjaga pandangan dan memelihara kemaluan.

Di dalam memuhasabah tanggungjawab pemuda di hadapan Allah s.w.t di akhirat kelak...
baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi:
Maksudnya: Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang
umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya,
hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang
telah dilakukan dengannya.

Para Sahabat Nabi Adalah Pemuda Di dalam istiqamah pemuda di atas manhaj Islam dan berterusan di dalam ketaqwaan
kepada Allah... baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam
Ahmad dan Abu Ya’la:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda
(untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).

Di dalam wasiat Rasulullah s.a.w kepada Umat Islam supaya menjaga pemuda dan
menjelaskan tentang kelebihan mereka berbanding dengan orang-orang tua... baginda s.a.w
bersabda:

Maksudnya: Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hati
mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu para
pemuda bergabung dengan aku dan orang-orang tua menentang aku.

Itulah asas-asas terpenting kepada pembinaan peribadi pemuda dan masyarakat. Tidak syak
lagi bahawa matlamat daripada pembinaan dan persediaan ini adalah supaya pemuda
terbentuk dengan pembentukan yang sempurna dari aspek rohani, akhlak, mental, jasmani
dan jiwa... serta seluruh aspek yang menyempurnakan keperibadian mereka.

Dengan pembentukan ini para pemuda akan lebih berkemampuan untuk menghadapi
berbagai cabaran, melaksanakan tanggungjawab dan berpegang teguh dengan dasar-dasar
Islam. Mereka tidak akan terseleweng, merasa lemah, terpesong bersama bawaan angin
fitnah, menyerah kalah kepada tipu daya kefasadan, berputus asa dan lemah semangat.
Begitu juga mereka tidak akan tergelincir ke dalam lubang keruntuhan dan penyelewengan.

Begitulah, pemuda muslim akan kekal sebagai seorang yang sihat, teguh, beriman, berjihad
menyampaikan risalah Islam, menunaikan amanah dan bekerja untuk Islam... sehingga dia
dimatikan oleh Allah dalam keadaan yang mulia atau dia mengadap Tuhannya sebagai
seorang syuhada’.

Memang benar mereka adalah pemuda. Pemuda yang sedang mengecapi nikmat
kemudaannya, menjauhkan diri dari kejahatan mata, lari daripada kebatilan kaki-kaki
mereka, beribadah (‘abid) di waktu malam dan pejuang di siang hari. Mereka berjihad di
jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Mereka diutuskan oleh Allah
untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan diri sesama manusia kepada
perhambaan diri kepada Allah, Tuhan sekelian alam dan daripada kesempitan dunia
kepada keluasannya, daripada kedurjanaan agama-agama yang lain kepada keadilan Islam.
Adakah kamu mengetahui -wahai para pemuda- panji-panji Islam tidak akan dapat
ditegakkan di dalam jiwa manusia sejagat, kekuasaannya tidak akan meluas ke seluruh
pelusuk bumi dan dakwahnya tidak akan tersebar ke seluruh alam kecuali melalui tangan-
tangan pemuda yang telah ditarbiah di madrasah Rasulullah s.a.w dan keluar daripada
intitusi yang lengkap itu?!!

Rasulullah s.a.w, ketika wahyu di turunkan kepada baginda, umurnya baru menjangkau
empat puluh tahun. Ia merupakan peringkat kesempurnaan pemuda. Abu Bakar lebih muda daripada baginda s.a.w sebanyak tiga tahun. Umar bin al-Khattab, ketika memeluk Islam
berumur dua puluh tujuh tahun. Usman bin Affan lebih muda daripada Rasulullah s.a.w.
manakala Ali pula adalah yang termuda di kalangan mereka semua. Begitu juga Abdullah
bin Mas’ud, Said bin Zaid, Abdul Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin ‘Umair dan
berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus lagi dari kalangan para sahabat semuanya adalah
pemuda.

Para pemuda generasi pertama dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka
adalah orang-orang yang telah menjulang bendera “dakwah kepada Allah” dan pengibar
panji-panji jihad... lalu Allah memberikan kemenangan yang besar dan tertegaknya daulah
Islamiah melalui tangan mereka. Kamu semua mengetahui -wahai pemuda-, bahawa
tewasnya dua kerajaan besar dan kuat iaitu Rom dan Parsi, begitu juga tunduknya Syam,
Mesir, Iraq, Tripoli dan Utara Afrika di bawah keadilan Islam adalah melalui tangan para
pemuda. Semuanya ini sempurna dalam tempoh masa 35 tahun di zaman pemerintahan
Khulafa’ ar-Rasyidin.

Pada tahun-tahun berikutnya kerajaan Islam telah meluas dan kekuasaan mereka tersebar
hingga sampai ke Sind, sebahagian besar India, Turkistan dan sehingga ke sempadan China
di Timur. Ia juga telah memasuki Sepanyol yang terletak di sebelah Barat Eropah.
Kekuasaan Islam sentiasa meluas ke Timur dan barat, Utara dan Selatan sehingga
menguasai sebahagian besar permukaan bumi. Khalifah kerajaan Abbasiah, Harun ar-
Rasyid telah menggambarkan keluasan dunia Islam. Beliau telah berkata kepada awan yang
bergerak diatasnya tetapi tidak menurunkan hujan kepadanya: “Turunlah di mana sahaja
kamu mahu. Sesungguhnya hasil keluaranmu akan di bawa kepada kami”.

Semuanya tidak akan tercapai kecuali dengan keazaman, pengorbanan, jihad dan keinginan
untuk syahid para pemuda.

Ya Allah! Sediakan bagi umat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan
dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu daripada mereka... Semoga merekalah orang-
orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaan dan keagungan
bagi umat Muhammad ini.

Selepas pendahuluan ini saya akan membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
para pemuda kita hari ini satu persatu, kemudian saya akan menjelaskan cara penyelesaian
yang positif untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut. Di dalam rumusan jalan
penyelesaian, saya akan membincangkan secara ringkas peranan dan tugas mereka di dalam
mendirikan masyarakat Islam.

Semuanya ini akan kamu dapati wahai saudara-saudaraku -para pemuda- di dalam buku
“Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini”

Kamu akan dapati perbincangan ini tersusun berdasarkan tajuk-tajuk yang jelas. Ia disusun
berdasarkan fasal-fasal berikut:
Pertama : Cabaran syaitan dan hawa nafsu.
Kedua : Cabaran serangan pemikiran.
Ketiga : Cabaran keruntuhan akhlak.
Keempat : Cabaran kerajaan sekular.
Kelima : Cabaran lemah semangat bekerja untuk Islam.

Dengan izin Allah kita akan membincangkan satu-persatu dengan panjang lebar. Begitu
juga jalan penyelesaiannya bersumberkan ajaran Islam dan petunjuk al-Quran. Hanya Allah
matlamat kita. Semoga Dia menjadikan kerja-kerja ini ikhlas keranaNya.

Faktor yang boleh menyesatkan adalah banyak. Di antaranya ada yang bersifat dalaman
seperti nafsu ammarah yang menyeru manusia kepada kejahatan dan keinginan hawa nafsu
yang hina. Di antaranya juga ada yang bersifat luaran seperti hasutan syaitan dari kalangan
jin dan manusia, fitnah harta, wanita dan kemegahan pangkat.



Di dalam perbincangan ini saya akan memberi penumpuan kepada faktor-faktor kesesatan
dan penipuan yang paling jelas. Ia boleh diringkaskan kepada tiga faktor:
1. Hasutan syaitan yang menggoda.
2. Bisikan hawa nafsu ammarah.
3. Dorongan hawa nafsu.

Saya simpulkan kepada tiga faktor kerana ia merupakan asas kejahatan dan fitnah serta
punca kefasadan dan kerosakan di zaman kefasadan dan keruntuhan ini.

Ditegaskan di sini bahawa apabila pemuda hari ini melawan hawa nafsu dan syaitan
dengan kemantapan iman, mengikut kebenaran, kekuatan keazaman dan berpegang teguh
dengan Islam, maka tidak syak lagi dia akan menjadi mukmin yang abrar dan muttaqin
yang terbaik... bahkan dia akan menghadapi segala fitnah yang berlaku dan kefasadan
luaran dengan kekuatan pengorbanan dan pendirian yang teguh tanpa terkesan dengan
suasana fasad dan keinginan hawa nafsu.




FASAL PERTAMA: Cabaran Syaitan Dan Hawa Nafsu..


Hasutan Syaitan Yang Menggoda_______________________________________


Selepas pendahuluan ini saya akan membincangkan kesemua faktor ini satu persatu dengan
panjang lebar.

Saya tidak pernah membaca satu ayat pun di dalam al-Quran yang mengandungi ugutan
untuk menyesatkan manusia dan menggodanya sepertimana yang terdapat di dalam dua
ayat yang menceritakan ugutan syaitan dan cabarannya terhadap manusia:

Pertama:
Maksudnya: Iblis berkata: Berilah tempoh kepada aku sehingga hari mereka dibangkitkan (hari
kiamat). Allah berfirman: Sesungguhnya kamu daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa
yang tertentu). Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhanku) menyebabkan daku tersesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani)
jalanMu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka daripada depan mereka serta dari belakang
mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan
mereka bersyukur. (Al A’raaf: 14-17)
Kedua:

Maksudnya: Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian berilah tempoh kepada aku hingga ke hari
mereka dibangkitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Dengan permohonan kamu itu, maka
sesungguhnya kamu dari golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari (masa) yang tertentu.” Iblis
berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana engkau telah menjadikan aku sesat maka demi sesungguhnya aku
akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan
menyesatkan mereka semuanya, kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang
dibersihkan daripada syirik.” (Al Hijr: 36-40)

Adakah kamu mengetahui -wahai para pemuda- bahawa syaitan telah mencabar kamu
dengan cabaran yang keras ini?
Adakah kamu mahu sesat dan menjadi pengikutnya?
Adakah kamu rela menjadi tentera iblis, tunduk dan patuh di bawah panji-panji dan
kekuasaannya?

Apabila jawapannya , “Tidak” kenapa kamu melaksanakan hasutan dan mengikut tipu
dayanya?
Kadang kala para pemuda tertanya-tanya, apakah jalan untuk membebaskan diri daripada
hasutan dan tipu daya syaitan ini?

Kamu akan dapati -wahai pemuda- jawapan kepada persoalan ini di dalam al-Quran yang
telah diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w supaya ia menjadi penawar dan
rahmat kepada orang-orang yang beriman.

1. Al-Quran telah memberitahu kita bahawa syaitan adalah musuh kepada manusia.
Oleh itu mereka hendaklah menjadikannya sebagai musuh. Allah telah berfirman:

Maksudnya: Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang
mesti dijauhi tipu dayanya) sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi
penduduk neraka. (Faatir: 6)

Maka kamu -wahai para pemuda- hendaklah menjadikannya sebagai musuh dan berusaha
memeranginya dengan segala kemampuan yang kamu miliki.

2. Al-Quran telah menjelaskan manhajNya kepada orang-orang yang beriman dan menggariskan
kepada mereka jalan yang lurus.
Semua jalan dan manhaj yang selain daripadanya adalah daripada hasutan syaitan. Allah
telah berfirman:
Maksudnya: Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam supaya kamu tidak
menyembah syaitan? Sesungguhnya dia bagi kamu adalah musuh yang nyata. Dan (Aku
perintahkan) hendaklah kamu menyembahKu, inilah jalan yang lurus. (Al An’aam: 153)

Maka kamu -wahai pemuda- hendaklah mengikut ajaran dan manhaj yang telah
ditunjukkan oleh al-Quran serta berjalan di atas jalan yang lurus.

3. Al-Quran menuntut dari orang-orang Islam supaya menjadi orang-orang yang benar-benar
beriman, bertawakkal dan berlindung dengan Allah daripada syaitan.
Apabila mereka bersifat demikian, maka syaitan tidak akan dapat menguasai mereka. Allah
telah berfirman:
Maksudnya: Oleh itu apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu)
memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam. Sesungguhnya syaitan
tidak mempunyai apa-apa pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-
bulat kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya pengaruh syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang
yang menjadikan dia pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan
syirik kepada Allah. (An Nahl: 98-100)

Hendaklah kamu -wahai pemuda muslim- menjadi orang yang beriman, bertawakkal dan
meminta perlindungan dengan Allah untuk menjauhkan syaitan dari dirimu dan
membersihkan diri daripadanya.

4. Al-Quran telah memperingatkan dan memberi amaran kepada setiap orang yang lalai dari
mengingati Allah, beribadat dan mentaatiNya, di mana syaitan menjadi temannya yang akan
menyesat dan memperdayakannya.
Allah berfirman:

Maksudnya: Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al Quran yang diturunkan oleh
Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan
menyesatkannya), lalu jadilah syaitan itu teman yang tidak renggang daripadanya. Sesungguhnya
syaitan-syaitan itu tetap menghalang mereka daripada jalan yang benar, sedang mereka menyangka
bahawa mereka adalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Az Zukhruf: 36-37)

Maka kamu -wahai para pemuda muslim- hendaklah berusaha agar sentiasa mengingati
Allah, beribadat dan mentaatiNya untuk menjauhi syaitan dari dirimu dan membersihkan
diri daripadanya. Beberapa buah hadis menyatakan bahawa;

Sesungguhnya syaitan tidak pernah kelihatan kacil, hina, kerdil dan bengis walaupun
sehari... selain daripada hari ‘arafah.

Syaitan meletakkan belalainya pada hati anak Adam, sekiranya dia mengingati Allah,
syaitan akan berundur dan apabila dia lalai dan lupa dari mengingati Allah maka dia akan
menguasainya.

Syaitan akan duduk di tepi dan menangis apabila melihat anak Adam sujud... kerana dia
telah engkar dan merasa besar diri ketika diperintah supaya sujud kepada Adam.

5. Al-Quran menyuruh seorang muslim supaya bertaqwa dan menggalakkannya supaya
bermuraqabah mendekatkan diri kepada Allah di dalam keadaan terang atau rahsia agar dia sentiasa
merasakan sentuhan keimanan yang menjadikannya mampu membezakan di antara kebaikan dan
kejahatan.
Bahkan menjadikannya selama-lamanya melihat jalan kebenaran dan hakikat Islam. Allah
telah berfirman:

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu
imbasan daripada hasutan syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan ini mereka
nampak jalan yang benar. (Al A’raaf: 201)

Maka kamu -wahai saudaraku para pemuda- hendaklah beriltizam dengan jalan taqwa dan
merasakan pada setiap ketika pemerhatian Allah... sehingga kamu dapat membezakan di
antara yang baik dan yang jahat, di antara hasutan syaitan dan sentuhan Allah dengan
menggunakan cahaya hati dan keterangan penglihatan kamu.

6. Al-Quran telah menerangkan kepada manusia jalan yang boleh menghasilkan istiqamah
dan petunjuk. Secara ringkas jalan itu ialah apabila syaitan mengalpakannya daripada
mengikut jalan kebenaran dan menghasutnya supaya berkawan dengan orang-orang yang
jahat dan durjana... dia hendaklah menyedari bahawa dia adalah seorang mukmin dan apa

yang dilakukannya itu adalah daripada amalan syaitan. Dia juga hendaklah bertaubat
kepada Allah dan membersihkan dirinya daripada maksiat dan memutuskan hubungan
dengan ahli fasik dan durjana... agar dia kembali sebagai seorang mukmin yang sebenar dan
sebagai seorang muslim yang sejati. Allah telah berfirman:

Maksudnya: Dan jika engkau dilupakan oleh syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka
janganlah engkau duduk lagi bersama orang-orang yang zalim itu, sesudah engkau teringat (akan
larangan itu). (Al An’aam: 68)

Maka kamu -wahai saudaraku pemuda- hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan
berjaga-jaga dan sedar selepas kamu ditimpa kealpaan. Kamu hendaklah memutuskan
hubungan dengan orang yang melakukan kebatilan dan berada dalam kesesatan supaya
keaslian iman dan hakikat Islam akan kembali kepadamu. Kamu hendaklah kekal bersama-
sama golongan orang-orang yang bertaqwa dan beriman.




Bisikan Nafsu______________________________________________________

Demikianlah -wahai para pemuda- jalan penyelesaian terpenting untuk membebaskan
dirimu daripada tipu daya dan hasutan syaitan, melepaskan dirimu daripada perhiasan dan
kesesatannya... sebagaimana yang telah kami ambil daripada ayat-ayat al-Quran.

Kita ringkaskan jalan-jalan penyelesaian tersebut di dalam beberapa noktah berikut:
ƒ Syaitan adalah musuh kepada manusia, maka kamu hendaklah menjadikannya sebagai
musuh.
ƒ Beristiqamah mengikuti manhaj rabbani dan berjalan di atas jalan yang lurus.
ƒ Mempertingkatkan keimanan terhadap Allah, berlindung dan bertawakkal kepadaNya.
ƒ Memohon perlindungan dengan Allah setelah dia merasakan godaan daripada syaitan
yang direjam.
ƒ Mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah dan merasakan pemerhatianNya di setiap
masa samada ketika sunyi atau nyata.
ƒ Menghidupkan hati dan anggota yang lain dengan zikir kepada Allah dan sentiasa taat
serta beribadat kepadaNya.
ƒ Sedar dan beringat setelah dialpakan oleh syaitan dan memutuskan hubungan dengan
ahli batil dan sesat.

Dengan penyelesaian ini, kamu -wahai saudaraku para pemuda- akan menjadi insan yang
beriman, sedar dan pandai bertindak di dalam segenap perkara. Kamu akan menjadi
seorang yang mempunyai keimanan yang mendalam, beriltizam dengan manhaj Islam dan
ajaran al-Quran. Syaitan tidak akan dapat bergantung, memperdaya atau menguasai kamu.
Kamu selama-lamanya akan menjadi seorang hamba Allah yang ikhlas dan tenteraNya yang
menang. Inilah makna firman Allah yang telah menggugat syaitan dengan kata-kata yang
menggentarkan:
Maksudnya: Sesungguhnya hamba-hambaKu tidak adalah bagimu sebarang kuasa untuk
menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihan
mereka sendiri). (Al Hijr: 42)

Inilah yang telah diakui oleh syaitan sendiri bahawa dia tidak mempunyai jalan untuk
menggoda hamba Allah yang ikhlas:

Maksudnya: Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana engkau telah menjadikan daku sesat, maka demi
sesungguhnya aku akan memperelokkan segala maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan
aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali di antara zuriat Adam itu orang-orang yang
dibersihkan daripada sebarang syirik.
(Al Hijr: 39-40)

Inilah rahsia sabda Rasulullah s.a.w kepada Umar al-Faruq:

Maksudnya: Demi Allah yang diriku berada di bawah kekuasaanNya. Syaitan tidak akan bersemuka
dengan engkau, apabila engkau melalui satu jalan maka syaitan akan melalui jalan yang lain.
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.)
Adalah diharapkan kepada kamu -wahai saudaraku para pemuda- supaya menjadi hamba
Allah yang ikhlas dan mengikut manhaj yang dilalui oleh Umar al-Khattab iaitu
keteguhannya bersama kebenaran iman, taqwa dan iltizamnya dengan Islam supaya tidak
ada satu jalan pun untuk syaitan memperdayakan kamu... sehingga kamu tidak terpengaruh
dengan kesesatan dan tipu daya syaitan di setiap detik kehidupanmu... Dan sesungguhnya
firman Allah adalah benar dan hanya Dia sahaja yang mampu menunjukkan kepada kita
semua jalan yang lurus.

Ketika Allah menjadikan jiwa manusia, Dia menjadikan di dalamnya dua penerimaan:
penerimaan terhadap kebaikan dan penerimaan terhadap kejahatan. Sekiranya manusia
memperlengkapkan jiwanya dengan akhlak, amal soleh dan mengasuhnya dengan ilmu dan
pentarbiahan... jiwa tersebut akan membesar dan berkembang dengan mengikut petunjuk
dan kebaikan, beransur-ansur menuju ke arah keseimbangan dan kesempurnaan dan
sentiasa bekerja untuk memperbaiki dirinya dan juga orang lain.

Sekiranya dia mengabai dan membiarkannya beberapa hari tanpa pengasuhan sehingga
jiwanya diselaputi oleh karat-karat kejahilan, ditutup oleh wabak pergaulan bebas dan
ditimbuni oleh suasana yang rosak serta adat kebiasaan yang keji, maka tidak syak lagi ia
akan membesar bersama-sama kejahatan, kefasadan dan penyelewengan.

Al-Quran dan as-Sunnah telah menegaskan perkara ini. Allah telah berfirman:

Maksudnya: Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan
yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenali) jalan yang
membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah
orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal
kebaikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya susut dan terbenam
kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (As Syams: 7-10)

Imam Bukhari telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Maksudnya: Setiap kanak-kanak itu dilahirkan di dalam keadaan bersih, maka kedua ibubapanyalah
yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.

Imam Al Ghazali telah menegaskan di dalam Ihya’ Ulumuddin tentang penerimaan jiwa
manusia terhadap kebaikan dan juga kejahatan serta persediaannya untuk beristiqamah di
atas jalan yang lurus ataupun menyeleweng ke jalan yang sesat ketika beliau berkata:
Kanak-kanak adalah amanah kepada kedua ibubapanya dan hatinya berada dalam keadaan
bersih. Sekiranya kanak-kanak tersebut disediakan dan diajar dengan kebaikan, maka dia
akan membesar di atas kebaikan dan akan berbahagia di dunia dan akhirat. Sekiranya dia
disediakan dan diajar dengan kejahatan serta dibiarkan seperti binatang ternakan, dia akan
menderita dan binasa. Menjaganya ialah dengan mendidik dan mengajarnya akhlak yang
mulia.

Alangkah indahnya kata-kata penyair:
Akhlak tumbuh seperti tumbuh-tumbuhan,
apabila disirami air, ia akan tumbuh dengan baik,
sekiranya penjaganya menyediakan tempat yang baik,
ia akan mengeluarkan hasil yang baik.

Menurut al-Quran, nafsu terbahagi kepada tiga bahagian: Nafsu ammarah, nafsu
lawwamah dan nafsu mutmainnah. Kita akan membincangkan ketiga-tiga nafsu ini secara
ringkas.


1. Nafsu Ammarah:
Allah telah berfirman melalui lisan isteri raja Mesir di dalam surah Yusuf:

Maksudnya: Dan aku tidak membebaskan diri aku (dari kesalahan). Sesungguhnya nafsu manusia
itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang yang telah diberikan rahmat oleh Tuhanku.
Maka Tuhanku adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Yusuf: 53)

Maknanya: Nafsu manusia yang tidak dihiasi dengan keimanan dan tidak dibekalkan
dengan ketaqwaan serta tidak beriltizam dengan agama rabbani... kebanyakannya akan
mendorong manusia melakukan kejahatan disebabkan adanya dorongan syahwat dan
penerimaan kejahatan yang telah dibekalkan kepadanya untuk mendapatkan kelazatan.
Begitu juga kerana adanya hasutan syaitan dan ia menghiasinya dengan berbagai-bagai
dorongan...

Dengan ini, isteri raja telah menggoda dan mengajak Nabi Yusuf untuk melakukan
kejahatan. Apabila Nabi Yusuf menolak, dia telah menghasut raja supaya
memenjarakannya. Semua ini bertujuan menodai kesucian Nabi Yusuf dengan segala
kejahatan dan tohmahan serta perkara yang menyakitkan.

Perkataan ‘kecuali orang yang telah diberikan rahmat oleh tuhanku’ membawa maksud
Allah telah mengecualikan nafsu yang dirahmatiNya. Dia akan menjauhkannya daripada
segala kejahatan dan kekejian, sebagaimana yang telah dilakukan kepada Nabi Yusuf a.s.

Perkataan ‘Maka Tuhanku adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani’ membawa
maksud Tuhanku maha pengampun bagi sesiapa yang bertaubat dan menyesali perbuatan
jahatnya. Dia akan mengampunkan dosa yang dilakukan oleh manusia kerana tabiat dan
penerimaan kejahatan yang telah dijadikanNya untuk manusia, di mana ia dijadikan
cenderung kepada kejahatan, penyelewengan dan menuju ke arah memenuhi tuntutan
syahwat dan kelazatan.


2. Nafsu Lawwamah.
Allah telah berfirman di dalam surah al-Qiamah:

Maksudnya: Aku bersumpah dengan hari kiamat, dan Aku bersumpah dengan Nafsu Lawwamah
(bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati). (Al Qiamah: 1-2)

Mujahid berkata: Nafsu ini adalah nafsu yang mengeji dirinya sendiri di atas apa yang telah
berlaku dan menyesali perbuatan jahat yang telah dilakukannya serta menyesali terhadap kebaikan, kenapa dia tidak memperbanyakkannya. Dia sentiasa mengeji dirinya walaupun
dia telah bersungguh-sungguh melakukan ketaatan.

Al Farra’ pula berkata: "Ia sentiasa mengeji perbuatan jahat dan baik yang telah
dilakukannya. Sekiranya dia melakukan kebaikan dia akan berkata: Kenapa aku tidak
menambahnya?. Sekiranya dia melakukan kejahatan dia akan berkata: Amat celakalah apa
yang telah aku lakukan.” Sekiranya beginilah keadaannya, maka ia merupakan pujian
kepada nafsu.


3. Nafsu Mutmainnah.
Allah telah berfirman di dalam surah Al Fajr:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang mempunyai jiwa yang tenang tetap dengan kepercayaan dan
bawaan baiknya (nafsu mutmainnah)! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan puas hati lagi
diredhai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah kamu ke dalam golongan hamba-hambaKu yang bahagia.
Dan masuklah ke dalam syurgaKu. (Al Fajr: 27-30)

Nafsu Mutmainnah adalah nafsu yang tetap berada di atas keimanan, ketaqwaan dan
Islam.

Makna ayat di atas ialah: Wahai nafsu yang telah tetap dan teguh di atas keimanan,
kebenaran dan beriltizam dengan jalan Islam serta menjaga garis sempadan syarak...
kembalilah ke tempat yang mulia di sisi Tuhanmu dalam keadaan redha dengan apa yang
telah engkau lakukan di dunia dan engkau pula diredhai oleh Tuhanmu. Engkau tidak suka
marah dan tidak terfitnah... tidak ketika kaya dan tidak ketika miskin, tidak ketika sihat dan
tidak juga ketika sakit, tidak ketika senang dan tidak pula di waktu susah. Engkau tidak
melampaui batasan syarak di dalam hak dan tanggungjawab engkau... masuklah wahai
nafsu mutmainnah ke dalam kumpulan hamba-hamba Allah yang dimuliakan dan
bergabunglah ke dalam partinya yang soleh... masuklah syurga Allah yang mana
kenikmatannya tidak pernah disaksikan di dunia dan tidak pernah didengar oleh telinga
serta tidak pernah terlintas di dalam hati manusia.

Tidak ragu lagi bahawa nafsu Mutmainnah merupakan nafsu yang paling tinggi sekali
darjatnya daripada nafsu-nafsu yang telah disebutkan kerana ia memiliki keistimewaan
dengan ketetapan iman, keteguhan dalam keyakinan, ketaatan yang berterusan dan
istiqamah di atas manhaj Islam.

* * *


Jalan penyelesaian dari bisikan nafsu.

Apabila kita membincangkan tentang jalan penyelesaian kepada semua permasalahan
manusia, maka apakah dia jalan penyelesaian bagi orang yang diuji dengan nafsu
ammarah?

Kamu perlu mengetahui -wahai saudaraku para pemuda- bahawa ketika Allah menjadikan
di dalam diri manusia penerimaan terhadap perkara baik dan jahat, Dia juga telah
menjadikan kebebasan memilih, kekuatan iradah, kebijaksanaan akal dan kesucian fitrah...
Semua ini membolehkan keinginan kepada kebaikan berupaya menewaskan keinginan kepada kejahatan dan membolehkan dia berjalan menepati jalan yang lurus serta menolak
jalan kefasikan dan kejahatan.

Begitu juga Allah tidak membiarkan manusia terumbang-ambing di dalam pertarungan
prinsip dan tergelincir ke dalam lumpur hawa nafsu..., tetapi Dia telah menjelaskan kepada
mereka jalan yang sebenar dan manhaj yang tepat supaya manusia dapat merempuh arus
kehidupan berdasarkan petunjuk dan di atas jalan yang lurus.

Dalil yang menunjukkan bahawa Allah telah memberikan kepada manusia kebebasan
memilih ialah firmanNya:

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepada manusia (melalui aqal dan Rasul)
akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada ia hendak
bersyukur (dengan beriman dan taat) atau ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran dan
menderhaka). (Al Insaan: 3)

Dalil Allah telah memberikan kepadanya kekuatan kemahuan (iradah) ialah firmanNya:

Maksudnya: Adapun orang yang takutkan Tuhannya dan melarang diri dari mengikut hawa nafsu
maka sesungguhnya syurga adalah tepat kembalinya. (An Naazi’aat: 40-41)



Dalil bahawa Allah telah memberikan kepadanya kebijaksanaan akal ialah firmanNya:

Maksudnya: Tidaklah kehidupan dunia itu melainkan mainan dan berseronok-seronok, dan hari
akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Apakah kamu tidak memikirkannya?. (Al
An’aam: 32)

Di sana ada berpuluh-puluh ayat al-Quran yang menerangkan kemuliaan akal dan
mengajaknya supaya memerhati hakikat sesuatu dan menilainya.

Dalil bahawa Allah telah memberikan kepada manusia kesucian fitrah ialah firmanNya:


Maksudnya: Ugama yang Allah telah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari
semulajadinya) untuk menerimanya, tidak patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah. (Ar
Rum: 30)

Memang sudah sedia maklum bahawa apabila nafsu manusia menghalakan pilihannya
kepada kebaikan, mengarahkan kehendaknya kepada kebenaran, menilai sesuatu menurut
tuntutan akal, berjalan bersama fitrahnya ke arah petunjuk, mengikut syariat dengan mudah
dan mengikut manhaj yang telah diturunkan oleh Allah dengan teliti... tanpa syak wasangka
lagi dia akan menjadi orang-orang yang bertaqwa dan sentiasa mengikut jalan para anbiya’
dan juga auliya’Nya. Bahkan dia akan mengutuk dirinya di atas apa yang telah berlaku,
menyesali perbuatan jahat yang dilakukannya dan menyesali kenapa dia tidak
memperbanyakkan kebaikan. Dia akan segera berpindah ke martabat nafsu yang tinggi untuk menjadi jiwa yang beriman dan tenang, tidak dipengaruhi oleh nafsu, tidak digugat
oleh syahwat, tidak dikacau oleh keinginan dan tidak dihasut oleh syaitan.

Dalil yang menunjukkan bahawa Allah telah menjelaskan kepada manusia manhajNya ialah
firmanNya:

Maksudnya: Dan Kami turunkan kepadamu Al Quran yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan
menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat dan berita mengembirakan bagi orang-orang
beriman. (An Nahl: 89)

Dalil yang menunjukkan bahawa Allah telah memudahkan bagi manusia syariatNya ialah
firmanNya:

Maksudnya: Allah mahukan bagi kamu kemudahan dan Dia tidak mahukan bagi kamu kesusahan.
(Al Baqarah: 185)

Dengan jalan penyelesaian ini jiwa manusia akan menjadi sempurna. Ia dengan segera akan
meningkat daripada nafsu ammarah kepada lawwamah dan dari lawwamah kepada nafsu
mutmainnah.

Begitulah, dia kembali kepada keasliannya berdasarkan kepada fitrah yang suci, iman yang
teguh, beriltizam dengan batas syariat Allah, beramal dan berjihad di jalan Allah demi
meninggikan agamaNya.

Maka kamu -wahai saudaraku pemuda- hendaklah berusaha menjalani jalan tersebut
sekadar yang terupaya untuk meningkat kepada nafsu mutmainnah. Kamu perlu
menunjukkan contoh teladan yang baik kepada manusia tanpa berasa bangga atau besar
diri. Kamu hendaklah bercita-cita dan berharap semoga kamu dapat mengangkat mereka ke
taraf ini sebagaimana Allah telah mengangkat kamu.



Dorongan Hawa Nafsu________________________________________________


Yang dimaksudkan dengan mengikut dorongan hawa nafsu ialah hawa nafsu yang keji dari
segi syarak dan akal, iaitu apabila manusia berjalan berdasarkan kemahuan yang
menyeleweng, dorongan nafsu yang keji dan tidak dikawal oleh undang-undang syara’ dan
agama. Apa sahaja yang diingini, dicenderungi dan bersesuaian dengan kemahuannya akan
dilakukan. Dia tidak takut kepada Allah dan balasanNya serta tidak memikirkan akibatnya.

Tidak ragu lagi bahawa hasutan syaitan dan nafsu ammarah memainkan peranan penting di
dalam memberi galakan kepada hawa nafsu yang terdapat di dalam diri manusia supaya
melakukan kejahatan dan kefasadan serta mendorongnya ke arah penyelewengan dan
jenayah.

Sekiranya kita teliti ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi dan kata-kata para salaf, kita akan
dapati kesemuanya mengeji hawa nafsu dengan begitu hebat dan juga menerangkan
kesannya yang buruk di dalam menyesat dan menyelewengkan manusia dari jalan
kebenaran.

Di antaranya ialah firman Allah:

Maksudnya: Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang
yang menjadikan hawa nafsunya; tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana
diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur engkar), dan dimeterikan pula atas pendengarannya dan
hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya (sehingga ia tidak dapat mendengar
nasihat pengajaran dan menerima kebenaran, apalagi melihat tanda-tanda kebesaran Allah yang
membawa kepada Iman). Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya
sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu mengapa kamu (wahai orang-orang
yang engkar) tidak mahu beringat dan insaf. (Al Jasiah: 23)

Firman Allah:

Maksudnya: Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut kehendak hawa nafsu mereka, nescaya
rosak binasalah langit dan bumi serta apa yang ada padanya. (Al Mukminun: 71)





Di antaranya lagi ialah:

Maksudnya: Kemudian jika mereka tidak dapat menyahut cabaranmu (wahai Muhammad) maka
ketahuilah bahawa mereka hanya menurut hawa nafsu mereka, dan tidak ada yang lebih sesat
daripada orang yang mengikut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk daripada
Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberikan pimpinan kepada orang-orang yang zalim. (Al Qasas:
50)
Banyak lagi ayat-ayat yang membincangkan perkara tersebut.

Ibnu Abbas berkata: Allah tidak menyebut hawa nafsu di dalam al-Quran kecuali Dia
mencelanya. Allah berfirman:

Maksudnya: Dan dia menurut hawa nafsunya, maka perumpamaannya adalah seperti anjing.

FirmanNya lagi:

Maksudnya: Dan dia mengikut hawa nafsunya, maka urusannya adalah sia-sia.

FirmanNya lagi:

Maksudnya: Maka jangan engkau menurut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan engkau dari
jalan Allah.

Adapun hadis-hadis pula:
Imam Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim telah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w :


Maksudnya: Orang yang baik ialah orang yang menguasai dirinya dan beramal untuk perkara
selepas mati. Dan orang yang jahat pula ialah orang yang mengikut hawa nafsunya dan
mengharapkan sesuatu dari Allah.

Ibnu Majah dan Tarmizi meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w

Maksudnya: Apabila engkau melihat sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi dan bertolak ansur)
dituruti, hawa nafsu diikuti, dunia dikejari dan setiap orang yang mengemukakan pandangan merasa
taajub terhadap pandangannya sendiri, maka hendaklah engkau menguruskan urusan dirimu sendiri
dan tinggalkanlah urusan orang ramai.

Daripada Abu Umamah, beliau telah berkata: saya mendengar Rasulallah s.a.w bersabda:
Tidak ada Tuhan yang disembah di bawah langit (di atas muka bumi) ini yang lebih
dimurkai oleh Allah selain daripada hawa nafsu.

Manakala di antara kata-kata Para salafus soleh ialah;
Wahab bin Munabbih berkata: Apabila engkau ragu-ragu tentang dua perkara manakah
yang baik, maka lihatlah kepada yang lebih jauh daripada keinginan hawa nafsumu dan
lakukanlah ia.


Sahl at-Tasturi berkata: Hawa nafsu engkau adalah penyakit, sekiranya engkau canggahinya
maka ia adalah ubat bagi engkau.


Jalan penyelesaian untuk bebas daripada hawa nafsu.

Kadang-kadang pemuda muslim yang beriman kepada Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai
agama dan Muhammad sebagai nabi dan rasulNya, berhadapan dengan kelemahan sebagai
seorang manusia biasa. Dia cenderung kepada hawanya, mengikut nafsu ammarah dan
melayari bahtera kehidupan dengan melalui jalan kefasikan dan penyelewengan. Oleh itu
adakah di sana penyelesaian positif yang boleh mengeluarkan pemuda tersebut daripada
kelemahan kepada kekuatan, membebaskannya daripada tuntutan hawa nafsu, dorongan
melakukan dosa dan kongkongan nafsu ammarah?

Wahai saudaraku para pemuda, Islam telah menggariskan penyelesaian kepada setiap
muslim yang ditimpa kelemahan, digoda oleh hawa nafsu atau dikuasai oleh syahwat.
Apabila dia mengambil penyelesaian tersebut, dia akan menjadi seorang insan yang suci
bersih, bertaqwa dan soleh. Apabila dia berjalan di khalayak ramai, dia akan manjadi contoh
teladan yang baik dan menjadi perhatian mereka.


Jalan Penyelesaian Yang Terpenting ialah:

1. Mempertingkatkan keimanan:
Apa yang saya maksudkan dengan mempertingkatkan keimanan ialah seorang mukmin
perlu meyakini bahawa Allah sentiasa bersamanya, mendengar dan melihat perlakuannya,
mengetahui perkara yang nyata dan rahsia, mengetahui pandangan mata yang khianat dan
perkara yang tersembunyi di dalam dada... Dia sentiasa ingat firman Allah:


Maksudnya: Tidak berlaku bisikan antara tiga orang malainkan Dialah yang keempatnya, dan tiada
(berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan
itu dan tiada yang lebih ramai melainkan Ia bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. (Al
Mujadalah: 7)
Dengan keyakinan dan perasaan ini, seorang mukmin akan bebas daripada kongkongan
hawa nafsu, dorongan nafsu ammarah, tunggangan syaitan dan fitnah harta serta wanita.
Dia akan memperlengkapkan dirinya dengan bermuraqabah, takutkan Allah dan
merasaiNya sentiasa bersamanya ketika dia keseorangan dan juga ketika bersama orang
ramai. Semua ini mendorong mukmin tersebut melakukan amal soleh dengan penuh
kesungguhan, amanah dan ikhlas... Bahkan dia dapat menepati kata-kata penyair Islam:

Apabila engkau bersendirian sedetik, jangan engkau kata,
aku telah bersendirian, bahkan katakanlah aku diperhati,
jangan engkau menyangka Allah lalai walaupun sedetik,
jangan sangka ada sesuatu tersembunyi,tidak diketahuiNya.


2. Memenuhi masa lapang dengan sesuatu yang bermanfaat.
Sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana yang telah diriwayatka oeh Muslim:

Maksudnya: Bersungguhlah melakukan apa yang mendatangkan faedah kepada engkau, mintalah
pertolongan kepada Allah dan jangan merasa lemah.

Para pakar jiwa dan pendidikan telah mengakui: Apabila seorang pemuda bersendirian di
waktu lapangnya... ia akan didatangi oleh berbagai khayalan, gelora hawa nafsu dan
memikirkan tentang seks yang memberangsangkan. Nafsu ammarahnya akan bergelora di
hadapan khayalan dan tuntutan nafsu ini. Kadang-kadang dia terjatuh ke lembah yang
dilarang oleh syara’ yang mendatangkan akibat yang buruk. Adalah lebih membahayakan
lagi apabila dia mempunyai waktu lapang dan harta. Benarlah kata-kata penyair.

Sesungguhnya pemuda,
waktu lapang dan faktor kesungguhan,
Adalah kemuncak kebinasaan bagi seseorang.

Tidak ragu lagi bahawa jalan penyelesaian untuk bebas daripada semua ini ialah dengan
mengetahui bagaimana cara menggunakan waktunya dan memenuhi kekosongan yang ada.
Alangkah banyaknya bidang boleh diceburi oleh pemuda untuk mengisi masa lapang. Ianya
boleh dipenuhi samada dengan bersukan yang boleh menguatkan tubuh badannya, bersiar-
siar merehatkan jiwanya, membuat penyelidikan dan pembacaan yang boleh menambah
pengetahuannya, membuat kerja tangan yang boleh memperkembangkan minatnya,
menghadiri kelas-kelas pengajian agama yang boleh mengasuh akhlaknya, turut serta di
dalam peraduan yang berbentuk ilmiah (kuiz) yang boleh melatih mentalnya, berlatih
memanah dan cara-cara jihad yang lain yang boleh mempersiapkan dirinya dan lain-lain
jalan penyelesaian yang boleh menjauhkannya daripada mengikut hawa nafsu dan
dorongan nafsu ammarah.

3. Bersahabat dengan orang-orang yang baik.
Ia adalah prinsip asasi untuk memperbaiki diri dan mempertingkatkan ketaqwaan... kerana
sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Tarmizi:


Maksudnya: Jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang beriman dan jangan memakan
makanan engkau kecuali orang yang bertaqwa.

Suatu kenyataan yang diakui apabila seorang pemuda bersahabat dengan orang yang
beriman, dia akan memperolehi kebaikan, istiqamah dan teguh untuk beramal dengan asas-
asas Islam... bahkan dia boleh mencapai tahap keimanan, ketaqwaan dan thabat seperti
mereka...

Sebaliknya, sekiranya dia bersahabat dengan orang yang fasik, engkar dan menyeleweng...
dia akan memperolehi daripada mereka kejahatan, kefasikan dan penyelewengan. Bahkan
dia akan menjadi fasik, engkar dan menyeleweng seperti mereka. Inilah apa yang telah
diingatkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Tarmizi:


Maksudnya: Seseorang itu berada di atas agama sahabat akrabnya, maka setiap daripada kamu
hendaklah melihat siapakah yang hendak dijadikan sahabat akrab.

Sebuah syair Arab ada menyebut:
Janganlah kamu bertanya tentang seseorang,
tetapi tanyalah tentang temannya.
Setiap teman akan mengambil teladan dari temannya.

Itulah dia -wahai para pemuda- jalan penyelesaian yang terpenting untuk sampai kepada
matlamat pengislahan, ketaqwaan, puncak ketinggian akhlak dan menewaskan hawa nafsu,
was-was dan pujukan syaitan. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa Allahlah yang
memelihara kamu. Dialah yang melapangkan kamu dari setiap kesempitan dan memberi
jalan keluar kepada setiap permasalahan. Benarlah Allah yang telah berfirman:

Maksudnya: Siapa yang takutkan Allah (bertaqwa kepadaNya), maka Dia akan menjadikan baginya
jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka. (Al Talaq: 2)

* * *

Begitulah -wahai saudaraku para pemuda-, apabila kamu mampu membebaskan
dirimu daripada pujukan syaitan, menewaskan dorongan nafsu ammarah dan
mengenepikan keinginan hawa nafsu... sesungguhnya kamu telah menghadapi cabaran-
cabaran tersebut dengan menggunakan cabaran lain yang lebih berkesan, positif dan lebih
baik. Pada waktu yang sama kamu telah memperbaiki dirimu, mengasuh akhlak dan
berjalan di atas jalan ketaqwaan dan petunjuk. Manusia akan memandang kamu sebagai
seorang ahli iman, ahli taqwa dan orang yang berhak mendapat keampunan kerana mereka
yang berjaya menewaskan hawa nafsu dan menghindari tipu daya syaitan, -tanpa syak lagi-
mereka akan dapat menewaskan musuh-musuhnya, mengalahkan ahli kesesatan, kefasikan
dan kebatilan. Allah akan sentiasa bersama mereka, menolong dan membantu mereka
dengan pertolonganNya, mengukuhkan kedudukan mereka di atas muka bumi,
menyediakan untuk mereka sebab-sebab kekuatan dan keagungan dan menggantikan
ketakutan dengan kemenangan... Mereka menyembahNya dan tidak menyekutukanNya
dengan sesuatu.

Aturlah urusanmu -wahai saudaraku pemuda- dan berbekallah dengan bekalan iman dan
taqwa. Hiasilah dirimu dengan akhlak yang mulia. Kuatkanlah keazaman di dalam dirimu.
Bebaskanlah dirimu dari pujukan syaitan dan hawa nafsu; Sehingga apabila kamu muncul
di medan dakwah ke jalan Allah dan berjihad di jalanNya, kamu mempunyai pengaruh
yang besar di dalam usaha pengislahan, kedudukan yang tinggi di medan qudwah dan
kesanggupan yang kuat di dalam menyebarkan Islam... Bahkan apabila manusia melihatmu,
mereka akan melihat dengan penuh kepercayaan, kasih sayang dan optimis. Ketika kamu
menyeru mereka, tidak ada seorang pun yang tercicir dari menyahut dan taat. Ketika kamu
meminta supaya mereka beratur di dalam saf dakwah, mereka akan melakukannya dengan
penuh ketaatan dan minat.




Dengan ini semua -wahai saudaraku para pemuda- kamu telah memperbanyakkan kader-
kader Islam di seluruh alam yang mana melalui merekalah dasar-dasar Islam akan tersebar
luas ke seluruh pelusuk bumi dan terbinanya daulah Islam serta terbebasnya Negara Islam
daripada perancangan jahat Yahudi, Salibiyun, Komunis dan penjajah. Ketika itu orang-
orang yang beriman akan bergembira dengan pertolongan Allah. Dia menolong sesiapa
yang dikehendakiNya. Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


FASAL KEDUA: Cabaran Serangan Pemikiran


Sepintas lalu tentang serangan pemikiran________________________________


Di antara cabaran yang yang menggugat generasi Islam hari ini khususnya para pemuda
ialah cabaran serangan pemikiran yang merosakkan dunia Islam di Timur dan di barat.

Barat, telah melaungkan slogan sekular yang telah memenjarakan agama di tempat-tempat
ibadat dan menafikan sebarang peranan yang boleh dilakukan oleh agama di dalam usaha
memperbaiki, merubah, membawa kemajuan atau tamaddun...
Di bidang ekonomi ia telah melaungkan dasar-dasar kapitalisme.
Di bidang politik ia telah mendaulatkan dasar-dasar demokrasi.
Di bidang sosial ia telah melaksanakan dasar-dasar kebebasan yang hampir
menimbulkan suasana yang tidak berperaturan dan dasar pengharusan terhadap semua
perkara. Bahkan ia telah menjadi senjata untuk menyerang nilai-nilai murni, akhlak dan
agama.

Teori-teori barat, dasar-dasar dan konsep-konsepnya telah memerangi masyarakat Islam
yang membawa nilai-nilai baru dan cara pengislahan yang berbagai-bagai... untuk
menjauhkan mereka daripada nilai-nilai Islam, ajaran, dasar-dasar dan akhlaknya... di mana
kemuliaan Islam, kewujudan dan keberkekalannya dibina di atas asas-asas tersebut.

Komunis Timur pula, meninggikan slogan sosialisme atau komunis. Para pekerja dan buruh
telah tertipu dengan slogan yang dilaungkan ini. Ia menjanjikan kepada mereka bahawa
pentadbiran adalah hak milik mereka. Ia berusaha menghiasi dasar-dasarnya yang mulhid
untuk dipaparkan kepada masyarakat pemuda daripada golongan buruh, masyarakat fakir
di Dunia Timur Islam dan masyarakat Islam yang lain...

Semua ini berlaku ketika Barat melancarkan serangannya dan Timur yang mulhid
menyebarkan kesesatannya. Ketika itu kebanyakan umat Islam hidup di dalam keadaan
kehairanan, mundur, berpecah belah dan kehilangan kepimpinan yang baik. Ketika itu juga
kesatuan Islam yang tersusun sentiasa mencari-cari cahaya di tengah-tengah fatamorgana
yang menipu, mencari-cari jalan penyelesaian di tengah-tengah kegelapan yang tidak
mungkin melahirkan cahaya, sehingga ia mengetahui sebab-sebab kemunduran dan
ketinggalan zaman, lalu mengambil jalan yang membawa kepada kebenaran dan kejayaan
untuk mengembalikan kemuliaan, kepimpinan dan daulahnya.

Kamu akan dapat melihat -wahai saudaraku pemuda- tipu daya dan sebab-sebab yang
membawa kepada kemurtadan yang telah dilakukan oleh Barat terhadap dunia Islam di
dalam perbincangan serangan pemikiran terhadap generasi Islam. Kamu akan melihat
apakah yang diinginkan oleh komunis Timur daripada serangan pemikirannya terhadap
dunia Islam. Asasnya adalah tipu daya, kepalsuan, penyesatan dan kemulhidan. Kemudian
kamu akan melihat pengusiran dan penyeksaan yang telah dilakukan terhadap umat Islam
yang terdahulu, uslub dan taktik baru yang dijalankan oleh mereka sekarang ini.

Kita jangan lupa tentang perancangan, uslub dan pertubuhan-pertubuhan rahsia yang telah
dilakukan oleh Yahudi sedunia di dalam usaha mereka merosakkan dunia secara umumnya
dan masyarakat Islam secara khususnya serta menundukkan dunia keseluruhannya di
bawah kepimpinan dan penguasaannya... itulah apa yang telah mereka lakukan.

Kamu akan melihat -wahai saudaraku pemuda- di dalam perbincangan ini petunjuk-
petunjuk kepada semua ini agar kamu mengetahui bagaimana kamu diserang dari sudut
akidah dan akhlak sedangkan kamu berada di negeri sendiri. Kamu akan mengetahui
bagaimana mereka melaksanakan tipu daya mereka untuk mengeluarkan kamu daripada
keislamanmu yang hakiki dan daripada agama Allah yang kekal abadi ini. Hanya Allah
tempat meminta pertolongan dan kepadaNyalah kita bertawakkal.



Kenapa Barat memerangi negara-negara Islam?___________________________

Adakah kamu mengetahui -wahai para pemuda- kenapa Barat dan Timur memerangai
negara Islam?

Kerana risalah Islam menerangi akal dan fikiran, dan berkembang ke seluruh alam dengan
cepat dan mengkagumkan. Manusia telah menerimanya berdasarkan pilihan mereka sendiri
dan mentaatinya... Dan kerana risalah yang kekal ini memiliki beberapa keistimewaan yang
berikut:

Rabbaniah: Kerana ia lahir daripada Tuhan yang Mentadbir dan Bijaksana yang tidak luput
daripadaNya sesuatu walaupun sebesar zarrah. Dia mengetahui segala sesuatu dan Dia
telah meletakkan tiap-tiap sesuatu pada tempatnya yang munasabah.

Maksudnya: Dan bagi orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat
hukuman yang lebih baik daripada Allah. (al-Maidah: 50)

Kekal: Kerana ia adalah kekal buat selama-lamanya, terpelihara di bawah pemeliharaan
Allah sehingga hari akhirat.

Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang telah menurunkan al-Quran itu dan Kamilah yang akan
memeliharanya. (al-Hijr: 9)

A'lamiah: Kerana pembawa risalah ini telah diutuskan kepada seluruh manusia dan alam
sejagat.

Maksudnya: Dan Kami tidak mengutuskan engkau melainkan kepada seluruh manusia sebagai
pembawa berita gembira dan berita menakutkan (peringatan). (Saba’: 28)

Syumul: Kerana ia merangkumi segenap espek kehidupan dan sistem yang diperlukan oleh
manusia di dunia dan akhirat, memenuhi keperluan semasa dan masa akan datang, ketika
perang dan ketika aman.

Maksudnya: Dan Kami telah menurunkan kepada engkau (wahai Muhammad) Al Quran sebagai
penjelas kepada setiap sesuatu serta sebagai pembawa rahmat dan berita gembira kepada orang-orang
Islam. (an-Nahl: 89)

Merubah: Kerana terkandung di dalamnya dakwah para anbiya’, memelihara kebenaran
yang diturunkan kepada seluruh risalah terdahulu, dan Allah telah redha supaya ianya
mengatasi seluruh agama yang lain.
Maksudnya: Dan Kami telah turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran dengan membawa
kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan
untuk memelihara dan mengawasinya. (al-Maidah: 48)

Menyumbang sistem perundangan: Kerana ia muncul di bidang perundangan dan ijtihad
dengan dasar-dasar dan kaedah-kaedahnya yang umum serta furu’-furu’nya. Dengan itu, ia
mampu menangani keperluan zaman dan perubahan semasa terutama hukum-hukum yang
berhubung dengan muamalat, permasalahan undang-undang, sistem ekonomi,
perhubungan sosial dan hubungan antarabangsa.

Maksudnya: Tiada Kami tinggalkan sesuatupun di dalam Al Quran ini. (yakni segala yang
diperlukan mengenai dunia dan akhirat, ada diterangkan asas-asas dan intisarinya di dalam al Quran
[tafsir pimpinan ar-Rahman]). (al-An’am: 38)

Bertitik tolak daripada keistimewaan dan ciri-ciri khusus yang dimiliki oleh Islam ini,
Rasulullah s.a.w telah mengumumkan semasa Haji Wida’ di khalayak umum firman Allah;

Maksudnya: Hari ini Aku sempurnakan kepada kamu agamamu, dan Aku lengkapkan nikmatKu
keatas kamu dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai agama. (Al-Maidah: 3)

Sebagaimana ditegaskan kepada umat Islam di kebanyakan munasabah bahawa Rasulullah
s.a.w telah meninggalkan mereka di atas cahaya yang terang, malamnya adalah seperti
siang, tidak terpesong daripadanya seorangpun kecuali dia merupakan seorang yang celaka.
Ditegaskan juga bahawa apabila mereka berpegang teguh dengan kitab dan sunnah, mereka
tidak akan sesat buat selama-lamanya. Apabila mereka terpesong daripada syariat Allah
dan mengabaikan syariatNya maka Allah akan menimpakan azabNya yang pedih kepada
mereka. Bahkan musuh akan menguasai mereka lalu merampas sebahagian daripada apa
yang ada di dalam genggaman mereka!!

™ Rasulullah s.a.w telah melaksanakan tugasnya menyampaikan risalah. Sewaktu
baginda menemui Allah Taala, Islam telah tersebar ke seluruh Semenanjung Tanah
Arab dan sampai ke Tahamah dan Najran, memasuki Yaman dan Bahrain dan
berakhir ke Syam.

™ Di zaman Khulafa’ ar-Rasyidin: Lembayung Islam telah meluas ke dua buah kuasa
besar iaitu Parsi dan Rom. Lembayungnya juga telah meluas ke negara China di
Timur dan ke negara Rumania dan Selatan Rusia. Keadilannya juga telah memasuki
Negara Syam, Mesir, Kepulauan Tripoli dan Afrika. Semuanya itu berlaku dalam
jangka masa tiga puluh lima tahun.

™ Menjelang tahun 102 hijrah: Di zaman pemerintahan Bani Umaiyah, Islam dan
kerajaannya telah meluas sehingga ke Sri Lanka dan sebahagian besar negara India,
Turkistan dan sempadan negara China di Timur. Ia telah meluas ke Barat hingga ke
Sepanyol yang terletak di Eropah.

Begitulah Islam telah membekalkan dunia dengan kekuatan dan kehidupan dan menguasai
bumi dengan cepat dan hebat seperti perubahan malam dan siang.
Khalifah kerajaan Abbasiah Harun ar-Rasyid telah berupaya menggambarkan kepada dunia
tentang keluasan kerajaan Islam dan meluasnya kekuasaannya di muka bumi apabila
baginda berkata kepada awan yang lalu di atasnya tetapi tidak menurunkan hujan padanya;
“Turunlah (wahai hujan) di mana sahaja yang engkau mahu, sesungguhnya hasil
keluaranmu akan di bawa kepada kami”.

Adakah kamu tahu -wahai pemuda- kenapa mereka terkejut dan kemarahan mereka
memuncak?.

Ini disebabkan tapak-tapak kaki umat Islam telah memijak bumi Eropah. Tentera-tentera
Islam telah sampai sehingga ke sempadan Perancis... Orang-orang Eropah telah terkejut
daripada tidurnya dan berkata: "Sungguh pelik, agama apakah ini yang telah menguasai
dunia dengan kekuatan dan ketangkasan yang mengkagumkan? Ia telah memerangi Rom,
memasuki Itali, menawan Sepanyol dan kemudian cuba untuk merentasi Gunung Perancis
untuk mengusai Perancis!"

Mereka telah mula berfikir dan merancang. Mereka berpendapat bahawa apabila Umat
Islam dibiarkan dengan urusan mereka mengembangkan Islam, membuka negara demi
negara dan bertebaran ke seluruh pelusuk dunia, sudah pasti tampuk pemerintahan dunia
akan berada di tangan mereka, bahkan manusia seluruhnya akan berada di bawah kerajaan
dan kepimpinan Islam.

Dengan itu mereka telah mengambil keputusan untuk berperang. Mereka membentuk
tentera dan mengadakan persiapan peperangan serta bersatu di bawah satu panji sehingga
mereka berupaya menghapuskan Islam -menurut tanggapan mereka-, menghapus umat
Islam hingga ke akar umbinya. Hasilnya mereka tidak akan bangkit kembali walaupun
sebentar.!!

Tetapi mereka yang dengki terhadap Islam itu telah menerima kekalahan, kehinaan dan
keaiban di dalam peperangan Salib yang berturut-turut... dalam perang Hittin di tangan
pahlawan yang terkenal Solahuddin al-Ayyubi. Mereka telah ditewaskan dengan teruk dan
telah kembali ke negara mereka dengan penuh penyesalan.


Serangan demi serangan yang hebat ini telah menguatkan keimanan, keberanian, keazaman
dan keyakinan umat Islam kepada agama mereka dan pertolongan Allah. Ini disebabkan
seruan Allahu Akbar adalah laungan mereka, jihad adalah jalan mereka dan mati syahid di
jalan Allah adalah setinggi cita-cita mereka...

* * *


Adakah musuh memikirkan uslub yang lain?______________________________


Ya! Setelah gagalnya uslub besi dan api (peperangan bersenjata) untuk menghancurkan
kesatuan Umat Islam, setelah tewasnya tali barut angkatan Salib di hadapan tentera
Solahuddin al-Ayyubi, musuh-musuh Islam telah berfikir sekali lagi mencari uslub baru
yang akan digunakan untuk memerangi Islam. Mereka memikirkan apakah wasilah yang
boleh menjadikan Daulah Islamiah yang berada di bawah satu khalifah berpecah kepada
kerajaan-kerajaan kecil dan umatnya berpecah-belah, menukar sistem dan perundangan
Islam kepada sistem dan perundangan ciptaan manusia dan mengubah akhlak Umat Islam
yang terpuji kepada akhlak yang keji dengan menjadikan mereka sebagai `pak turut' secara
membuta tuli... Mereka terus berusaha sehingga mereka berjaya mencapai tujuan mereka
menyekat penyebaran Islam, memecah belah kesatuan umat Islam dan merosakkan akhlak
pemuda dan pemudi serta menanam benih kemulhidan ke dalam jiwa generasi Muslim.

Di sini saya ingin menerangkan kepada kamu -wahai pemuda- bagaimana bermulanya
perancangan jahat terhadap umat Islam? Dan di manakah ia akan berakhir? Kemudian kita
akan terus memaparkan perancangan-perancangan yang terpenting yang di susun oleh
penyeru serangan pemikiran” untuk memerangi Islam, mengsekularkan negara Islam,
memalingkan generasi Muslim dari badan-badan yang dibentuk untuk mempertahankan
Islam dan berjihad dan menanam benih fahaman mengharuskan semua perkara dan mulhid
kepada Umat Islam di setiap tempat.


Kisah kehilangan khilafah sebagaimana yang diabadikan oleh sejarah.

Bagaimana bermulanya perancangan jahat tersebut?.
Ia bermula dengan perancangan melenyapkan khilafah yang menjadi simbol kesatuan umat
Islam dan kekuatan politik mereka di dunia.

Sesungguhnya kuasa penjajahan yang terdiri daripada Britain, Perancis, Itali, Yunan... dan
berselindung di sebaliknya Yahudi sedunia merupakan dalang kepada usaha pelenyapan
khilafah, pemisahan agama daripada negara dan pemecah-belah kesatuan umat Islam.
Mereka telah memainkan peranan yang besar di dalam usaha tersebut dengan
menyuburkan fahaman kebangsaan arab di dalam jiwa umat Islam Arab dan fahaman
kebangsaan Turaniah Turki di dalam jiwa orang-orang Turki.

Dengan perancangan jahat ini mereka mampu memisah dan menanam fahaman asabiyah
jahiliyah kepada kedua-dua bangsa Islam ini. Dengan berlalunya masa, bangsa Arab mula
memandang saudara-saudara mereka bangsa Turki sebagai tali barut penjajah. Mereka
menyembunyikan niat jahat dan menyusun berbagai bentuk perancangan terhadap saudara
mereka. Charles Duty di dalam bukunya “Perjalanan di negara-negara Arab” telah
menyatakan bahawa permusuhan antara Arab dan Turki merupakan perancangan Inggeris
yang telah menimbulkan semangat kebangsaan di antara mereka untuk membolehkannya
menguasai Semenanjung Tanah Arab. Ia terkenal dengan politik `pecah dan jajah'.

Adakah kamu mengetahui -wahai pemuda- siapakah yang berperanan melaksanakan
perancangan ini?
Sesungguhnya mereka adalah anggota ‘Pertubuhan Kesatuan Pembangunan’. Mereka telah
bangun memerangi khilafah hasil dorongan negara-negara bersekutu penjajah. Mereka telah
tunduk dan menyerahkan rahsia dan penyusunan mereka kepada Freemason. Freemason
ini -wahai pemuda- tidak lain melainkan ciptaan Yahudi. Ia diwujudkan di dunia Islam
dengan tujuan mendirikan negara Israel di Palestin, menghapuskan khilafah, memisahkan
agama dari negara dan memecah kesatuan umat Islam... Semua itu dicapai dengan usaha
supaya penduduk tempatan yang mempunyai kedudukan, kuasa dan kekayaan bergabung
dengannya. Sehingga apabila mereka sampai ke peringkat anggota yang bekerja dan
dipercayai di dalam pertubuhan Freemason sedunia, mereka akan melaksanakan
perancangan Freemason dengan sepenuhnya di negara Islam.

Sheikh Muhammad Rasyid Redha berkata di dalam majalah al-Manar, Sultan Abdul Hamid
merupakan musuh kepada pertubuhan Freemason. Beliau telah menentang Freemason.
Pertubuhan ini mempunyai pengaruh yang besar di dalam beberapa rampasan kuasa politik
yang telah berlaku di Eropah. Di antaranya ialah Revolusi Perancis dan rampasan kuasa
menggulingkan khilafah Othmaniah.”

Muhammad Rasyid Redha mendedahkan bahawa pimpinan pertubuhan Freemason telah
berusaha sedaya mungkin mengembangkan fahaman mereka di kalangan panglima-
panglima tentera untuk menyusun perancangan-perancangan jahat dan mengadakan
revolusi menentang agama. Beliau berkata: “Sesungguhnya semua pimpinan itu adalah
anggota pertubuhan Freemason. Mereka berusaha bersungguh-sungguh menyebarkannya
dan menjadikan pegawai serta pemimpim kerajaan sebagai anggotanya. Begitu juga mereka
menyebarkannya di kalangan panglima-panglima tentera sebagai persediaan untuk
memisahkan antara agama dan negara.”

Pergerakan ‘Pertubuhan Kesatuan Pembangunan’ bergerak secara senyap dan rahsia. Ia
menyebarkan fikrah dan memainkan peranannya di kalangan tentera. Ia melaksanakan
perancangan secara rahsia dan berhati-hati. Sehingga pada tahun 1908 ia berjaya
menjauhkan khilafah daripada kerusi kehakiman dan memberikan kepadanya kekuasaan
hanya dibidang keagamaan -sebagai marhalah pertama- yang pada hakikatnya tidak
mempunyai apa-apa kuasa. Peristiwa ini berlaku selepas revolusi kebangsaan yang
memisahkan pentadbiran negara daripada agama.

Adakah kamu mengetahui -wahai pemuda- siapakah yang menyampaikan kepada khalifah
-pada tahun 1908- tentang pemecatannya.?
Dia adalah Corroh Sho seorang Yahudi berfahaman Freemason yang dipilih sebagai naib
presiden.

Memang benar, dia adalah seorang Yahudi berfahaman Freemason dan telah mengadap
Sultan Abdul Hamid sebagai wakil Yahudi sebelum mengiklankan perlembagaan di Turki.
Beliau mengharapkan supaya baginda memudahkan perpindahan orang-orang Yahudi ke
Palestin dengan memberikan hadiah kepada Sultan bernilai 5 juta pound dan sebanyak 50
juta Pound untuk perbendaharaan negara. Sultan Abdul Hamid amat marah di atas sogokan
yang keji itu. Sesungguhnya Yahudi yang dengki itu ingin menyampaikan sendiri
pemecatan tersebut untuk melepaskan kemarahan dan kedengkiannya.

Tetapi perancangan jahat itu tidak dapat mencapai matlamatnya secara lebih jauh. Khilafah
Islamiah masih lagi wujud. Berjuta-juta umat Islam di Timur dan Barat masih lagi bergantung kepadanya dari segi ruh, akidah dan daulah yang menjadi simbul kesatuan dan
tanda kekuatan mereka.

Dengan ini, kuasa penjajahan Yahudi perlu menyediakan di dalam negara Islam
sekumpulan pengkhianat yang bekerja... untuk memainkan peranannya menghapuskan
khilafah, memisahkan antara agama dan negara, memecah belahkan kesatuan umat Islam
dan menghapuskan segala sistem dan suasana keliling yang mempunyai hubungan dengan
al-Quran dan Islam.

Adakah kamu mengetahui -wahai pemuda- siapakah yang melaksanakan semuanya ini?.
Dia adalah Kamal Atarturk dan Ismat Inono. Mereka berdualah yang telah melakukan
jenayah yang besar ini. Mereka berdua yang mengesyorkan kepada Majlis Umat Turki pada
tahun 1924 supaya mengambil ketetapan menghapuskan khilafah, mengiklankan syiar
sekular dan memisahkan antara agama dan negara.

Di antara apa yang diperkatakan oleh keduanya: “Sesungguhnya kita akan memusnahkan
setiap khalifah yang cuba campur tangan di dalam urusan negara atau memikirkan perkara
tersebut”.

Kepadamu -wahai pemuda-, inilah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kuasa penjajah
kepada Atarturk di dalam Perjanjian Luzon.
Wakil pihak penjajah di dalam perjanjian ini ialah Carazon, Menteri Luar Britain.
Wakil Turki pula di dalam perjanjian ini ialah ketua perwakilannya ke Luzon, Ismat Inono.

Isi kandungan perjanjian yang disyaratkan oleh Carazon untuk mengiktiraf kemerdekaan
Turki adalah seperti berikut:
1. Menghapuskan khilafah secara keseluruhannya dan mengusir khalifah keluar negeri
serta merampas hartanya.
2. Pengumuman kesekularan negara. Maknanya: memisahkan antara agama dan negara.
3. Turki hendaklah memberi jaminan akan melumpuhkan segala pergerakan anasir-anasir
Islam yang masih ada.
4. Perlembagaan kerajaan Othmani yang terbina di atas asas Al Quran hendaklah ditukar
kepada perlembagaan sivil sepenuhnya.
Semuanya berlaku pada tanggal 4 Febuari 1922M.

Selepas itu, Kamal Atarturk telah melaksanakan apa yang dikehendaki oleh penjajah yang
didalangi oleh Yahudi. Usaha menghapuskan khilafah tidak memakan masa yang lama
sehingga terhapusnya mahkamah syariah dan wakaf. Pada tahun 1925 beliau telah
mengeluarkan undang-undang penghapusan pakaian secara Islam dan berusaha
menyebarkan pakaian Barat serta mewajibkan memakai topi (yang selalu di pakai oleh
orang barat). Dia juga telah menggantikan ucapan salam (As-Salamu Alaikum) dengan
menundukkan kepala atau mengangkat topi (cara Barat menghormati).

Pada tahun 1928 beliau telah menghapuskan pembelajaran ilmu-ilmu syariat Islam dan
menggantikan bacaan al-Quran dan azan dengan bahasa Turki. Beliau menyamakan
pembahagian harta pesaka antara lelaki dan perempuan, menghapuskan sistem poligami,
menggantikan huruf arab dengan huruf latin dan menggantikan hari cuti pada hari Jumaat
dengan hari Ahad... dan banyak lagi perubahan yang dilakukan.
Selepas Atarturk melaksanakan kerja-kerja pengkhianatan tersebut, negara-negara
bersekutu telah mengiktiraf kemerdekaan negara Turki. Britain telah berundur dari Istanbul
dan tempat-tempat lain.

Kesan daripada itu, salah seorang ahli parlimen Britain telah membangkang Menteri Luar di
majlis parlimen Britain kerana mengiktiraf kemerdekaan Turki. Beliau segera menjawab;
“Pada hakikatnya Turki telah lenyap dan tidak ada lagi di dunia ini kerana kita telah
memusnahkan kekuatan maknawi yang ada padanya iaitu ‘Khilafah dan Islam’.” Begitulah
salibiah, orang-orang Yahudi, pertubuhan Freemason dan kuncu-kuncunya bekerjasama
meruntuhkan keperibadian Islam yang dapat dilihat pada kewujudan khilafah, kesatuan
dan Islam itu sendiri. Kuasa yang bersatu ini berjaya campur tangan dan meneguhkan
kedudukan mereka di negara Islam. Mereka telah menukar kemuliaan penduduknya
kepada kehinaan.

- Sekiranya umat Islam ketika itu -wahai pemuda- berada di dalam keadaan sedar dan faham, berhati-
hati, mengikuti dan meneliti peristiwa-peristiwa yang berlaku, di mana musuh-musuh merancang
dan mengadakan tipu daya...
- Sekiranya mereka memahami dengan kefahaman yang sohih terhadap Kitab Allah; perkara yang
disuruh menerima dan memberi, dan perkara-perkara yang diajar berhubung dengan ilmu dan
kemajuan serta persediaan dan kekuatan yang disuruh olehnya...
- Sekiranya mereka terus menerus berada di jalan jihad, mengorbankan semua perkara samada mahal
atau murah untuk memuliakan agama Allah dan mengembalikan kemuliaan Islam...
- Begitu juga sekiranya mereka berada di bawah pimpinan Islam yang satu, melaksanakan arahan,
bersatu di bawah panji-panjinya dan memberikan bai’ah yang sebenarnya kepada amir...

Sekiranya umat Islam berada di dalam keadaan tersebut, mereka tidak akan ditimpa
kecelakaan dan musuh tidak akan menguasai mereka. Mereka juga tidak akan menjadi
suapan yang lazat ke dalam mulut-mulut musuh dan tidak akan terjerumus ke jurang
kecelakaan. Sesungguhnya Allah tidak menzalimi mereka, tetapi merekalah yang menzalimi
diri mereka sendiri.






Perancangan empat musuh_______________________________________


Tetapi, adakah musuh Islam berpada dengan hanya menghapuskan khilafah, memisahkan
antara agama dan negara, memecah belahkan umat Islam... atau mereka masih meneruskan
usaha-usaha memerangi Islam dan Umat Islam dari segi akidah dah pemikiran di negara
mereka?.

Pada hakikatnya, musuh-musuh Islam yang terdiri daripada gerakan Misionary, Orientalis,
kuasa penjajah, Komunis dan Yahudi... sentiasa bekerja siang malam kerana tujuan yang
satu iaitu mengeluarkan Muslim daripada agama Islam atau paling kurang menimbulkan
keraguan di dalam akidah dan membebaskan mereka dari kawalan dan dasar-dasar akhlak.

Permusuhan dan tipu daya terhadap Islam ini terbentuk di dalam empat perancangan:
1. Perancangan Komunis.
2. Perancangan Salibiah.
3. Perancangan Yahudi dan Freemason.
4. Perancangan egen-egen di negara Islam.

Saya akan membincangkannya -wahai pemuda- satu persatu secara terperinci supaya kamu
mengetahui dengan baik apakah yang mereka hendak lakukan kepada kamu dan apakah
yang mereka rancang terhadap generasi Islam? Allahlah tempat meminta pertolongan dan
kepadaNyalah kita bertawakkal.

* * *

Perancangan Komunis.

Di dalam salah satu risalah rahsia yang disiarkan oleh majalah “Kalimatul Hak” pada bulan
Muharram tahun 1387 Hijrah (April 1967), perancangan yang menggerunkan untuk
menghapuskan Islam telah disediakan oleh komunis di Moskow dan diberikan kepada
hamba-hamba mereka di salah sebuah negara Islam arab untuk dilaksanakan dan mereka
telah melaksanakannya dengan teliti.

Sekarang kami bawa dengan penuh amanah daripada majalah `Kalimatul Hak' beberapa
perancangan Komunis untuk menghentam Islam di negara kamu.
Rencana itu berbunyi:

- Berdamai dengan Islam sehingga kita dapat menguasainya. Berdamai buat sementara
waktu juga bertujuan menjamin penguasaan kita terhadapnya dan mengajak bangsa arab
kepada fahaman sosialisme.
- Menjatuhkan maruah pendokong-pendokong agama dan para pemerintah yang berpegang
teguh dengan agama serta menabur fitnah bahawa mereka merupakan agen-agen penjajah
dan zionis.
- Meluaskan pengajian sosialisme di semua sekolah, maktab dan universiti di setiap
peringkat... dan memerangi Islam serta mengepungnya sehingga ia tidak menjadi satu
kuasa yang menggugat fahaman sosialisme.
- Berusaha supaya tidak terbentuk gerakan Islam di dalam negara walaupun gerakan yang
lemah. Sentiasa memerhati apa jua bentuk kebangkitan berbentuk keagamaan dan mengambil tindakan keras walaupun membawa kepada maut terhadap sesiapa sahaja yang
menyeru kepada agama.
- Kita tidak menafikan bahawa agama mempunyai peranan penting di dalam membentuk
masyarakat. Oleh sebab itu kita perlu memeranginya dari segenap sudut dan di setiap
tempat, melemparkan tuduhan dan menjauhkan manusia daripadanya dengan
menggunakan cara yang tidak menampakkan permusuhan terhadap Islam.
- Memberi galakan dan kebebasan kepada penulis-penulis yang mulhid menghentam
agama, dan syiarnya serta keberanian yang berlandaskan kepada ruh agama. Begitu juga
menanam fikrah bahawa peranan Islam telah berakhir dan yang kekal pada hari ini
hanyalah ibadat-ibadat tertentu sahaja iaitu puasa, sembahyang, haji, nikah dan talak. Kita
akan meletakkan semua ini di bawah kawalan sistem sosialisme.

Rencana itu juga menyebut :-

- Memutuskan ikatan berbentuk keagamaan di antara bangsa-bangsa Islam secara total yang
merupakan sebesar-besar bahaya kepada sosialisme dan menggantikannya dengan ikatan
sosialisme.
- Sesungguhnya menguraikan ikatan agama dan menghapuskannya tidak akan berhasil
dengan meruntuhkan masjid dan gereja kerana ugama adalah bertapak di dalam sanubari.
Yang di kehendaki ialah menghancurkan sanubari yang berpegang teguh dengan agama.
Menghancurkan agama di dalam sanubari umat Islam tidaklah menjadi susah apabila kita
telah berjaya menjadikan hukum dan ketuanan di tangan sosialisme dan setelah kita berjaya
menyebar luaskan perkara-perkara yang meruntuhkan agama seperti novel, drama, filem,
ceramah, akhbar dan tulisan-tulisan yang memperdagangkan kemulhidan, memperolok-
olokkan agama dan penganutnya dan menyeru kepada sains semata-mata serta
menjadikannya sebagai tuhan yang berkuasa.
- Menipu orang-orang Kristian dengan mendakwa bahawa al-Masih adalah seorang sosialis
dan imam sosialisme. Beliau seorang yang fakir, daripada keluarga yang fakir, pengikutnya
terdiri dari orang-orang fakir dan beliau menyeru supaya memerangi orang-orang kaya.
Kita berkata pula kepada umat Islam tentang Muhammad; Beliau adalah imam sosialisme,
seorang fakir dan pengikutnya adalah orang-orang fakir. Beliau memerangi orang-orang
kaya yang memonopoli kekayaan, feudalis dan pengamal riba’. Melalui cara ini kita perlu
menggambarkan bahawa para nabi dan rasul adalah manusia biasa dengan menafikan
wahyu, kesucian ruh dan mukjizat daripada mereka.
- Menyibukkan orang ramai dengan syiar sosialisme dan tidak memberikan kepada mereka
peluang untuk berfikir. Menyibukkan mereka dengan lagu-lagu kebangsaan dan
pertubuhan-pertubuhan politik... dan meletakkan tanggungjawab kemunduran ekonomi,
kelaparan, kemiskinan dan penyakit kepada penjajah, zionis, feudal dan ahli-ahli agama...

Menurut rencana itu lagi :-

- Tidak menjadi kesalahan menggunakan agama untuk meruntuhkannya. Tidak juga
menjadi kesalahan bagi pemimpin-pemimpin sosialis menunaikan beberapa kewajipan
agama yang berbentuk jemaah untuk menyesat dan menipu dengan syarat ianya tidak
berterusan.

- Mengiklankan bahawa penganut sosialis beriman dengan agama yang sohih dan bukan
dengan agama palsu yang dianuti oleh manusia kerana kejahilan mereka. Agama yang
sohih itu ialah sosialisme dan agama yang palsu itu adalah candu yang memabukkan
masyarakat... Amat perlu mengaitkan segala keaiban dan kecacatan yang ada pada
penganut agama dengan agama itu sendiri, memperkembangkan kemulhidan dan menegaskan bahawa agama itu adalah khurafat. Khurafat yang wujud di dalam agama yang
palsu dan tidak ada di dalam agama yang sohih iaitu sosialisme.
- Kita mengambil ajaran-ajaran Lenin dan wasiatnya supaya parti sosialisme menjadi musuh
ketat kepada agama dan memerangi fikrahnya terhadap perkara yang akan berlaku selepas
mati dengan menyatakan bahawa syurga firdaus yang direalisasikan oleh sosialime dan
telah mewujudkan keadilan sosial adalah firdaus yang sebenar. Apabila terpaksa berdamai
dan menyokong agama, maka perdamaian hendaklah berlaku di dalam tempoh yang
tertentu dan sokongan hendaklah dengan berwaspada supaya perdamaian dan sokongan
tersebut dapat digunakan untuk menghancurkan agama itu sendiri.

Daripada rencana ini jelaslah bahawa komunis menumpukan dakyahnya dengan
memberikan perhatian yang utama kepada dunia Islam secara khusus... disebabkan mereka
mengetahui bahawa negara-negara Islam berada di kedudukan yang strategik dan kaya
dengan sumber-sumber ekonomi... juga disebabkan mereka mengetahui bahawa Islam
memiliki kekuatan penyebaran, dasar-dasar yang hidup dan praktikal serta ciri-ciri
ketamadunan...

Oleh kerana itu, mereka menggunakan berbagai-bagai cara untuk menyesatkan manusia,
meruntuhkan agama dan menyebarkan kemulhidan.

™ Kadang-kadang Marxisme memakai pakaian Islam seperti kata-kata mereka:
Sesungguhnya Muhammad itu adalah imam sosialis, seorang fakir dan pengikutnya
adalah orang-orang fakir... beliau memerangi orang kaya, feudelis dan pengamal
riba... dan melakukan revolusi terhadap mereka.

™ Di kebanyakan ketika mereka menggunakan teori-teori sains untuk menutup
kemulhidan dan kesesatan mereka seperti:
o Menggunakan teori Darwin yang memperkatakan tentang asal kehidupan,
perkembangannya dari bawah ke atas... dan bagaimana ia berubah daripada
haiwan kepada monyet dan kemudiannya menjadi manusia.
o Menggunakan teori Frued yang menghubungkan semua perkara yang
berkaitan dengan manusia dengan seks dan syahwat.
o Memperalatkan sejarah ketika menerangkan revolusi dan kemajuan sesuatu
bangsa.

Semua ini bertujuan menimbulkan syak dan syubhat terhadap Allah Taala, prinsip-prinsip
Islam, hakikat sejarah serta kemuliaan muslimin.

™ Kadang-kadang mereka menggunakan kesempatan yang ada supaya penentangan
terhadap agama, Allah dan RasulNya menjadi jelas dan kemulhidan tersebar seperti
kata-kata mereka:
o Sesungguhnya Allah, agama, feudal, kapitalisme... dan semua nilai-nilai
yang telah menerajui kepimpinan masyarakat yang lalu tidak lain tidak
bukan pada hari ini hanyalah merupakan mumia yang diawet di muzium
sejarah...
o Tidak ada tuhan di alam ini dan kehidupan adalah semata-mata kebendaan
(material).
o Agama adalah candu masyarakat.
o Para nabi adalah pencuri yang berdusta.
Di antara uslub mereka yang dengki ialah dengan `membunuh' dan `membinasakan' umat
Islam di negara Islam yang telah atau akan jatuh ke dalam kekuasaan mereka:
o Di China dan Rusia, komunis telah membunuh lebih daripada 26 juta umat Islam di
sepanjang suku abad, khususnya di bahagian Turkistan yang termasuk di dalam
wilayah China.
o Di Yugoslavia yang menganut fahaman komunis, mereka telah memusnahkan lebih
dari sejuta umat Islam selepas peperangan dunia yang kedua.
o Berapa ramai pula yang kita dengar tentang penyembelihan terhadap umat Islam
yang dilakukan oleh komunis di Iraq di zaman pemerintahan Abdul Karim Kasim.
Begitu juga di Selatan Yaman dan di Afghanistan sekarang ini.

Benarlah firman Allah tentang keadaan mereka:

Maksudnya: Mereka tidak menghormati pertalian kerabat dan perjanjian terhadap orang-orang yang
beriman dan merekalah orang-orang yang menceroboh. (at-Taubah: 10)
dan firmanNya:

Maksudnya: Mereka akan sentiasa memerangi kamu sehingga mereka dapat mengembalikan kamu
daripada agama kamu (menjadi kufur) sekiranya mereka berdaya. (al-Baqarah 217)

Begitulah apa yang dilakukan oleh komunis di setiap negara dengan cara-caranya yang
tersendiri berdasarkan keadaan dan golongan yang dihadapi...

Di beberapa ketika -sebagaimana yang jelas- mereka kembali kepada besi dan api
(kekerasan) untuk melaksanakan dasar-dasar dan memaksa orang lain menganut mazhab
mereka sebagaimana yang telah mereka lakukan di masa yang lampau di China, Yogoslavia
dan Rusia... dan sekarang ini di Yaman Selatan dan Afghanistan...

Pada zaman moden ini mereka beralih kepada serangan pemikiran berdasarkan
kesesuaiannya dengan umat Islam. Begitu juga dengan cara-cara penyesatan, tipu daya dan
pemalsuan yang difikirkan sesuai... Sehingga apabila orang-orang yang tertipu memasuki
pintu dan terjerumus ke dalam perangkap... mereka akan bergerak bersama-sama mereka
setapak demi setapak menuju kepada kemulhidan supaya mereka akhirnya menjadi
setiawan yang bekerja... menjadi trompet yang bergerak... bahkan mereka tanpa segan silu
mengiklankan kepada umum bahawa mereka adalah musuh kepada Islam, para Anbiya’
dan agama. Allah berfirman;

Maksudnya: Merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan
penglihatannya... itu adalah kerana mereka melakukan perkara-perkara yang menyebabkan
kemurkaan Allah dan mereka pula membenci perkara-perkara yang diredhainya. Oleh itu Allah
gugurkan amalan kebaikan (yang pernah mereka lakukan). (Muhammad: 23-28)
Dengan ini adakah kamu telah mengetahui -wahai pemuda- apakah yang komunis mahu
daripada kesesatan, kemulhidan dan keraguan yang telah mereka sebar di dalam usaha
mencabut asas-asas Islam daripada masyarakat Islam sehingga ke akar umbinya?

Apabila kamu telah mengetahui semuanya itu, maka kamu hendaklah berhati-hati,
membenci dan menjauhkan diri daripadanya... demi mengekalkan keperibadianmu yang
istimewa dan menjaga keaslian akidahmu... Dan Allah setiasa memelihara orang-orang yang
bertaqwa, ikhlas dan beramal.

* * *

Perancangan Salibiah.

Sebelum kita melihat kepada noktah-noktah tersebut satu persatu adalah lebih baik kita
mengenali apakah dia Salibiah serta kumpulan yang terlibat di dalamnya yang saling
berganding bahu dan bantu- membantu.

Perkataan Salibiah memberi makna umat kristian yang mencurahkan tenaga mereka untuk
memerangi Islam dan umatnya, menjajah negara mereka dan mengeluarkan mereka
daripada agama Islam.

Manakala kumpulan yang terlibat di dalamnya ialah gerakan kristianisasi, orientalis dan
penjajahan... Setiap kumpulan ini sentiasa bantu-membantu di dalam memerangi negara
Islam, memurtad dan mengkristiankan umatnya. Kumpulan ini adalah lahir daripada
fahaman salibiah untuk melaksanakan tugasnya sebagai penyesat dan memainkan
peranannya di dalam kerja-kerja kristianisasi. Bahkan kumpulan-kumpulan ini merupakan
gerakan Salibiah itu sendiri yang mana di zaman sekarang mereka menggunakan nama dan
uslub yang zahirnya rahmat tetapi batinnya adalah azab. Ia telah melaksanakan tugasnya di
negara Islam dan sentiasa berusaha untuk mencapai objektifnya yang keji dan
merealisasikan kedengkiannya yang tersembunyi... akan tetapi Allah tidak akan meredhai
kecuali menyempurnakan nurNya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.

Saya bentangkan kepada kamu -wahai pemuda- noktah-noktah terpenting daripada
perancangan Salibiah.

1. Menghapuskan perlaksanaan hukum Islam di negara Islam
Kita telah sebutkan sebelum ini bagaimana Salibiah berdiri teguh di Britain, Perancis, Itali
dan Yunan..., Agen yang khianat “Atarturk” di dalam perjanjian “Luzon” untuk
menghapusan khilafah, memisahkan antara agama dan negara dan memutuskan hubungan
Turki dengan Islam.

Kita telah melihat bagaimana pengkhianatan `Atatork melaksanakan apa yang dicita-citakan
oleh Salibiah. Selain daripada menghapuskan khilafah dan mengsekularkan perlembagaan
negara... beliau telah menghapuskan mahkamah syariah, sekolah agama, hukum harta
pesaka, menjadikan azan di dalam bahasa Turki, menggantikan huruf arab dengan huruf
Latin dan menggantikan hari Jumaat sebagai hari cuti dengan hari Ahad... semuanya itu
berjaya dilaksanakan dengan sempurnanya pada tahun 1928.

Britain dan pihak bersekutu telah berterima kasih terhadap usaha Atarturk memerangi
Islam dan mengiktiraf kemerdekaan Turki selepas itu kerana mereka telah berjaya menghapuskan kekuatan umat Islam yang terbentuk di dalam dua perkara; “Islam dan
khilafah”. Kerajaan sekular yang tidak berugama ini terus menjalankan perancangan
jahatnya ke atas kebanyakan negara Islam yang membawa negara-negara tersebut
berhukum dengan selain daripada apa yang telah diturunkan oleh Allah dan mengubah
perlembagaannya kepada perlembagaan sekular dan tidak beragama.

2. Menghapuskan al-Quran al-Karim dan melenyapkannya
Salibiah menganggap al-Quran sebagai sumber asasi kekuatan umat Islam di mana ia
merupakan sumber yang akan mengembalikan mereka kepada kemuliaan dan keagungan
sebagaimana di masa lalu ia telah memainkan peranan sebenar sebagai sumber kekuatan
dan kemajuan... Oleh itu mereka berusaha untuk menyelewengkannya, mentakwil atau
melenyapkannya... sekiranya mereka berkuasa dan berupaya melakukannya.

- Gladstone telah berkata di dalam majlis parlimen Britain sambil mengangkat al-Quran di
hadapan para perwakilan; “Selagi mana Al Quran ini berada di tangan umat Islam, maka
Eropah selama-lamanya tidak akan berupaya menguasai negara Islam dan eropah sendiri
tidak akan berada di dalam keadaan aman tenteram.”

- Seorang pendakwah kristian, Wiliam Jifford Bellcraf telah berkata: “Apabila Al Quran,
Mekah dan Madinah telah hilang dari negara arab, maka ketika itu kita akan melihat bangsa
arab bergerak perlahan-lahan ke jalan tamadun barat, jauh daripada Muhammad dan
Kitabnya”.

- Seorang pendakwah kristian, Cartly telah berkata: “Kita perlu menggunakan Al Quran
untuk menentang Islam itu sendiri sehingga kita berjaya menghapuskan Islam
keseluruhannya. Kita perlu menyatakan kepada umat Islam bahawa perkara yang sohih di
dalam Al Quran bukanlah suatu yang baharu dan benda yang baharu bukanlah suatu yang
sohih”.

- Pemerintah Perancis di Algeria telah berkata sempena seratus tahun penjajahannya; “Kita
mesti melenyapkan Al Quran dari bangsa arab dan menghapuskan bahasa arab daripada
percakapan mereka sehingga kita dapat menguasai mereka”.

Tetapi mereka kecewa dan tidak berupaya untuk mencapai matlamat mereka
menghapuskan Al Quran, menyelewengkannya atau menimbulkan keraguan disebabkan
mukjizatnya... kerana Allah telah memberi jaminan untuk memeliharanya daripada
penyelewengan atau penukaran hingga hari akhirat. Allah berfirman:
نﻮﻈﻓﺎﺤﻟ ﻪﻟ ﺎﻧاو ىﺮآﺬﻟا ﺎﻨﻟﺰﻧ ﻦﺤﻧ ﺎﻧا

Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang telah menurunkan Al Quran itu dan Kamilah yang
memeliharanya (daripada diubah). (al Hijr: 9)

3. Menghancurkan pemikiran Islam di kalangan umat Islam
Di antara perancangan Salibiah ialah memutuskan hubungan umat Islam dengan Islam dan
menghancurkan pemikiran Islam daripada akal fikiran umatnya... supaya mereka
khususnya pemuda-pemudinya berjalan di atas landasan mulhid dan fahaman keharusan
serta memutuskan hubungan mereka dengan Allah dan Islam.
- Zuwaimir, seorang pendakwah Salibiah telah berkata sebagaimana tercatat di dalam buku
"Serangan ke atas dunia Islam": “Sesungguhnya gerakan kristian jika dinisbahkan kepada
tamadun Barat ada dua keistimawaan; keistimewaan meruntuhkan dan keistimewaan
membina. Yang dimaksudkan dengan meruntuhkan ialah menjauhkan muslim daripada
agamanya walaupun dengan mendorongnya kepada kemulhidan. Membina pula
bermaksud mengkristiankan muslim -sekiranya mereka berupaya- supaya dia berpihak
kepada tamadun Barat untuk menentang bangsanya.

-Pendakwah Salibiah yang lain pula, Tarkly berkata: “Kita mesti menggalakkan penubuhan
sekolah-sekolah yang berasaskan kepada pemikiran sekular Barat kerana keyakinan
kebanyakkan umat Islam terhadap Islam dan Al Quran akan goyang apabila mereka
mempelajari buku-buku Barat dan bahasa asing”.

- Zuwaimir telah berkata di seminar missionary yang diadakan di al-Quds pada tahun 1935:
“Sesungguhnya tugas kristianisasi yang ditugaskan oleh negara-negara kristian kepada
kamu di negara Islam bukanlah bermakna memasukkan umat Islam ke dalam agama
kristian kerana ini merupakan hidayat dan kemuliaan bagi mereka... tetapi tugas kamu ialah
mengeluarkan umat Islam daripada Islam supaya mereka tidak mempunyai hubungan
dengan Allah. Seterusnya tidak mempunyai hubungan yang mengikat mereka dengan
akhlak yang dipegang oleh umat-umat lain di dalam kehidupan mereka. Dengan itu kamu
merupakan perintis kepada penjajahan di negara-negara Islam dan kamu telah
menyediakan semua akal fikiran yang ada di dalam kerajaan Islam untuk berjalan di jalan
yang telah kamu usahakan. Ketahuilah, ia adalah mengeluarkan Muslim daripada Islam”.

Tetapi para pendakwah kristian tidak berupaya untuk mencapai matlamat yang keji dan
hina itu. Sesungguhnya di dalam diri pemuda Islam terdapat kefahaman, kesedaran dan
keazaman untuk kembali kepada Islam dan berjihad meninggikan kalimah Allah. Allah
akan menyempurnakan cahaya agamaNya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.

4. Melenyapkan kesatuan umat Islam
Salibiah telah melakukan kerjanya yang hina memecah
belahkan kesatuan umat Islam bermula dengan menghapuskan khilafah dan berakhir
dengan memecah belahkan umat Islam dan daulahnya kepada bangsa-bangsa yang bercerai
berai dan negara-negara kecil yang bertebaran.

Semua ini bertujuan supaya umat Islam sentiasa berada dalam kelemahan, kehinaan dan
berpecah belah serta saling bermusuhan di antara satu sama lain. Dengan itu hilanglah
kemuliaan, keperibadian dan ketuanan dari diri mereka.

- Saimon yang juga seorang pendakwah Salibiah telah berkata: “Sesungguhnya kesatuan
arab Islam telah menyatukan cita-cita umat Islam dan membantu menghapuskan
penguasaan Eropah. Kristianisasi merupakan faktor penting di dalam usaha menghapuskan
kekuatan gerakan ini. Oleh itu kita perlu memalingkan haluan muslimin daripada kesatuan
Islam dengan menggunakan gerakan kristianisasi.”

-Pendakwah kristianisasi Lowrence Brown telah berkata: “Apabila Umat Islam bersatu di
bawah Empayar Kerajaan Arab, mereka boleh menjadi bahaya dan laknat kepada dunia
atau mereka juga boleh menjadi nikmat kepada dunia. Adapun apabila mereka kekal berada
di dalam keadaan berpecah belah, ketika itu mereka tidak mempunyai sebarang nilai dan
pengaruh”.
Pada tahun 1907, diadakan Muktamar Agung Eropah yang diketuai oleh Britain. Muktamar
yang berlangsung selama sebulan dipenuhi dengan kajian dan perbincangan. Para
perwakilan telah membentangkan bahaya luaran yang akan menghapuskan tamadun barat.
Mereka mendapati bahawa umat Islam merupakan sebesar-besar bahaya yang akan
menggugat eropah. Mereka mengambil ketetapan mengatur strategi yang menuntut
pengembelingan tenaga seluruhnya untuk menghalang daripada terbentuknya sebarang
kesatuan atau persepakatan di antara negara-negara Islam Timur Tengah. Ini disebabkan
Timur Tengah merupakan satu-satunya bahaya yang menggugat masa depan Eropah.

Akhirnya mereka menetapkan untuk mewujudkan perkauman yahudi Barat untuk
menentang arab dan muslimin di Timur terusan Suez supaya umat Islam kekal dalam
keadaan berpecah belah. Berdasarkan sebab inilah Britain telah menggariskan asas
kerjasama dan persekutuan dengan Zionis sedunia yang menyeru ke arah mewujudkan
negara Yahudi di Palestin.

Tetapi kita melihat hari demi hari kelahiran benih-benih kebangkitan kesedaran di kalangan
pemuda Islam untuk mewujudkan kesatuan Islam yang unggul dan umum di bawah satu
pemerintahan dan negara sebagai melaksanakan firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya inilah umat kamu, umat yang satu, dan Aku adalah Tuhan kamu, maka
sembahlah Aku. (al Anbiya’: 92)

Semoga semuanya akan terhasil dalam jangka masa yang singkat dengan izin Allah.

5. Merosakkan wanita Islam
Iaitu dengan memberikan perhatian kepada gerakan pembebasan wanita, menimbulkan
perbahasan sekitar hak persamaannya dengan lelaki, menentang sistem hijab Islam,
poligami dan pengharusan tolak... semuanya ini adalah untuk mewujudkan keraguan
terhadap kesesuaian syariat Islam untuk dilaksanakan di dalam kehidupan.

- Zuwaimir, ketua penulis kristianisasi telah menulis kertas kerja yang bertajuk `Dunia Islam
Hari Ini'. Beliau berkata; “Sebelum ini tidak pernah wujud akidah yang berasaskan tauhid
yang lebih mantap daripada akidah Islam dan berjaya menembusi dua benua dengan begitu
luas, Asia dan Afrika. Ia telah menyebarkan akidahnya, syariat dan adat resamnya kepada
dua ratus juta manusia... dan mengukuhkan tali perhubungan mereka dengan
menggunakan bahasa arab. Mereka pada hari ini adalah seperti saki baki runtuhan
bangunan dan kesan-kesan lama yang terkumpul di bukit tinggi. Mereka juga boleh
dikatakan seperti banjaran bukit yang mencakar langit... puncaknya menyinarkan nur
tauhid dan kakinya tenggelam di dalam kegelojohan pologami dan kemunduran
wanitanya.” Beliau menutup perbincangannya dengan menasihati para pendakwah kristian
supaya tidak berputus asa menjalankan tugas mereka kerana ‘ulat perosak’ pembebasan
wanita telah menular sehingga ke tulang belakang masyarakat Islam. Beliau berkata; “Para
pendakwah kristian tidak sepatutnya merasa putus asa apabila melihat kesan dakwah
mereka terhadap muslimin adalah lembab. Ini disebabkan di antara perkara yang dapat
dipastikan ialah kecenderungan terhadap ilmu-ilmu Barat dan fikrah pembebasan wanita
telah tumbuh dengan suburnya di dalam hati orang-orang Islam...”
Misho Athin Lhami, seorang penulis Perancis yang masyhur telah menulis di dalam majalah
Dunia Perancis keluaran 15 september 1901M. Beliau telah menggariskan beberapa strategi
untuk menghancurkan Islam. Beliau berkata; “Menggunakan cara mendidik anak-anak
orang Islam, sekalipun mendatangkan faedah seperti mana yang kami nyatakan tetapi
melalui pendidikan anak-anak perempuan mereka di sekolah-sekolah wanita kristian akan
membawa hasil sebenar yang kita kehendaki dan membawa kita kepada matlamat yang kita
usahakan. Bahkan aku tegaskan di sini bahawa mendidik anak-anak perempuan mereka
dengan cara ini merupakan satu-satunya cara untuk menghancurkan Islam melalui tangan-
tangan penganutnya”.

Sesungguhnya mereka tidak berjaya. Wanita-wanita muslimat pada hari ini telah
mengetahui hakikat perancangan jahat mereka terhadap anak-anak perempuan mereka.
Bahkan mereka mengetahui dengan penuh sedar bahawa Islam telah memberikan kepada
mereka hak-hak yang tidak mungkin diperolehi oleh mana-mana wanita yang berada di
bawah naungan perlembagaan selain Al Quran. Bahkan mereka mengetahui bahawa semua
itu adalah bertujuan untuk merampas semulia-mulia perkara yang mereka miliki iaitu
kehormatan dan kesucian untuk dijadikan barang keseronokan yang murah di pasaran
hawa nafsu dan syahwat...!!

* * *

Uslub-uslub Salibiah.

Salibiah dan kuncu-kuncunya mempunyai cara tersendiri untuk memerangi Islam dan
muslimin di negara mereka.

Saya bentangkan kepada kamu -wahai pemuda- uslub dan seruan-seruan yang terpenting:

Di antara uslub mereka ialah;
- Mendakwa bahawa Al Quran adalah kitab Masihi dan Yahudi yang telah ditiru oleh
Muhammad daripada kitab-kitab samawi yang terdahulu.
- Mendakwa bahawa falsafah Islam adalah pemikiran Yunan yang ditulis dalam bahasa arab.
- Mendakwa bahawa bahasa arab fusha merupakan bahasa yang susah dan tidak sesuai
digunakan pada masa kini. Oleh itu perlu menggunakan bahasa pasar dan loghat daerah
sebagai ganti kepadanya. Begitu juga perlu menggunakan huruf latin menggantikan huruf
arab.
- Menyeru supaya dihidupkan fahaman Firaun di Mesir, Ays Suriah di Iraq, Al Barbariah di
Utara Afrika dan Finiqiah di Lubnan dan Palestin serta seruan mengutamakan bahasa Parsi
iaitu bahasa bangsawan daripada bahasa arab yang merupakan bahasa orang peringkat
rendahan.
- Mendakwa bahawa orang-orang yang membawa masuk kehidupan sastera dan kemajuan ke
dunia Islam pada akhir kurun 19 ialah orang-orang kristian Lubnan... dan juga mendakwa
bahawa bangsa Barbar merupakan satu-satunya bangsa yang mempunyai tamadun dan
kemajuan di Utara Afrika dan Sepanyol. Manakala Islam pula tidak memberi apa-apa
sumbangan untuk membina kemajuan di dunia.

- Mendakwa bahawa Islam suka kepada pencerobohan, memaksa pengikut agama lain supaya
menganutnya dan menggalakkan penganutnya berlaku kasar kepada bukan muslimin.
Begitu juga ia menyeru kepada kehidupan kebinatangan dan tenggelam di dalam kelazatan
hidup. - Menyeru supaya memulau kehidupan muslimin hari ini, akhlak dan adab-adab mereka yang
diwarisi kerana -pada pandangan mereka- ia merupakan kehidupan padang pasir yang
hina.
- Mendakwa bahawa sebab dan punca kemunduran dan ketinggalan zaman umat Islam
ketika ini ialah ajaran Islam dan berpegang dengannya.

Maksudnya: Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri; (iaitu) mereka menyamai
perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh
berpaling daripada kebenaran?. (at Taubah: 30)

Supaya kamu mengetahui -wahai para pemuda- uslub-uslub yang hina ini dan seruan yang
batil ini... ke atas Islam dan Nabi Islam... maka dengarlah apa yang diperkatakan oleh
pendakwah kristian Amerika “Henry Gieph”: “Muslimin tidak memahami agama dan tidak
mengetahui apakah dia agama. Mereka adalah pencuri, pembunuh, orang-orang yang
mundur dan gerakan kristianisasi akan bekerja memajukan mereka”.

Dengar pula apa yang diperkatakan oleh Gowlemin di dalam bukunya “Sejarah Perancis”:
“Sesungguhnya Muhammad, pengasas agama muslimin telah menyuruh pengikutnya
menundukkan dunia dan menggantikan semua agama dengan agamanya... alangkah
besarnya perbezaan antara penyembah-penyembah berhala (yang dimaksudkan adalah
muslimin) dengan orang nasrani (kristian)!! Orang-orang arab itu telah menyebarkan agama
mereka dengan kekuatan dan mereka berkata kepada manusia: “Kamu mesti memeluk
Islam atau kamu akan mati” sedangkan pengikut-pengikut kristian telah menarik jiwa-jiwa
dengan kebaikan dan kelembutan mereka. Apakah yang akan berlaku kepada dunia
sekiranya arab menguasai kita? Pada ketika itu kita semua akan menjadi muslim
sebagaimana penduduk Algeria dan kepulauan Marakash.”
Adakah kamu pernah melihat -wahai para pemuda- kedengkian terhadap Islam dan Nabi
Islam seperti kedengkian ini?

Adakah kamu pernah melihat penyelewengan terhadap hakikat yang tetap, pembohongan
terhadap realiti dan sejarah sebagaimana penyelewengan dan pembohongan ini?

Muslimin pada pandangan orang-orang yang dengki ini adalah orang-orang yang mundur,
pencuri dan pembunuh!! Dan Rasulullah s.a.w adalah ketua penjenayah!!... Dan Islam
menyebarkan kekuasaannya kepada manusia dengan pedang dan paksaan!!

Allah akan membinasakan mereka, maka bagaimana mereka boleh berpaling dari
kebenaran?. Orang-orang zalim akan mengetahui di manakah tempat kembali mereka di
akhirat nanti.

* * *



Wasilah-wasilah Salibiah.
- Wahai pemuda- Salibiah mempunyai wasilah-wasilah yang begitu keji untuk memerangi
Islam dan menggoncang akidah muslimin...
Di antara wasilah yang terpenting ialah:

Memberi pelajaran kepada anak-anak muslimin di tadika, sekolah dan universiti mereka.
Di dalam buku `Golongan Sosialis di Syria' ada menyebut:
- Sesunggguhnya pendakwah kristian yang pertama ialah sekolah. Perbanyakkan sekolah-
sekolah di seluruh pelusuk dunia Islam khususnya taman asuhan kanak-kanak kerana
wasilah yang memberikan hasil yang paling baik di dalam usaha mengkristiankan muslimin
ialah dengan mengajar anak-anak kecil mereka.
- Tulislah buku-buku khas bagi anak-anak muslimin di segenap lapangan pelajaran dan
gunakanlah buku-buku tersebut untuk menimbulkan keraguan terhadap Islam. Palingkan
pelajar-pelajar kepada bahan-bahan rujukan yang berfahaman kristian dan orientalis yang
penuh dengan racun terhadap Islam.
- Pilihlah untuk sekolah-sekolah tersebut dan tenaga pengajarnya guru-guru yang
mempunyai kecenderungan kepada kristian serta mempunyai kecerdikan dan pengalaman
yang mencukupi.
- Paksalah pelajar-pelajar Islam memasuki gereja dan mendengar nasihat-nasihat gereja
pada hari Ahad dan melakukan adat kristian.
- Mereka sentiasa berusaha menanamkan dasar-dasar pendidikan Barat ke dalam jiwa
muslimin sehingga mereka membesar berdasarkan rentak Barat dan neraca penimbang
Islam di dalam jiwa mereka menjadi lemah.
- Mereka berusaha menonjolkan wanita Barat dengan aneka kemajuan dan kebebasan, dan
menonjolkan wanita Islam dengan pelbagai bentuk kemunduran dan ketinggalan zaman...
sehingga mereka berjaya membebaskan wanita Islam daripada hijab, akhlak Islam dan
cenderung kepada berhias dan kefasadan.

Menyebarkan sebaran-sebaran kristian seluas-luasnya.

Pihak missionari dan orientalis memandang serius terhadap sebaran am sebagaimana
mereka mengambil berat terhadap pelajaran atau pun lebih daripada itu. Mereka
mengarang buku-buku, menerbitkan majalah-majalah dan akhbar-akhbar, membuka pusat-
pusat percetakan dan kedai-kedai buku... Sehingga alat media hari ini dimonopoli oleh
mereka tanpa ragu-ragu lagi.

Boleh jadi perkara yang paling bahaya yang telah dilakukan oleh orientalis hingga hari ini
ialah penerbitan ensiklopedia dalam berbagai bahasa. Pada masa ini mereka telah mula
mengeluarkan cetakan baru yang berjuzuk secara berterusan. Bahaya encyklopedia kepada
muslimin adalah disebabkan ia dijadikan sebagai bahan rujukan kepada kajian mereka di
mana di dalamnya terdapat banyak penyelewengan, campur aduk dan unsur-unsur
permusuhan terhadap Islam dan muslimin... Qiaskanlah perkara ini dengan kamus al-
Munjid yang dikarang oleh Luis Macleuf. Sesungguhnya kamus ini tersebar di kalangan
bijak pandai muslimin dan bukan muslimin di dunia Islam yang mana di dalamnya
terdapat racun dan tuduhan terhadap sistem Islam, nabi Islam dan sejarah Islam.


Majalah paling bahaya yang dikeluarkan oleh orientalis Amerika pada masa kini ialah
majalah Dunia Islam yang diasaskan oleh Samuel Zuwaimir pada tahun 1911M dan
sekarang diterbitkan di Herbert, Amerika. Ketua pengarang majalah tersebut ialah Camnith
Craig. Pencetak majalah ini ialah missionari dan orientalis yang dengki.

Masih tidak dapat dilupakan apa yang dikarang oleh Gargie Zaidan seorang salibi di mana
beliau menulis tentang pahlawan dan sejarah Islam secara bersiri... di dalamnya terdapat
penipuan, pendustaan, bisikan jahat dan tuduhan... semua ini tidak dapat disembunyikan
daripada orang yang mempunyai akal. Begitu juga apa yang ditulis oleh “Salamah Moses” di mana penipuan dan pembohongan yang terdapat di dalamnya adalah lebih kurang
dengan apa yang ditulis oleh penulis yang terdahulu tentang Islam.

Sekiranya kita telah melupai semua ini, kita jangan lupa tentang sebaran kristian yang
dihantar oleh petugas-petugasnya ke peti-peti surat muslimin di segenap tempat.
Sesungguhnya di dalamnya terdapat tulisan yang mendakwa bahawa Isa itu adalah anak
Allah dan Tuhan telah mengutuskannya ke dunia untuk menyebarkan semangat
perdamaian, kasih sayang dan bertolak-ansur... manusia hendaklah menganut agamanya
dan menjadi pengikutnya... sehinggalah tersebarnya kasih sayang, keamanan dan tolak
ansur di dunia seluruhnya.

Mereka telah menggunakan dua buah bandar besar untuk menyebarkan buku-buku,
majalah-majalah, akhbar dan sebaran mereka iaitu Kaherah dan Beirut.

Kaherah telah digunakan oleh Protestan sebagai pusat penyebaran ajaran kristian di seluruh
bumi Mesir dan dunia Islam. Mereka juga telah mendirikan pusat percetakan Amerika di
Beirut. Pusat itu telah menjadi wasilah terpenting kepada usaha kristianisasi di Timur
seluruhnya.

Manakala Beirut pula, mereka telah menumpukan segala tenaga ke sana di mana mereka
menggunakan percetakan Khatolik yang diasaskan semenjak tahun 1871. Melalui pusat
percetakan ini kerja-kerja kristianisasi diberi keutamaan.

Perkhidmatan perubatan dan sosial:

Sesungguhnya mereka memberi perhatian kepada perkhidmatan perubatan lebih daripada
perkhidmatan-perkhidmatan sosial yang lain... Pengasas pertama khidmat perubatan untuk
tujuan kristianisasi ialah orang-orang Amerika. Mereka telah mewujudkannya di Siwas di
Turki pada tahun 1859M.

Semenjak itu orang-orang Amerika dan pendakwah-pendakwah kristian yang lainnya
menganggap khidmat perubatan sebagai perencanaan kristian. Di atas asas ini Paul Hayson
seorang doktor telah berkata di dalam bukunya `Doktor di Negara Arab'; Pendakwah
kristian bersetuju dengan penubuhan hospital walaupun faedahnya sampai ke kawasan
Amman. Sesungguhnya kewujudan kita di negara arab adalah untuk menjadikan
penduduknya sebagai penganut agama kristian... Doktor yang menyebarkan kristian
berupaya untuk sampai ke segenap lapisan masyarakat melalui pesakit yang diubatinya..."
Kemudian mereka mewajibkan kepada doktor memiliki senaskhah Injil, seandainya dengan
Injil tersebut ia berupaya mengubah orang yang berada di sekelilingnya dan berjaya
mengkristiankan mereka atau meninggalkan kesan yang mendalam di dalam diri mereka.

Perkhidmatan perubatan dan sosial ini -wahai pemuda- tersebar di seluruh negara Islam.
Kamu semua mengetahui bahawa pendakwah-pendakwah kristian mempunyai hospital
perubatan dan persatuan perkhidmatan sosial di setiap negara Islam. Semuanya ini
bertujuan mempengaruhi orang yang lemah akal dan akidahnya di kalangan umat Islam.

Merosakkan masyarakat Islam:

Iaitu melalui arak, seks, pementasan, pembebasan wanita... Semua wasilah ini adalah
bertujuan untuk memesongkan pemuda Islam khususnya daripada matlamat kehidupan mereka yang tinggi iaitu berjihad di jalan Allah. Begitu juga memalingkan mereka daripada
menyedari tanggungjawab menyampaikan dakwah dan membawa risalah Islam ke seluruh
dunia.

Dengan izin Allah di dalam perbincangan “Cabaran Keruntuhan Akhlak” saya akan
membincangkan secara terperinci mengenai perancangan dan uslub yang keji yang
dilakukan oleh musuh Islam terutamanya Salibiah, Yahudi, Freemason... untuk
menenggelamkan masyarakat Islam di dalam kelazatan syahwat dan memalingkan
pemudanya daripada kewajipan yang utama iaitu menyampaikan risalah Islam.

Memperbanyakkan pendakwah kristian di dunia Islam:

Majalah Al-Muslimun telah melaporkankan daripada Dr. Abdul Wadud Syalabi, Ketua
Dakwah Islamiah di Universiti al-Azhar,
beliau telah menyatakan bahawa bilangan pendakwah kristian di dunia sekarang ini
melebihi angka 220 ribu orang. Di antara mereka, 138 ribu orang bermazhab Khatolik dan 82
ribu orang Protestan. 5 ribu orang pendakwah Islam yang bekerja di sana-sini tidak cukup
untuk berhadapan dengan bilangan yang ramai ini. Adakah memadai dengan hanya lima
ribu orang sedangkan di Indonesia sendiri terdapat lebih daripada 10 ribu orang
pendakwah kristian.

Mengenai pertambahan usaha kristianisasi di dunia Islam, Ketua Dakwah Islamiah di
Universiti al-Azhar berkata; “Sesungguhnya gerakan kristianisasi telah bertambah untuk
menentang kebangkitan kesedaran Islam di dunia. Kesedaran ini bukanlah merupakan
kebangkitan pemimpin ataupun pemerintah tetapi ia adalah kebangkitan kebenaran... ia
tidak akan terhenti... Islam sentiasa timbul di segenap tempat. Kebangkitan Islam akan
menimbulkan ketakutan di dalam hati musuh-musuh Islam".

Serangan kristianisasi yang hebat yang memerangi dunia Islam hari ini merupakan lanjutan
daripada perancangan-perancangan yang disusun oleh pendakwah kristian untuk generasi
Islam di zaman lampau. Doktor Syalabi telah berkata di dalam majalah al-Muslimun pada
keluaran yang sama: “Sesungguhnya permusuhan dan kebencian Salibiah Barat terhadap
dunia Islam tercerna di dalam penjajahannya terhadap negara-negara arab. Kerja pertama
yang dilakukan oleh pejabat penjajah Perancis di Algeria ialah merubah masjid yang terawal
dan terbesar (Kisyar) kepada gereja. Jabatan Pos Perancis telah mengeluarkan stem
peringatan pada ketika itu dengan lambang anak bulan sebagai simbol Islam yang
tenggelam di lautan dan lambang salib yang sedang naik dan meninggi...”

Doktor Syalabi menambah lagi; “Sebagai penyempurnaan kepada perancangan ini, Britain
telah menawan Mesir. Gladstone, Perdana Menteri Britain pada masa itu telah berkata di
dalam salah satu ucapannya: "Sesungguhnya di sana ada empat penghalang kepada kita
untuk menghapuskan Islam iaitu: Al Quran, Ka’bah, Al Azhar, dan sembahyang Jumaat.”

Dari sini kita dapat mengetahui bahawa kristianisasi yang berlaku pada hari ini merupakan
lanjutan daripada kerja-kerja kristianisasi di masa lampau untuk membolehkan mereka
mencapai matlamat meleburkan Islam dan menghapuskan kemuliaan umatnya dengan
pertolongan orientalis... Tetapi mereka kecewa dan gagal. Allah akan menyempurnakan
cahayaNya dengan kebangkitan pemuda dan keteguhan keazaman mereka di dalam
menyampaikan dakwah dan mengembangkan risalah Islam. Semuanya tidak sulit kepada
Allah.
Adakah kamu tahu -wahai pemuda- perancangan-perancangan Salibiah ini adalah untuk
menghapuskan akidah Islam, memecah belahkan kesatuan Muslimin dan merosakkan
keluarga Muslim?.

Adakah kamu mengetahui bahawa Salibiah yang terdiri dari orientalis dan gerakan
kristianisasi mempunyai uslub, seruan dan wasilah yang keji untuk mengeluarkan muslim
daripada Islam, merosakkan akhlak pemuda dan pemudi di negara Islam dan menghala
generasi Islam ke arah murtad dan kafir sekadar yang mereka terdaya.

Apabila kamu telah mengetahui semuanya ini -wahai pemuda Islam-maka kamu mestilah
memperbaharui niat, menguatkan keazaman, melipatgandakan usaha, mengembeling
tenaga dan mempetingkatkan amal haraki... agar pada akhirnya kamu dapat mengalahkan
tipu daya penipu dan menghancurkan rancangan penjajah yang dengki... Allah sentiasa
bersama kamu dan Dia tidak akan mensia-siakan kerja-kerja kamu.

* * *

Perancangan Yahudi.

Yahudi -semoga Allah menghancurkan mereka- telah menggunakan berbagai-bagai
perancangan dan tipu daya untuk mencapai matlamat mereka meluaskan kekuasaan dan
tanah air mereka di alam ini.

Pengenalan Yahudi dan matlamat mereka.
Mereka menggunakan cara yang keji, hina dan ditolak oleh akal yang sihat untuk mencapai
penguasaan tersebut. Ia dapat dilihat melalui apa yang telah digariskan oleh manhaj amali
mereka di dalam protokol zionis. Dari segi asasnya ia tertumpu kepada usaha melenyapkan
asas-asas masyarakat dunia, meniupkan anasir penyelewengan dan kefasadan ke dalam
masyarakat dan meresapkannya ke dalam sanubari mereka. Mereka juga menyebarkan
unsur-unsur kebebasan melakukan apa sahaja ke dalam masyarakat yang menjalar hingga
ke akar umbinya... sehingga apabila nilai-nilai murni masyarakat hilang dan elemen-elemen
kehidupan dan kewujudannya telah luput... maka masyarakat akan memilih dan menyerah
kepada pemikiran Yahudi dan perancangan mereka. Dengan ini Yahudi akan menggunakan
kesempatan ini di celah-celah pertarungan dan kekalutan yang dihadapi oleh manusia...
untuk mendapatkan teraju kepimpinan manusia dan mendirikan di dunia ini negara
antarabangsa yang dianggotai oleh seluruh negara di dunia dan semuanya tunduk di bawah
kekuasaannya. Penduduknya pula terdiri daripada dua peringkat:

Pertama: Yahudi, bangsa terpilih yang bersemayam di atas singgahsana pemerintahan dan di
tangan mereka tongkat kehakiman, kekuasaan politik dan terajua dunia ini.
Kedua: Bangsa yang bukan Yahudi (mereka adalah golongan awam) yang menjadi hamba
dan khadam kepada Yahudi... kerana darah mereka bukan darah Yahudi daripada segi
kedudukan, kemuliaan dan kepintaran.

Akidah Yahudi yang terbina di atas unsur `bangsa pilihan Allah' merupakan akidah lama
yang telah meluas di dalam pemikiran Yahudi semenjak zaman Yahudi yang pertama
dahulu. Ianya telah dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi dengan
penuh rahsia dan hati-hati disamping menunggu peluang. Mereka telah bekerja untuknya
dalam keadaan sabar dan berhati-hati... Para rahib dan pendetanya sentiasa menyalakan obor-obornya dari semasa ke semasa tanpa jemu. Ianya tidak pernah padam dan tidak
berkecamuk di fikiran mereka.

Di akhir kurun yang ke 19M, Hartsle seorang Yahudi telah menyeru supaya diadakan satu
persidangan Yahudi yang pertama di bandar Baal di Switzerland pada tahun 1897.
Ketetapan yang diambil ialah menentukan perlembagaan yang akan digunakan untuk
marhalah yang sedang dilalui demi mencapai protokol mereka. Kemudian beliau telah
menetapkan di dalam bukunya `Negara Yahudi', bumi Palestin sebagai bumi yang
dijanjikan dan bumi pengutusan para anbiya’ bani Israel. Yahudi telah bekerja keras
melaksanakan perancangan mereka berdasarkan langkah-langkah yang telah disusun dan
jangka masa yang dirancangkan untuk menyempurnakan penguasaan mereka terhadap
bumi yang dijanjikan (mengikut dakwaan mereka) yang merangkumi kawasan sepanjang
sungai Nil di Mesir hingga ke Sungai Furat. Ianya merangkumi sebahagian Mesir, Sinai,
Palestin, bahagian Barat Iraq, Syria, Lubnan, padang pasir Syam, Jordan, Utara semenanjung
tanah arab sehingga ke Madinah Munawwarah...

Pada tahun 1948 -dengan pertolongan negara-negara besar- Yahudi telah mengiklankan
pembentukan negara Israel. Ben Koryeon pada ketika itu telah berkata: “Sesungguhnya
zionos telah mencapai metlamatnya pada 14 Mei 1948 dengan terbentuknnya negara Yahudi
yang lebih besar daripada apa yang telah dipersetujui, dan dengan kelebihan kekuatan. Ini
bukanlah merupakan perjuangan kita yang terakhir, tetapi pada hari ini kita telah
memulakan langkah dan kita hendaklah berjalan terus untuk mencapai pembentukan
negara yang kita perjuangkan daripada Nil hingga ke Furat.” Yang di maksudkan oleh
beliau ialah negara Israel telah terbentuk di kawasan yang lebih luas daripada apa yang
telah disepakati melalui projek pembahagian Palestin di antara Yahudi dan Arab.

Israel sentiasa melakukan persiapan untuk mencapai matlamat perluasannya. Mereka telah
menggunakan kesempatan kesibukan bangsa arab terhadap mereka dan kadang-kadang
mereka bersatu dengan arab untuk mencapai matlamat... sehingga mereka berupaya
menawan Sinai, Bukit Golan dan semua bumi Palestin!!.

Daripada apa yang kami nyatakan sebentar tadi, jelaslah bahawa Yahudi yang dilaknat oleh
Allah telah meletakkan di hadapan mata mereka tiga sasaran untuk melaksanakan
perancangan dan mencapai apa yang mereka mahu:
Pertama:Memecah belahkan umat-umat yang ada di muka bumi, menimbulkan
permusuhan dan peperangan di antara mereka dan menyalakan api fitnah sesama mereka.
Kedua:Merosakkan akidah umat, meruntuhkan akhlak, sistem dan konsep kehidupan serta
menjauhkan mereka daripada jalan Allah yang lurus.
Ketiga:Mendirikan negara Israel yang memanjang daripada sungai Furat hingga ke sungai
Nil di tengah-tengah negara Islam.

Selain daripada itu semua, matlamat sampingan mereka adalah menghapuskan faktor-
faktor kekuatan, kemajuan dan pembangunan daripada umat lain. Seterusnya menjadikan
Yahudi sebagai penguasa di bidang pemikiran, ekonomi, politik dan kekuatan tentera... di
dunia seluruhnya.

* * *

Di antara wasilah utama mereka untuk mencapai ketiga-tiga sasaran tersebut ialah
mengasaskan “pertubuhan rahsia” di seluruh dunia. Di antara pertubuhan yang terpenting dan yang menjadi kemuncaknya ialah Pertubuhan Freemason. Tetapi, apakah dia
Freemason dan apakah matlamatnya yang terpenting?

Doktor Abdul Rahman Habankah telah berkata di dalam bukunya `Tipu daya Yahudi' muka
surat 219 seperti berikut:
Sejarah pertubuhan ini -yang mana matlamatnya dijaga dengan penuh rahsia- telah
membuktikan bahawa ia merupakan sebahaya-bahaya pertubuhan rahsia dunia yang telah
memainkan peranan penting di dalam sejarah dunia dan mempunyai pengaruh yang besar
di dalam menentukan untung nasib kebanyakan bangsa. Ia juga mampu menguasai politik
sebahagian besar negara di dunia. Mereka tidak menyedari bahawa yahudi telah memasuki
negara mereka melalui lembaga Freemason yang ditadbir oleh tangan-tangan Yahudi yang
bersembunyi dibelakangnya. Di waktu yang sama lembaga ini juga merupakan pentadbir
sebenar kepada operasi pemikiran, politik, ekonomi, sosial, peperangan dan lainnya... di
negara yang tersebar di dalamnya lembaga Freemason.

Sekiranya Yahudi tidak mempunyai bilangan agen yang ramai di negara tersebut, sudah
tentu mereka tidak dapat berbuat sesuatu untuk kepentingan Yahudi sedunia. Tetapi
walaupun begitu, peranan ini tetap boleh dimainkan oleh pertubuhan Freemason yang
dikendalikan oleh pendeta Yahudi dan para bijak pandai dengan memperalatkan tali barut
mereka tanpa mereka mengetahui ke manakah arah tujuan mereka dan untuk siapakah
mereka bekerja.

Beberapa orang pengkaji telah terperanjat apabila mengetahui bahawa semua peperangan-
peperangan besar yang berlaku adalah disebabkan oleh Yahudi yang bekerja melalui
pertubuhan Freemason dan agen-agennya di seluruh dunia.

Yang menyedihkan, pertubuhan Freemason itu telah berkembang di dalam masyarakat arab
dan Islam dan dasar-dasarnya telah dianuti oleh kebanyakan orang yang menisbahkan
dirinya kepada Islam yang terdiri daripada golongan cerdik pandai, kaya, berpangkat,
mempunyai kuasa dan kekuatan... Kita tidak tahu apakah yang akan dipaparkan oleh hari-
hari muka tentang peranan yang akan dimainkan oleh pertubuhan Freemason sedunia
melalui agen-agennya yang terdiri daripada orang-orang yang mempunyai kuasa untuk
mengiktiraf negara Israel dan melaksanakan perancangan meluaskan negaranya dari sungai
Furat hingga ke sungai Nil.

Apabila bayang-bayang pengiktirafan negara Israel telah menampakkan diri di tangan
beberapa pemerintah negara arab pada hari ini, maka tahulah kita bahawa perancang
Yahudi berada di sebalik peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam usaha
menyelesaikan persoalan Palestin untuk kepentingan Israel dan melaksanakan matlamat
yang diharap-harapkan; menguasai kawasan di antara Furat dan Nil. Kita juga dapat
mengetahui bahawa perlaksanaan kepada perancangan ini adalah dilakukan oleh
pemerintah yang merupakan agen Yahudi dan telah menjual keperibadian mereka kepada
syaitan, mengkhianati perjanjian dan mengabaikan tanggungjawab. Melalui gerak-geri
mereka, jelas menunjukkan bahawa mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan
Freemason ataupun mereka terdorong melakukan perancangan tersebut bagi pihak Yahudi
samada secara disedari ataupun tidak.

Secara umumnya, samada mereka mempunyai hubungan atau tidak dengan pertubuhan itu,
sejarah tetap mengecap mereka sebagai pengkhiana yang besar. Mereka dilaknat oleh Allah, sejarah dan generasi muslim... laknat ini berterusan hingga hari akhirat nanti kerana mereka
telah mengkhianati Allah, rasulNya dan mukminin.

* * *

Sekarang kita bukanlah membincangkan tentang persoalan pengasasan Freemason,
peringkat-peringkat penubuhannya dan mendedahkan rahsia dan jalan-jalannya... kerana
ruang di dalam perbahasan ini tidak mengizinkan. Sesiapa yang ingin mengetahui secara
mendalam mengenai perkara tersebut maka dia boleh merujuk buku “Tipu daya Yahudi”
karangan Habankah; di dalamnya terkandung semua perkara yang dikehendaki.

Tetapi, perbincangan kita ialah mendedahkan perancangan-perancangan Freemason Yahudi
di dalam usahanya melaksanakan serangan pemikiran, memerangi agama, meruntuhkan
akhlak dan merosakkan masyarakat manusia.

Saya kemukakan kepada kamu -wahai pemuda- perancangan-perancangannya yang
terpenting:
Yahudi telah mengiklankan perancangan serangan pemikiran di dalam protokol mereka
adalah untuk merosakkan akidah, akal dan keperibadian manusia... bahkan mereka telah
melahirkan pemikiran, dasar-dasar Yahudi dan bukan Yahudi yang mengajak ke arah
meruntuhkan akidah dan memusnahkan dasar-dasar akhlak yang mulia... untuk mencapai
matlamat dan melaksanakan perancangan mereka:

- Mereka mengiklankan bahawa mereka telah melahirkan teori Frued yang menafsirkan
semua perlakuan manusia adalah hasil daripada keinginan seks dan bertitik tolak daripada
dorongan menikmati kelazatan dan syahwat.
- Mereka melahirkan teori Karl Marx yang merosakkan akal dan akidah orang ramai,
menghapuskan agama dan menghentam akidah ketuhanan. Apabila ditanya kepada Karl
Marx: Apakah ganti kepada akidah ketuhanan? Dia menjawab: “Gantinya ialah panggung
wayang.”
- Mereka melahirkan teori Nature yang melenyapkan akhlak dan mengharuskan kepada
manusia melakukan semua perkara yang boleh memberi kepuasan walaupun dengan
membunuh, menumpahkan darah atau menceroboh.!!
- Mereka melahirkan teori Darwin yang mengiklankan teori perkembangan dan
peningkatan manusia. Perkembangan manusia menurut teori ini adalah bermula daripada
kuman kemudian ulat kemudian bertukar menjadi haiwan dan akhirnya menjadi manusia.

Bahkan untuk merosakkan akidah dan akhlak manusia, Yahudi telah menggariskan satu
manhaj yang dilaksanakan melalui media massa dan sebaran am, panggung wayang dan
pementasan, begitu juga rancangan penyiaran television dan pembelajaran di sekolah...
melalui pertubuhan Freemason yang mereka tubuhkan dan melalui egen serta penulis yang
khianat.

Di dalam protokol yang kesembilan ada menyebut; “Kita hendaklah menyesatkan akidah
dan merosakkan akhlak orang yang selain daripada Yahudi dan membawa mereka kepada
kemunduran dengan cara mengajar mereka dasar-dasar yang kita anggap salah walaupun
ianya menimbulkan implikasi buruk kepada kita.”

Di dalam protokol yang ketiga belas mereka berkata: “Untuk menjauhkan orang ramai selain daripada Yahudi mendapat maklumat baru tentang
perancangan yang kita buat, maka kita akan melalaikan mereka dengan berbagai-bagai
program permainan dan hiburan. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar, seruan supaya
menceburi berbagai kegiatan seperti kegiatan seni, sukan dan sebagainya...

Dengan keseronokan yang baharu ini, pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan
masalah-masalah yang kita dan mereka akan berselisih. Apabila sesuatu bangsa telah
kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir, mereka semua akan datang kepada kita
kerana sebab yang satu iaitu kita akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan
mempunyai kelayakan mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru. Langkah-
langkah ini kita akan lakukan dengan menggunakan alat-alat kita yang terdiri daripada
peribadi-peribadi yang tidak diragukan lagi pengabungan mereka dengan kita. Peranan
agen-agen ini akan tamat apabila negara kita diiktiraf. Mereka akan memberikan
perkhidmatan yang baik kepada kita ketika itu.”

Di antara yang disebut di dalam protokol ini:
“Kita perlu bekerja untuk meruntuhkan akhlak di segenap tempat. Ini akan memudahkan
penguasaan kita ke atas mereka. Sesungguhnya Freud adalah bersama kita dan beliau akan
terus mengemukakan teori perhubungan seks dengan jelas sejelas sinaran matahari di siang
hari supaya tidak ada lagi perkara yang mesti dihormati pada pandangan pemuda dan akan
jadilah peranannya yang penting adalah memenuhi tuntutan seks.”

Terdapat di dalam ketetapan persidangan sedunia Freemason pada tahun 1900:
“Sesungguhnya kita tidak memadai dengan kejayaan menewaskan orang-orang yang kuat
berpegang dengan agama dan tempat-tempat ibadat mereka, tetapi matlamat kita yang
utama ialah menghapuskan mereka”.

Pada tahun 1903, di dalam majalah Akasia yang dikeluarkan oleh Freemason; “Pertarungan
menentang agama tidak akan berakhir kecuali berlakunya pemisahan antara agama dan
negara. Freemason akan mengambil alih tempat agama dan majlis-majlis mereka akan
menggantikan tempat-tempat ibadat. Kita akan menjadikan Freemason sebagai matlamat
selain daripada Allah. Kita perlu melahirkan generasi yang tidak malu mendedahkan
auratnya”.

Freemason telah berjaya menipu ramai peribadi yang bergelar Islam dengan slogan-slogan
palsu atas nama “Kebebasan, Persaudaraan dan Persamaan.” Di ketika yang lain dengan
nama “Tanah air, Kebangsaan dan Kemanusiaan.” Bahkan Freemason telah berupaya
mengemukakan dasarnya yang berkata: “Sesungguhnya orang-orang Islam, Kristian,
Yahudi, Majusi dan penyembah berhala... adalah bersaudara di atas dasar tanah air dan
kemanusiaan dan tidak ada agama yang memisahkan di antara mereka serta tidak ada
agama langit yang menghalang persaudaran dan perhubungan mereka”... Setelah orang-
orang yang kosong daripada agama tertipu dengan dasar ini, mereka telah menyatakan pula
bahawa sekiranya tidak kerana Rasul-rasul dan Nabi-nabi yang menyesatkan nescaya
manusia akan menjadi satu umat yang tidak dipisahkan oleh agama, mazhab, syeikh dan
pendita!!

Ketika majlis perletakan batu asas dewan Freemason di Tel Aviv pada tahun 1959 seorang
pendeta Yahudi telah berkata dengan berterus terang: “Kita semua bekerja untuk mencapai
satu matlamat iaitu mengembalikan semua bangsa kepada agama pertama yang diturunkan
oleh Allah ke bumi ini (Baitul Maqdis). Yang selainnya adalah agama yang batil, agama yang telah mewujudkan perpecahan di antara penduduk sesebuah negara dan di antara
sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain. Hasil daripada tenaga yang kamu curahkan, satu
hari nanti agama Kristian dan agama Islam akan runtuh dan lebur. Umat Islam dan Kristian
akan lari daripada iktiqad mereka yang rapuh dan manusia akan sampai kepada cahaya
kebenaran yang sebenar (agama Yahudi).”

Memandangkan Islam datang selepas Kristian dan ia telah tersebar ke seluruh pelusuk alam
dan bangsa, maka Yahudi telah melipat gandakan usaha mereka memerangi dan
menghapuskannya setelah mereka memerangi Kristian dan menyelewengkannya di
sepanjang sejarah. Di dalam Talmud (kitab suci Yahudi) ada menyatakan: “Al-Masih adalah
seorang yang sangat pendusta dan Muhammad telah mengiktirafnya. Orang yang
mengiktiraf pendusta adalah pendusta sepertinya juga. Maka amat perlu kita memerangi
pendusta kedua sebagaimana kita memerangi pendusta pertama.”

Di antara bukti yang menguatkan betapa kuatnya permusuhan dan serangan Yahudi
terhadap agama lain ialah kata-kata mereka di dalam protokol yang keempat belas:
“Apabila kita menjadi penguasa dunia, kita tidak akan membenarkan penghayatan
terhadap sebarang agama selain daripada agama kita... untuk tujuan tersebut, kita mesti
menghapuskan akidah yang lain. Natijah sementara yang akan kita capai ialah lahirnya
kepercayaan mulhid. Tetapi ia tidak akan mengganggu matlamat kita. Bahkan ia manjadi
contoh kepada generasi akan datang untuk mendengar agama Musa. Agama ini yang telah
mewajibkan kepada kita dasarnya yang tetap akan meletakkan semua bangsa berada di
bawah tapak kaki kita.”

Memang tidak dipertikaikan lagi bahawa Yahudi telah melakukan usaha untuk
merosakkkan syariat Islam dan mempersendakan sumber hukumnya semenjak
kelahirannya lagi. Mereka menyerapkan pelbagai unsur-unsur kekufuran dan bid’ah yang
menyesatkan. Di antara mereka ada yang memeluk Islam secara nifaq dan riya’ bertujuan
untuk mengada-adakan apa yang tidak pernah diturunkan oleh Allah dan melakukan tipu
daya terhadap Islam. Mereka menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam. Kepalsuan ini
dikenali dengan ‘Israiliat’ iaitu semua penafsiran al-Quran dan pentakwilan hadis-hadis
yang dilakukan oleh yahudi bertujuan memesongkan al-Quran dan hadis daripada
maksudnya yang asal. Semua ini bertujuan menyesat, menggugat, menimbulkan fitnah dan
keraguan dengan cara memburuk-burukkan hakikat kebenaran Islam.

Tetapi ulamak Islam amat berhati-hati terhadap keraguan dan kesamaran yang ditimbulkan
ini. Mereka telah mendedahkan kepalsuan dan menjelaskan kepada orang ramai tentang
kebatilannya... Maklumat ini telah tersebar ke seluruh bandar dan kampung. Muslim yang
sedar dan berpengetahuan mengetahui semua ini... Allah tetap menyempurnakan nur
agamaNya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.

* * *

Setelah pembentangan tentang perancangan dan taktik Yahudi ini, adakah kamu ketahui -
wahai pemuda- apakah tujuan mereka di sebalik perancangan dan taktik ini?
Mereka bertujuan -tanpa syak lagi- mengembalikan kemuliaan Bani Israel dan mengasaskan
negara mereka yang besar dari sungai Nil hingga ke sungai Furat.
Mereka bertujuan memalingkan generasi Islam -terutamanya para pemuda- daripada
gerakan-gerakan yang dibentuk untuk perjuangan dan jihad. Mereka bertujuan memusnahkan semua agama selain daripada agama Yahudi dan
merosakkan pegangan akhlak, kemasyarakatan dan ekonomi di atas muka bumi dan hanya
mengangkat bendera Yahudi.

Mereka bertujuan memecah-belahkan umat yang mendiami dunia ini dan menimbulkan
peperangan sesama mereka, menyalakan api fitnah di antara mereka... supaya mereka
mampu mengekalkan penguasaan mereka terhadap ketenteraan, politik dan ekonomi di
dunia ini.

Mereka bertujuan mewujudkan agen-agen di seluruh negara melalui pertubuhan rahsia
Freemason supaya mereka dapat menyebarkan pendapat dan buah fikiran Yahudi ke
seluruh negara yang mereka duduki dan melaksanakan perancangan dan matlamat mereka.

Inilah tipu-daya Yahudi dan inilah perancangan mereka yang sebenar. Oleh itu berhati-hati
dan berjaga-jagalah kamu -wahai para pemuda- supaya kamu tidak dipanah oleh pemikiran
Yahudi, tipu daya dan kesamaran yang mereka timbulkan untuk menggoncang akidah dan
meruntuhkan akhlak serta melenyapkan tempat-tempat suci dan negara kamu.

Bahkan, iklankan -wahai para pemuda- kepada dunia, apakah yang mereka mahu melalui
usaha merosakkan manusia, menghapuskan Islam dan menipu umat Islam... moga-moga
manusia semuanya menyedari hakikat sebenar. Semoga mereka bersatu memerangi Yahudi
supaya ditimpa kehinaan dan kerendahan di dunia pada waktu akan datang. Semua itu
amatlah mudah bagi Allah. Dan Allah tidak akan mensia-siakan pahala golongan yang
ikhlas bekerja.

* * *

Perancangan agen-agen di negara Islam

Ia lebih bahaya daripada mana-mana perancangan Yahudi, Komunis dan Salibiah yang
telah disebut sebelum ini. Saya mengatakan ianya lebih bahaya kerana egen-egen tersebut
terdiri daripada anak bangsa kita, bertutur dengan bahasa kita, setengahnya pula termasuk
di kalangan orang-orang yang bernama Islam dan kadang-kadang mereka memakai nama
Islam, tanah air dan semangat kebangsaan arab untuk menyesatkan anak-anak orang Islam
dengan pemikiran mereka yang mulhid dan seruan yang menyesatkan.

Kerja-kerja mereka merbahaya dipandang dari sudut apabila pertubuhan-pertubuhan Islam
yang ikhlas, ulamak-ulamak dan pendakwah di jalan Allah menentang mereka, memberi
amaran kepada masyarakat Islam tentang mereka dan mendedahkan kepada anak-anak
orang Islam tentang hakikat mereka yang sebenarnya, mereka (ulama’ dan pendakwah)
akan dituduh sebagai musuh kepada semangat cintakan tanah air, demokrasi dan mereka
adalah agen penjajah dan Yahudi.

Mereka bertujuan memperkecilkan kedudukan pejuang kebenaran, melahirkan syak
wasangka terhadap mereka dan menjauhkan orang ramai daripada mendengar serta
terpengaruh dengan kata-kata mereka. Bahkan sekiranya agen-agen tersebut mempunyai
kuasa dan kekuatan maka berbagai tuduhan akan dilemparkan supaya mereka dikenakan
hukuman dan disiksa dengan penyeksaan yang teruk. Mereka menggunakan sebaran am
untuk menyebarkan tohmahan palsu yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja terhadap penentang-penentang mereka. Mereka juga merancang berbagai perancangan
jahat terhadap pejuang kebenaran. Begitulah usaha yang mereka lakukan...

Allah mengetahui bahawa pejuang kebenaran bersih daripada segala tuduhan tersebut.
Tidak ada suatu pun yang tersembunyi daripada Allah dan Dia amat mengetahui perkara-
perkara rahsia dan tersembunyi... Di hari yang mana segala rahsia akan didedahkan, mereka
tidak akan mempunyai sebarang kekuatan dan pembantu.

* * *

Siapakah agen-agen itu?

Yang saya maksudkan dengan agen-agen tersebut ialah sekumpulan anak watan negara
Islam yang mempunyai hubungan dengan Komunis, Salibiah, Yahudi atau mazhab-mazhab
penjajah yang menyesatkan. Golongan itu bertebaran di seluruh negara Islam. Setiap
kumpulan berusaha melaksanakan peranan mereka menyebarkan dasar-dasar kekufuran,
kesesatan dan kemulhidan... di bumi Islam... untuk mengeluarkan generasi Islam daripada
agama Islam dan memasukkan mereka ke dalam kelompok kekufuran dan kesesatan.
Sehingga apabila mereka mempunyai kader-kader yang ramai di kalangan rakyat dan
tentera, mereka akan menggulingkan kerajaan untuk melaksanakan segala dasar dan
perancangan-perancangan yang dikehendaki oleh tuan-tuan mereka. Ini adalah matlamat
terbesar yang mereka usahakan dan mereka sanggup berkorban kerananya.


Tidak diragukan lagi bahawa setiap kumpulan ini mempunyai anasir-anasir yang bekerja,
uslub dan dasar yang berbagai, penyusunan yang sentiasa di perbaharui dan bantuan
material dari luar yang tidak putus-putus serta wujudnya perlaksanaan terhadap segala
arahan yang dikeluarkan oleh tuan-tuan mereka.

Perlu diingatkan bahawa kumpulan Freemason Yahudi yang bekerja di negara Islam
merupakan di antara kumpulan yang paling merbahaya, mempunyai uslub kerja yang
paling licin dan perancangan yang teliti... Ini disebabkan mereka mampu menawan hati-hati
yang bergabung dengannya dengan menggunakan kemanisan kata janji, kehebatan dasar,
sogokan kesenangan, kekayaan dan kedudukan... sehingga apabila mereka memasukinya,
kedudukan mereka semakin tinggi dan sampai ke kemuncaknya... mereka akan
melaksanakan perancangan Yahudi sekadar yang terupaya. Melalui tangan-tangan mereka,
Yahudi akan dapat mencapai matlamatnya yang besar iaitu meluaskan negaranya dari
sungai Nil hingga ke sungai Furat... kerana agen-agen mereka begitu mudah melakukan
kerja dengan kedudukan mereka yang tinggi... begitulah apa yang mereka lakukan.

Agen-agen yang terdiri daripada berbagai peringkat sam ada dari Freemason Yahudi,
Komunis, Salibiah atau Penjajah... sentiasa tolong-menolong dan bantu-membantu di dalam
usaha merosakkan akidah keimanan, menghapuskan syariat Islam dan meruntuhkan akhlak
dan nilai-nilai murni dari anak-anak umat Islam sehingga melahirkan kanak-kanak yang
tidak mempunyai selain daripada namanya yang berbunyi Islam dan tidak lebih daripada
itu... Ini semua tidak akan terhasil kecuali setelah anak-anak tersebut melalui beberapa
peringkat pemprosesan dengan cara menanam keraguan terhadap Islam, menggoncang
akidah dan membasuh fikiran mereka... Keluarlah anak-anak yang mencampakkan segala
kemuliaan yang dibawa oleh agama dan syariat. Bahkan kanak-kanak yang dicelup dengan celupan mulhid atau dikotori oleh fahaman keharusan akan menjadi penentang kepada
agama, sejarah dan kemuliaan Islam.

Agen-agen tersebut -wahai pemuda- yang telah menjual diri mereka kepada syaitan, mereka
berpusat di kementerian-kementerian, media masa, keperluan pembelajaran, pertubuhan,
persatuan, intitusi-intitusi dan di pelbagai tempat.

Wasilah mereka -wahai pemuda- untuk menyebarkan kefasadan, kesesatan dan
kemulhidan... banyak dan pelbagai; melalui akhbar, sumber-sumber penyiaran, televisyen,
pertunjukan-pertunjukan pentas, nadwah-nadwah dan pusat ilmu pengetahuan dan
sewaktu perasmian sesuatu pertubuhan...

Ini tidak termasuk sebaran yang di buat melalui buku-buku, sukatan pelajaran, alat bantu
mengajar dan universiti-universiti...
Ini tidak termasuk perjumpaan-perjumpaan khas yang merancang kerosakan...

Jangan kamu lupa -wahai para pemuda- bahawa agen-agen itu adalah dipilih dari kalangan
bijak pandai. Mereka menggunakan uslub yang licin yang boleh mempengaruhi akal fikiran
anak-anak Islam dan akhlak mereka.



Uslub-uslub agen yang terpenting:

- Menawarkan kepada anak-anak orang Islam pangkat, jawatan dan kedudukan... apabila
mereka keluar daripada ajaran Islam dan menerima fikrah serta bergabung dengan salah
satu di antara pertubuhan mereka.
- Memberi galakan kepada sesiapa yang menerima mereka dengan kemajuan Barat atau
dasar-dasar komunis... mereka berkata: “Mereka yang telah mencapai kemajuan dan ianya
tidak dapat dicapai kecuali setelah mereka mencampakkan agama dari diri mereka.!!
- Menimbulkan keraguan di dalam iktiqad ketuhanan. Mereka berkata: “Sekiranya Allah itu
sebagai pencipta maka siapakah pula yang menciptaNya?” “Apabila Allah itu tidak dapat
kita lihat, ini bermakna Ia tidak wujud.” “Alam ini terjadi secara semulajadi.” “Alam ini
terjadi dengan tiba-tiba”... dan banyak lagi keraguan-keraguan yang ditimbulkan.
- Menimbulkan keraguan kepada pemuda Islam terhadap sistem Islam seperti kata-kata
mereka: “Dasar-dasar Islam telah lapuk dan peranannya telah tamat. Ia tidak sesuai lagi di
zaman eletrik, atom dan sains ini.”
- Mengatakan kepada anak-anak orang Islam bahawa Islam telah mewajibkan hijab kepada
wanita, menyuruhnya duduk di rumah dan menjadikannya hamba kepada lelaki... Wanita
tidak akan dapat mencapai haknya yang sempurna dan merasai kemuliaannya... kecuali
dengan membebaskan diri daripada ikatan dan belenggu agama, akhlak dan adat resam.
- Menggalakkan para remaja dan pemuda supaya tenggelan di dalam tuntutan syahwat,
mencari kenikmatan seks dan kelazatan... dengan hujah bahawa menyahut tuntutan
syahwat adalah jalan untuk mengelakkan badan daripada kongkongan seks.
- Mengadakan slogan-slogan palsu. Kadang kala mereka menyeru dengan nama
kebangsaan, kadang-kadang dengan nama perkauman, kadang-kadang dengan nama
kemajuan dan kadang-kadang dengan nama dasar sosialisme. Ini adalah selain daripada
seruan-seruan yang sering mereka ulangkan iaitu pembebasan pekerja, pembebasan petani
dan pembebasan wanita.
Berbagai slogan palsu lain yang zahirnya adalah rahmat tetapi batinnya berupa racun dan
azab yang bermatlamat membawa generasi Islam kepada kefasadan, kemulhidan dan lari
daripada Islam.!!

Ini adalah di antara uslub-uslub agen yang khianat dan tipu daya mereka yang hebat di
dalam memerangi Islam dan meruntuhkan akidah rabbaniah di dalam diri generasi muslim.

Adakah kamu mengetahui -wahai pemuda- apakah yang mereka kehendaki di sebalik
semua itu?
Tanpa ragu-ragu lagi mereka mahu menghubungkan masa depan generasi Islam dengan
dunia tuan-tuan mereka yang mempunyai iktikad yang kufur, mazhab-mazhab yang sesat
dan pertubuhan-pertubuhan Freemason yang merosakkan... sehingga pemuda dan pemudi
Islam tidak mengenali apa yang disebut sebagai agama, malu dan haram.

Agen-agen ini kadang-kadang lahir atas nama semangat memperjuangkan tanah air dan
perjuangan membebaskan tanah suci al-Quds. Kebanyakan manusia mengetahui sejarah
masa lampau mereka dan pendirian mereka yang khianat menyebabkan penyerahan
tempat-tempat strategik kepada Yahudi dan menghentam kerja-kerja pembebasan...
Kadang-kadang pengkhianatan yang berlaku adalah lebih jahat, iaitu dengan memeterikan
perjanjian damai dengan Israel dan hidup mesra dengan Yahudi, kerana kepentingan
perkauman yang mereka dakwa dan seruan kepada keamanan yang menjadi kemegahan
mereka.

Tetapi manusia hari ini telah mengetahui tentang kedajalan dan putar belit lidah mereka...
walaupun mereka mendakwa atas nama tanah air atau kepentingan perkauman dan
bermegah dengan usaha yang berterusan untuk pembebasan.!!

Di antara perkara yang perlu kamu ketahui dengan baik -wahai pemuda- ialah apabila
tampuk pemerintahan dan kuasa politik berada di tangan agen-agen tersebut, mereka akan
melaksanakan perancangan-perancangan yang diarahkan oleh tuan-tuan mereka melebihi
daripada apa yang dituntut... untuk mencari keredhaan tuan-tuan mereka, mendekatkan
diri kepada mereka dan menunjukkan keikhlasan kepada dasar-dasar mereka.!!

Ini dia Atarturk, seorang agen Freemason Yahudi telah melaksanakan perancangan-
perancangan musuh melebihi daripada apa yang diarahkan kepadanya oleh Yahudi dan
Salibiah. Apa yang telah disepakati di dalam perjanjian Luzon hanyalah menghapuskan
khilafah, memisahkan antara agama dan negara dan menjadikan perlembagaan negara
sebagai perlembagaan sekular. Tetapi apa yang dilakukan oleh Atarturk selepas itu ialah
melaksanakan semuanya itu dan menambah dengan memghapuskan mahkamah syariah,
sekolah-sekolah agama, hukum harta pusaka, menjadikan azan di dalam bahasa Turki dan
menggantikan tulisan arab dengan tulisan latin untuk mencari keredhaan tuan-tuannya dan
menghampirkan diri kepada mereka. Semuanya ini sempurna perlaksanaannya pada tahun
1928M.

Negara-negara Bersekutu dan Freemason telah berterima kasih kepada usaha Atarturk
memerangi Islam dan memutuskan hubungan generasi Islam dengan sejarah, kemuliaan
dan akidah rabbaniah. Bahkan mereka telah berterimakasih di atas kepatuhan beliau dan
perubahan menyeluruh yang telah dilakukan. Beliau telah melaksanakan perancangan
mereka melebihi daripada apa yang akan dicapai oleh tuan-tuan mereka sekiranya mereka
melaksanakannya sendiri tanpa pertolongan agen-agen mereka.
Sebenarnya, saya katakan kepada kamu wahai pemuda:
Apabila agen-agen yang bodoh itu berpeluang melakukan kerja mereka di negara-negara
Islam dan diberikan peluang melaksanakan tipu daya, menyusun tindakan dan meniupkan
angin kekufuran... tanpa sebarang penentangan dan rasa tanggungjawab serta kesedaran
dan jihad, sesungguhnya masyarakat Islam akan menuju ke arah tidak beragama (free
thinker) dan kefasadan. Semuanya akan mengikut samada Barat ataupun Timur. Ataupun
dengan kata lain mereka akan mengikut sistem komunis atau kapitalis. Sememangnya kamu
mengetahui -wahai pemuda- bahawa sebahagian masyarakat Islam telah benar-benar
mengikut jejak langkah komunis, sosialis atau kapitalis. Apabila ianya berlaku kepada
seluruh masyarakat Islam tanpa sebarang penentangan dari rakyat ataupun pemudanya,
sesungguhnya kita akan ditimpa kehinaan yang berterusan. Umat Islam di Timur dan Barat
akan ditimpa kehinaan dan kekerdilan di zaman kesesatan ini. Bahkan kita akan menjadi
orang-orang yang berhak menerima laknat Allah, cemuhan generasi akan datang dan
sejarah dengan sebab kelalaian dan kealpaan kita. Allah tidak akan memberi petunjuk
kepada orang-orang yang fasik. Orang-orang yang melakukan kezaliman akan mengetahui
di manakah tempat kembalinya di akhirat nanti.


Wahai pemuda Islam!

Apa yang kami sebutkan sebelum ini merupakan beberapa perancangan dan tindakan yang
diambil oleh Komunis, Salibiah, Yahudi dan agen-agen mereka di sepanjang tipu helah dan
perancangan jahat yang telah mereka lakukan. Tetapi apa yang tersembunyi di dalam hati
mereka adalah lebih besar dan merbahaya.

Tidak diragukan lagi bahawa kuasa-kuasa ini sentiasa tolong- menolong dan bantu-
membantu dalam memerangi Islam dan menghapuskan akidah rabbani daripada dada-dada
Umat Islam.

Di antara bukti yang menunjukkan kepada kegiatan mereka ini ialah apa yang telah
dikatakan oleh “Randolf” pada tahun 1967 selepas jatuhnya al-Quds ke tangan Yahudi:
“Terlepasnya al-Quds daripada penguasaan Islam adalah impian bersama antara Yahudi
dan Kristian. Kegembiraan Kristian adalah tidak kurang daripada kegembiraan Yahudi.
Sesungguhnya al-Quds telah terlepas daripada tangan Muslimin. Ia tidak akan kembali ke
tangan muslimin melalui mana-mana perjanjian sekalipun yang akan berlaku di antara
Yahudi dan muslimin.”

Oleh yang demikian, semua kuasa pakatan jahat telah bersatu untuk menghancur dan
melenyapkan tempat-tempat suci umat Islam. Bahkan perancangan-perancangan mereka
bertujuan menimbulkan keraguan dan kesesatan untuk mengeluarkan generasi Islam
daripada agamanya adalah berterusan.

Apakah jalan penyelesaian positif untuk menanganinya?

Islam menuntut daripada kamu -wahai para pemuda- supaya memperkuatkan di dalam
dirimu dua benteng yang asasi agar ianya menjadi perisai kepada kamu untuk menjaga dan
melindungi dirimu daripada segala serangan pemikiran, keraguan yang ditimbulkan oleh
orientalis dan seruan mulhid:
Pertama: Benteng ilmu pengetahuan.
Iaitu dengan mengenal pasti secara menyeluruh segala dakwaan pendokong serangan
pemikiran dan ianya telah dijawab oleh para ulama’ Islam yang merupakan keraguan
terhadap sistem Islam, sejarah dan Nabi Islam... Begitu juga dengan kajian menyeluruh
terhadap syariat Islam yang mempunyai ciri-ciri rabbaniah, syumuliah, alamiah dan tidak
jumud... terdapat di dalam dasar-dasarnya, elemen-elemen kemajuan dan tamadun serta
sumbangan terhadap alam.

Dengan kesedaran ini kamu -wahai pemuda- berupaya menolak kejahilan dengan ilmu,
keraguan dengan keyakinan dan syubhah dengan hujah.

Kedua: Benteng akidah Islamiah:
Iaitu dengan keyakinan yang sepenuhnya dan iktikad yang sempurna bahawa Islam adalah
agama yang benar dan kekal, dan diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Muhammad s.a.w.
sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran kepada dunia seluruhnya. Bahawa
Islam adalah satu-satunya agama yang mampu berdepan dengan berbagai arus perubahan
kehidupan. Islam adalah ubat yang menyembuhkan segala penyakit dan kecederaan yang
dihidapi oleh manusia di setiap tempat dan zaman. Berkeyakinan dan beriktiqad bahawa
Penurun agama ini bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan bersih dari segala
kekurangan dan kelemahan. Dia bersifat dengan sifat Pencipta, Berkuasa, Mengetahui dan
Bijaksana... dan Dia tidak menurunkan agama ini kecuali untuk kemaslahatan hamba-
hambaNya di dunia dan akhirat serta membebaskan mereka dari kesulitan dan kesukaran
yang membelenggu.

Dengan iktiqad ini kamu -wahai pemuda- berupaya menolak segala sistem yang dicipta
oleh manusia dan segala kesamaran yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam serta
memperolok-olokkan segala dakwaan yang dibawa oleh pendokong serangan pemikiran di
negara Islam.

Tetapi adakah memadai bagi pemuda dengan hanya memiliki benteng pengetahuan dan
keimanan sahaja untuk memelihara diri mereka daripada tergelincir ke lembah serangan
pamikiran dan terjatuh ke dalam kotoran lumpur syubhat dan kemulhidan... ataupun
mereka mesti bergabung dengan kumpulan dae’i dan ulamak serta pertubuhan Islam...
untuk menyelamatkan diri daripada serangan kristian dan penjajahan dan terperangkap di
dalam sangkar perosak yang dipasang di negara Islam!

Ya! Tidak memadai bagi pemuda dengan mengasingkan diri daripada masyarakat dan
mereka juga tidak boleh lari daripada permasalahan Islam. Selama-lamanya tidak memadai
dengan hanya berkata: “Alhamdulillah, kami semua berada dalam keadaan baik. Kami
terpelihara dengan keimanan, Islam dan ilmu pengetahuan”. Bahkan mereka mesti
menyedari peranan mereka yang besar di dalam menyebarkan risalah Islam, bersungguh-
sungguh menentang segala rancangan jahat musuh dan berterusan dalam bekerja untuk
menegakkan hukum Allah di atas muka bumi.

Berdasarkan kepada kesedaran, kefahaman dan pengetahuan ini, mereka hendaklah
bergabung di bawah panji-panji kepimpinan Islam, bersama-sama melalui marhalah-
marhalah amal untuk menyampaikan dakwah Islam kepada para pemuda dan pemudi,
lelaki dan perempuan... Memberi amaran secara menyeluruh terhadap segala perancangan
jahat yang dilakukan oleh musuh Islam terhadap Islam. Memberi kesedaran supaya bergabung dengan jemaah Islam demi memperbanyakkan pejuang-pejuang keimanan yang
kental di negara Islam dan di segenap tempat.

Ya! Wahai pemuda, “Apa-apa yang menyebabkan perkara wajib tidak sempurna kecuali
dengannya maka ia adalah wajib”. Selagi mana musuh Islam bebas dan mudah menjalankan
perancangan mereka di negara Islam, selagi mana hukum-hukum Allah tidak terlaksana,
selagi mana kesatuan Islam tidak wujud dan jihad Islam tidak mengorak langkah
menyediakan kelengkapan dan penyusunan, maka adalah menjadi kewajipan kepada para
pemuda dan pemudi Islam serta pendakwah di jalan Allah bersatu untuk melahirkan kader-
kader Islam yang mampu berhadapan dengan segala rancangan jahat di negara Islam
dengan keazaman yang tinggi dan sinaran iman serta ruh kesabaran.

Di tangan kader-kader yang bertebaran di sana-sini di dalam masyarakat Islam akan
terhasilnya kemenangan ke atas musuh dan terbinanya sebuah daulah Islamiah serta akan
kembali kepada umat ini keunggulan dan keagungannya dengan penuh kemuliaan, ‘izzah,
kekuatan dan kuasa politik yang besar.

Setengah orang menyangka bahawa bekerjasama di dalam amal Islami untuk mewujudkan
kuasa politik yang besar di kalangan umat Islam adalah fardu kifayah; apabila ianya
dilakukan oleh sebahagian daripada mereka maka yang lain tidak berdosa.

Ini sememangnya betul sekiranya fardu kifayah tersebut sudah memadai untuk
mewujudkannya. Apabila ianya tidak memadai maka menegakkan kuasa politik adalah
Fardu ‘Ain ke atas setiap muslim sehingga sempurna keupayaan muslimin untuk
melaksanakannya dan menzahirkan kewujudannya di alam realiti.

Tidak memadai -wahai pemuda- dengan kewujudan kader-kader pejuang Islam di dalam
masyarakat Islam untuk sampai kepada matlamat yang diharapkan... Bahkan ia
memerlukan kepada penyusunan, ketaatan dan disiplin... Ia perlu kepada menggariskan
marhalah dan melaksanakannya... Akhirnya ia memerlukan penggabungan golongan yang
benar dan ikhlas di bawah kepimpinan yang beriman... untuk mencapai matlamat terbesar
menzahirkan kewujudan Islam dan membentuk kuasa politik yang besar dan luas untuk
semua muslimin.

Maksudnya: Di hari itu orang-orang yang beriman akan bergembira dengan pertolongan Allah. Dia
menolong siapa yang dikehendakinya. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Mengasihani. (Ar
Rum: 4-5)

Akhirnya -wahai pemuda- saya mengingatkan kamu dengan lima sifat asasi yang telah
diletakkan oleh al-Imam al-Banna di mana apabila kamu memiliki dan berjalan di atas
landasannya maka Allah akan menghasilkan kemenangan di tangan kamu:
™ keimanan yang teguh, tidak goyang dan tidak rapuh.
™ keikhlasan yang benar yang tidak mengenal kepura-puraan dan menunjuk-nunjuk.
™ keazaman yang kuat yang tidak mengenal takut.
™ amal yang berterusan yang tidak mengenal susah dan penat.
™ pengorbanan yang tinggi yang tidak mengenal selain daripada kemenangan atau
syahid.
Pada hakikatnya -wahai pemuda- lima sifat ini merupakan ciri-ciri khusus bagi orang-orang
yang telah menepati janji mereka dengan Allah dan di antara ciri keistimewaan pemuda
yang tidak takut kepada celaan orang yang mencela.

Kerana asas iman -sebagaimana yang dikatakan oleh al-Imam al-Banna- ialah hati yang
bijak, asas ikhlas ialah sanubari yang bersih, asas keazaman ialah perasaan yang kuat, asas
amal ialah kehendak yang kuat dan asas pengorbanan ialah akidah yang teguh.

Sifat-sifat ini -wahai pemuda- apabila berkumpul di dalam diri seorang muslim, dia akan
menjadi salah seorang daripada tentera-tentera Islam, salah seorang da’ei dari kalangan
duatnya dan pedang yang terhunus di tengkok musuh.

Jadi, cara penyelesaian untuk menghadapi pakatan dan rancangan jahat musuh ialah
dengan membentengi diri kamu dengan pengetahuan yang lengkap, akidah keimanan yang
teguh dan bergabung di bawah kepimpinan Islam yang ikhlas serta memperbanyakkan
kader-kader pejuang Islam dari kalangan pemuda dan pemudi, lelaki dan perempuan di
seluruh negara Islam.

Ketika itu kamu telah menunaikan tanggungjawab dan risalah, memusnahkan sangkar-
sangkar perangkap kefasadan dan rancangan jahat terhadap umatmu dan berjaya
mewujudkan kuasa politik yang besar di dalam masyarakat kamu...

FASAL KETIGA

Cabaran Keruntuhan Akhlak________________________________________


Di zaman kerosakan yang berleluasa dan kepincangan tersebar luas ini, pemuda muslim
menghadapi cabaran demi cabaran di antaranya keruntuhan akhlak dan kerosakan sosial...
manusia biasa tidak berupaya berhadapan dengannya kecuali dia akan membebaskan diri
daripada ikatan keperibadian yang tinggi, akhlak yang mulia dan adat Islam yang sebenar...
agar selepas itu dia dapat terjun ke lumpur kelazatan syahwat tanpa ada halangan daripada
agama dan jiwa yang bersih. Semua itu merupakan keruntuhan kepada kemuliaannya,
penyelewengan kepada keperibadiannya dan kehancuran kepada kewujudan dan harga
dirinya.

Ya, kadang-kadang pemuda Muslim akan mengambil salah satu di antara dua jalan apabila
berhadapan dengan cabaran kefasadan dan keruntuhan akhlak ini, samada dia lari daripada
fitnah-fitnah kehidupan dan cabaran-cabaran yang menggila atau dia tergelincir ke lembah
fitnah dan menyahut seruan nafsu ammarah. Bagi pemuda yang memiliki benteng akidah
rabbaniah dan pegangan yang teguh terhadap dasar-dasar Islam serta bergabung dengan
jemaah muslimin... pada kebiasaannya dia akan berada di dalam kehidupan yang baik,
soleh dan teguh di atas jalan yang lurus... Dia tidak dihanyutkan oleh fitnah, tidak ditawan
oleh godaan dan tidak akan dirosakkan oleh syaitan...

Bagi pemuda yang terlucut daripada ikatan akidah, memandang remeh terhadap
perlaksanaan syariah dan terbiar daripada jemaah muslimin... maka pada kebiasaannya dia
akan tergelincir ke dalam gelora fitnah dan terjatuh ke dalam lumpur keruntuhan dan
kepincangan.

Kadang-kadang pemuda yang berpegang teguh dengan agama dilanda oleh sifat lemah
sebagai manusia biasa dan terpengaruh dengan godaan syaitan lalu kakinya tergelincir dari
landasan kebenaran selepas keteguhannya itu dan dirinya akan condong untuk mengikuti
tuntutan hawa nafsu... tetapi dengan cepat dia akan sedar dan bertaubat kembali jika
sekiranya dia seorang mukmin.

Oleh itu pemuda muslim hari ini perlu mengetahui jenis-jenis cabaran keruntuhan akhlak
yang memerangi mereka di negeri mereka sendiri di mana tanda-tandanya dapat dilihat
dengan jelas di hadapan mata... supaya mereka benar-benar mengetahui apakah yang
sedang berlaku di sekeliling mereka? Apakah yang akan diperlakukan kepada mereka? Dan
ke manakah perjalanan umat mereka?.



Cabaran keruntuhan akhlak yang dihadapi oleh generasi muslim hari ini adalah banyak dan
berbagai bentuk. Di antaranya ada yang berbentuk adat kebiasaan, ada yang bersifat
kejiwaan, ada yang berbentuk pengaruh asing, ada yang berbentuk media masa dan ada
yang berbentuk undang-undang.

Insya Allah kita akan membincangkan setiap satu daripada bentuk cabaran ini dengan
panjang lebar supaya pemuda muslim hari ini dapat menghadapinya dengan kekuatan
iman, berpegang teguh dengan Islam, semangat penentangan dan keazaman yang kuat...
Dan kepada Allah kita meminta pertolongan dan kepadaNya juga kita bertawakkal.


Cabaran Berbentuk Adat Kebiasaan__________________________________


Ia mempunyai kaitan dengan mas kahwin yang terlampau mahal dan berlebih-lebihan di
dalam perbelanjaan kenduri kahwin. Pada hakikatnya kedua-dua perkara ini merupakan
batu penghalang kepada usaha menggalakkan perkahwinan... Kedua-duanya merupakan
lembaga yang digeruni yang menghalang para pemuda daripada memasuki pintu gerbang
perkahwinan untuk memelihara pandangan dan menjaga kehormatan mereka.

Bapa yang mempunyai anak perempuan yang cantik atau mempunyai jawatan yang tinggi
atau memiliki sijil, apabila datang orang yang ingin meminang anak perempuannya,
sekiranya dia setuju untuk berbincang dengannya, dia akan berbincang dengan gaya yang
sombong dan angkuh. Sekiranya dia bersetuju untuk mengadakan perkahwinan, dia akan
meminta mas kahwin dan tuntutan yang dirasai oleh si peminang sebagai menyusah dan
membebankan serta tidak berupaya menanggungnya... lebih-lebih lagi untuk menunaikan
dan menyempurnakan tuntutan itu.

Hanya sedikit sahaja persetujuan yang dicapai dengan wali-wali yang seumpama itu atau
hanya sedikit sahaja perkahwinan yang dapat dilangsungkan dengan bapa yang bersifat
demikian... Kecuali sekiranya si peminang sanggup bertolak ansur, sanggup menanggung
bebanan yang melebihi keupayaannya dan sanggup membebankan dirinya dengan hutang...
maka ketika itu dia akan tunduk dan menunaikan semua tuntutan.!!

Dari manakah datangnya keterlaluan di dalam mas kahwin dan bebanan perkahwinan ini?
Mengikut perkiraan saya, sebenarnya mereka telah tunduk kepada adat dan kebiasaan yang
tidak diturunkan oleh Allah dan tenggelam dalam sinaran kilauan kebendaan yang
menipu... Mereka tidak akan mengahwinkan anak mereka kecuali dengan orang yang
membayar mas kahwin yang tertinggi dan sanggup menanggung beban perkahwinan yang
banyak.!!

Pada pandangan saya, mereka tidak mengambil kira realiti kehidupan yang ada dan tidak
menghiraukan kesan dari segi akhlak dan kerosakan sosial yang berpunca daripada
kurangnya perkahwinan...

Mereka adalah golongan yang tidak mengikut manhaj Rasulullah s.a.w yang telah
digariskan untuk umatnya. Sabda Rasulullah s.a.w;

Maksudnya: Apabila datang kepada kamu lelaki yang kamu redha terhadap agama dan akhlaknya
(untuk meminang) maka kahwinkanlah dia (dengan anak perempuan kamu).
Tetapi mereka telah mengikut adat kebiasaan jahiliah dan pandangan mereka yang cintakan
kemegahan dan dunia tanpa mendapat halangan daripada agama dan pengawasan daripada sanubari
yang bersih.
Di manakah wujudnya keterlaluan di dalam mas kahwin dan bebanan perkahwinan di
dalam ajaran Rasulullah s.a.w yang telah memudahkan sebab-sebab perkahwinan,
meringankan mas kahwin dan bebanan-bebanan perkahwinan.

Bukankah Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada lelaki yang datang kepadanya meminta
supaya baginda mengahwinkannya:

Maksudnya: Usahakanlah (untuk mas kahwin) walaupun sebentuk cincin daripada besi.
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Bukankah di antara arahan Rasulullah s.a.w:

Maksudnya: Sesungguhnya sebaik-sebaik wanita ialah yang paling murah mas kahwinnya.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban di dalam sohihnya).

Maksudnya: Perempuan yang paling besar keberkatannya ialah perempuan yang paling murah mas
kahwinnya. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Baihaqi).

Maksudnya: Berkat seorang wanita ialah dengan dimudahkan urusan mas kahwinnya.
(Diriwayatkan oleh Al Alusi di dalam tafsirnya daripada Aisyah).

Kenapa para wali tidak mengikut dan mengambil arahan dan saranan ini? Kenapa mereka
tidak melaksanakan ajaran Islam di dalam memudahkan urusan mas kahwin dan
meringankan bebanannya... untuk menggalakkan perkahwinan di dalam masyarakat?.

Sikap para salafus soleh di dalam mengahwinkan anak-anak perempuan mereka
merupakan sikap yang baik, layak diikuti dan dicontohi.

Ini dia Said bin Musaiyib r.a. telah mengahwinkan anak perempuannya yang mempunyai
rupa yang cantik, beragama dan berilmu dengan anak muridnya yang fakir Abdullah bin
Abi Wada’ah dengan mas kahwin bernilai tiga dirham kerana mereka adalah sekufu di
sudut agama, akhlak dan ilmu sedangkan khalifah Marwan bin Abdul Malik telah
meminangnya untuk anaknya Al Walid, pewaris takhtanya. Beliau tidak mengahwinkannya
dengan Al Walid sedangkan kekayaan dan pangkat ada pada baginda... Akibatnya, beliau
telah menanggung musibah, kekerasan, penyeksaan dan ugutan...

Ini dia Imam Samarkand seorang faqih mazhab Hanafi, empunya kitab “Tufhatul Fuqaha’”
dan disyarahkan oleh anak muridnya Ala’uddin Al Kasani. Al Imam telah
mengahwinkannya dengan anak perempuannya bermaskahwinkan hanya beberapa dirham
sahaja.


Ketika Ibnu Ad Dibagh menulis dalam kitab “Petunjuk Iman” tentang Syeikh Abu Bakar bin
Muhammad, beliau telah menceritakan tentang pendirian beliau yang tegas; “Syeikh Abu
Bakar telah menghadiri kenduri perkahwinan yang mana maharnya terlalu tinggi. Apabila
para jemputan meminta diri untuk pulang, mereka mengucapkan tahniah kepada pengantin
lelaki. Tetapi Syeikh Abu Bakar berkata kepada lelaki tersebut: “Aku bersumpah dengan Allah, kamu tidak akan mendapat kebaikan.!! Sesungguhnya engkau telah menjadikan jiran
engkau berdukacita. Engkau telah menyebabkan kerugian kepada anak perempuannya. Dan
engkau telah menyanggahi sunnah Rasulallah s.a.w!!...”

Penyelesaian positif dan praktikal bagi masalah mas kahwin yang terlalu mahal dan
berlebih-lebihan di dalam bebanan perkahwinan ialah para bapa dan wali hendaklah
menilai kepentingan masyarakat supaya tidak rosak dan menjaga maslahah para pemuda
supaya tidak terseleweng dan maslahah anak perempuannya sendiri supaya tidak
tergelincir ke lembah kehinaan... Mereka hendaklah mengikut ajaran Rasulullah s.a.w serta
manhaj para salafus soleh di dalam meringankan mas kahwin dan bebanan perkahwinan,
memilih orang yang meminang dari kalangan mereka yang beriman dan suami yang soleh
sebagai perlaksanaan kepada arahan Rasulullah s.a.w yang bersabda:

Maksudnya: Apabila datang kepada kamu (wahai para bapa dan wali) seseorang (untuk meminang)
yang engkau redhai agama dan akhlaknya maka hendaklah kamu kahwinkannya dengan anak kamu.
Sekiranya kamu tidak berbuat demikian maka akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas
muka bumi.

Sekiranya para bapa dan wali melaksanakannya, maka para pemuda akan mendapati jalan
menuju ke gerbang perkahwinan terbuka luas dan mudah. Mereka akan bebas daripada
mas kahwin yang terlalu mahal dan bebanan perkahwinan. Mereka akan menghadapi
cabaran yang menggoda dengan mengadakan perkahwinan. Dengan itu mereka dapat
menutup lubang kefasadan dan penyelewengan di dalam masyarakat Islam. Begitu juga
penyakit membujang dapat dihapuskan. Ketika itu keaslian masyarakat Islam di dalam
mencapai keamanan dan keteguhan serta membendung kemungkaran dan kerosakan di
dalamnya dapat dicapai... Bahkan pemuda akan memasuki alam perkahwinan dengan
tenang dan tenteram tanpa halangan yang merintangi di perjalanan, tanpa cabaran yang
mesti dihadapi dan tanpa masalah yang menghalang keinginan mereka... Demi Allah, inilah
puncak kebaikan dan kebahagiaan bagi pemuda dan pemudi serta seluruh anak-anak
masyarakat.

Allah sentiasa bersama pemuda yang ikhlas dan bertaqwa. Dialah satu-satunya yang
mengawal dan mengislah keadaan mereka serta menjadikan untuk mereka kemudahan
dalam menghadapi segala kepayahan dan jalan keluar dari segala kesempitan... kerana
Dialah yang berfirman di dalam KitabNya:

Maksudnya: Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Dia akan menjadikan baginya jalan keluar
(daripada segala masalah) dan akan memberikan kepadanya rezki daripada sumber yang tidak
disangkanya.(At Tolaq: 65-66)



Cabaran Berbentuk Kejiwaan______________________________________


Ia adalah lebih pahit dan hebat daripada segala bentuk cabaran penyelewengan yang
dihadapi oleh pemuda... Ini kerana pemuda adalah manusia -apabila manusia dilanda
kelemahan iman- maka ia terdedah kepada dosa, kesalahan, penyelewengan akhlak dan
jiwa... Lebih-lebih lagi ketika pemuda dikuasai oleh syaitan manusia dan jin serta mereka
menurut kehendak hawa nafsu dan menyahut tuntutan keinginan nafsu ammarah. Lebih
teruk lagi apabila para pemuda memandang sekeliling dan mendapati kefasadan dan
kemungkaran berleluasa, sebab-sebab ke arah tersebut sudah tersedia dan jalan-jalan untuk
melaluinya adalah mudah bagi mereka.

Adalah menjadi suatu kepayahan bagi mereka -di dalam keadaan ini- untuk berpegang
teguh dengan ajaran akhlak, berbenteng dengan benteng kemuliaan dan berjalan dengan
penuh ketenangan di atas jalan yang jauh daripada maksiat.

Juga menjadi suatu perkara yang sukar bagi pemuda untuk memikirkan kesucian dan
menjauhkan diri daripada maksiat sedangkan di sana trompet-trompet iblis menyeru
mereka dari setiap tempat: “Marilah menuju ke arah memuaskan keinginan syahwat, ke
arah memenuhi kehendak nafsu, ke arah pasar kelazatan... Sesungguhnya sarang-sarang
maksiat dimudahkan kelahirannya, tempat-tempat maksiat adalah banyak dan pusat-pusat
pelacuran adalah bertaburan. Kamu sekarang masih muda... maka bersuka rialah
sebagaimana pemuda-pemuda lain bersuka ria. Terjunlah ke lumpur kemaksiatan
sebagaimana pemuda-pemuda lain...” Begitulah tentera-tentera iblis memandu ke arah jalan
fitnah dan nafsu ammarah mengajak melakukan kemungkaran... lalu mereka mengikut
tanpa berfikir... ke arah kelazatan, ke arah kehidupan yang keji dan telanjang... Mereka tidak
berhenti daripada melakukan semua itu kecuali setelah tubuh badan, akal dan jiwa mereka
ditimpa sakit parah. Begitulah mereka memperlakukan terhadap diri mereka sebagaimana
musuh-musuh memperlakukan terhadap musuh mereka.

Sekiranya pada awal-awal lagi para pemuda telah mengetahui bahawa jalan tersebut akan
membawa mereka kearah kebinasaan jiwa, penyakit tubuh badan dan urat saraf... nescaya
mereka tidak akan melakukan kefasadan dan menjaga daripada berlakunya
penyelewengan. Mereka akan memasuki alam perkahwinan dengan tujuan memelihara
akhlak, kesihatan tubuh badan dan kesejahteraan mesyarakat. Tetapi di manakah mereka?
Mereka lebih mengutamakan hidup membujang daripada hidup berumahtangga. Mereka
berada di pintu kehanyutan, berpaling ke arah cengkaman maksiat dan mencampak jauh ke
belakang segala akhlak mulia yang dicari-cari oleh insan mulia dan segala perlakuan tinggi
yang diharap-harapkan oleh pemuda yang bersih.

Kadang-kadang mereka memberi alasan kenapa mereka tidak berkahwin dengan hujah-
hujah yang Allah tidak menerimanya sebagai hujah bahkan ia hanyalah merupakan bisikan
hawa nafsu dan syaitan seperti mereka berkata: “Kenapa kita ingin berkahwin sedangkan
perkahwinan merupakan bebanan dan tanggungjawab? Kenapa kita membentuk keluarga
sedangkan dengan berkeluarga kita terpaksa berjaga malam dan bekerja di siang hari?
Kenapa kita mengeruhkan kejernihan hari-hari dan kenikmatan hidup kita dengan
mencampakkan diri ke dalam kepayahan dan fitnah kehidupan?”
Waspadalah -wahai pemuda- terhadap seruling kejahatan yang memperindahkan
kepadamu kemungkaran...
Waspadalah terhadap bisikan syaitan yang mempermudahkan bagi kamu jalan
kemaksiatan...
Waspadalah terhadap bisikan hawa nafsu ammarah yang menyebabkan kamu suka
memasuki pasar fitnah...
Berhati-hatilah daripada terjerumus ke dalam perangkap hawa nafsu yang menggalakkan
kamu melakukan maksiat.
Dan akhirnya berwaspada dan berwaspadalah... daripada menonton filem lucah, bogel dan
yang memberangsangkan keinginan seks, kerana ia akan membawa kamu kepada
kekotoran syahwat dan kekejian.

Bahkan saya katakan kepada kamu dengan terus terang wahai pemuda: Berwaspada...
berwaspadalah... daripada segala yang menimbulkan keghairahan, mencemari kemuliaan,
merangsangkan syahwat, membunuh kemuliaan, menjatuhkan maruah, melemahkan tubuh
badan, melumpuhkan daya ingatan, meluputkan keperibadian dan meletakkan kamu di
pintu kemungkaran...

Sesungguhnya jalan penyelesaian yang positif dan praktikal untuk membebaskan diri
daripada semuanya ini -wahai pemuda- ialah dengan cara memperdalamkan akidah
rabbaniah di dalam dirimu, mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang bermanfaat
untuk kehidupanmu, bersahabat dengan ahli taqwa dan iman dan bergabung dengan
jemaah Islamiah yang sentiasa bekerja untuk mentarbiah dan membentuk kamu... Dengan
cara itu kamu akan lahir sebagai manusia yang soleh dan hamba yang bertaqwa serta teguh
berada di jalan lurus. Bahkan kamu mampu memberikan contoh teladan yang baik kepada
orang lain. Ketika kamu berjalan di tengah orang ramai mereka akan memerhatimu.

Di atas dasar inilah, orang-orang yang bekerja akan terus bekerja.


Cabaran luaran____________________________________________________


Termasuk di dalamnya segala perancangan asing yang digariskan oleh musuh-musuh
kemanusiaan dan Islam... di dalam usaha mereka merosakkan masyarakat Islam supaya
terjerumus ke dalam kehidupan yang porak peranda, kacau bilau dan kefasadan serta
fahaman yang mengharuskan semua perkara.

Saya kemukakan kepada kamu -wahai pemuda- beberapa perancangan yang jelas daripada
perancangan-perancangan tersebut:

Perancangan Yahudi dan Freemason.
Yahudi berkata di dalam protokol mereka: “Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak di
setiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai. Sesungguhnya Frued
adalah dari kalangan kita. Beliau akan terus membentangkan teori hubungan seks sejelas-
jelasnya supaya tidak ada suatupun yang dianggap suci pada pandangan pemuda. Hasilnya
ialah memuaskan kehendak nafsu seks adalah matlamat mereka. Ketika itu, akan runtuhlah
akhlak mereka”.

Di antara kata-kata mereka lagi ialah: “Kita mesti merosakkan wanita. Di hari mereka
menghulurkan tangan kepada kita, kita akan berjaya menghiasi mereka dengan perkara
haram dan menggugatkan tentera yang memperjuangkan agama.”

Yahudi adalah orang yang telah melahirkan teori Nature yang melenyapkan akhlak dan
mengharuskan bagi manusia melakukan semua perkara yang boleh membawa kepada
kepuasan.

Di antara apa yang dikatakan oleh Frued, seorang Yahudi: “Manusia hendaklah berusaha
memuaskan nafsu dengan cara mengungkaikan ikatan akhlak dan halangan dari
masyarakat yang menghalangnya daripada bebas melakukan itu semua.”
Oleh kerana itu, Yahudi telah melahirkan teori Frued untuk mengalihkan perhatian pemuda
ke arah memuaskan syahwat dan fahaman mengharuskan semua perkara.
Perancangan Penjajah dan Salibiah.
Seorang pemimpin penjajah telah berkata: “Gelas arak dan nyanyian amat berperanan
dalam menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang dilakukan oleh seribu
meriam. Oleh itu tenggelamkanlah mereka ke dalam cintakan dunia dan syahwat.”

Pendita Zuwaimir telah berkata di salah satu muktamar pendakwah kristian yang diadakan
di Al Quds: “Kamu telah mewujudkan di negara Islam satu generasi yang tidak mempunyai
hubungan dengan Allah... Dengan itu lahirlah generasi yang mengikut apa yang
dikehendaki oleh penjajah. Mereka tidak menghiraukan agama, cintakan kerehatan dan
menjadi malas. Seluruh keinginan di dunia dicari semata-mata untuk memenuhi kehendak
syahwat. Apabila mereka belajar, mereka belajar kerana syahwat. Mereka menghimpunkan
harta kekayaan adalah kerana syahwat dan apabila mereka menduduki pangkat yang tinggi
adalah untuk mencapai tuntutan syahwat...”

Perancangan penjajah Salibiah ini adalah semata-mata bertujuan untuk mengalih perhatian
pemuda-pemuda Islam daripada pertubuhan jihad dan mempertahankan Islam. Dengan itu
mereka tidak akan berfikir untuk berusaha ke arah mencapai kemuliaan dan keagungan.
Perancangan Komunis dan Mazhab Kebendaan (Materialisma).
Menyibukkan umat Islam dengan hiburan dan pementasan daripada menghayati akidah
Uluhiyah. Apabila ditanya kepada Karl Marx, “Apakah ganti kepada akidah Uluhiyah?
Beliau menjawab, “Gantinya ialah hiburan dan pementasan. Sibukkan mereka daripada
menghayati akidah Uluhiyah dengan hiburan dan pementasan”.

Apakah kamu mengetahui erti hiburan dan pementasan -wahai para pemuda- apabila ia
digunakan untuk meruntuhkan akidah dan akhlak?.

Di antara perancangannya lagi ialah memalingkan generasi Islam daripada Islam dengan
menggunakan novel, majalah dan akhbar... Penganut komunis telah berkata di dalam
watikah rahsianya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Ustaz ‘Akad di dalam bukunya
“Islam dan Komunis”: “Kita telah berjaya menyebarkan unsur-unsur yang merosakkan
agama di dalam masyarakat beragama yang terdiri daripada novel, hiburan, pementasan,
kursus-kursus, akhbar, majalah dan karangan-karangan yang menyebarkan fahaman tidak
bertuhan dan menyeru ke arahnya, menghina dan memperolok-olokkan pejuang agama dan
menyeru ke arah sains semata-mata serta menjadikannya sebagai tuhan...”

Adakah kamu mengetahui -wahai para pemuda- apakah yang telah dilakukan oleh akhbar,
majalah, novel dan hiburan dalam usaha menghapuskan iman, meruntuhkan akhlak dan
menyebarkan akhlak yang buruk di seluruh negara Islam...?!!

Cabaran sebaran am_____________________________________________


Di antara slogan-slogan palsu yang dilaung-laungkan oleh Yahudi, Salibiah, pendakwah
kristian dan orientalis... ialah slogan `Pembebasan Wanita'. Bebas daripada apa? Bebas
daripada rumahnya. Bebas daripada pakaiannya. Bebas daripada akhlak dan bebas
daripada akidahnya.

Yang dimaksudkan dengan bebas daripada rumah ialah keluar ke tempat-tempat kerja
untuk bekerja, atau ke kelab-kelab untuk menari, atau ke pentas-pentas untuk menyanyi
atau kepada kawan-kawan untuk bercinta...

Yang dimaksudkan dengan bebas daripada pakaian ialah mendedahkan apa yang telah
diperintah oleh Allah supaya menutupnya dan mencerobohi perkara yang telah diarahkan
oleh Islam supaya memeliharanya... agar mereka dapat muncul di tengah-tengah
masyarakat dalam keadaan berhias, bahkan hampir-hampir berbogel. Ini tidak ragu lagi
akan menimbulkan fitnah kepada manusia, mengghairahkan pemuda dan meruntuhkan
masyarakat...

Yang dimaksudkan dengan bebas dari akhlak ialah menentang segala prinsip akhlak yang
terdapat di dalam syariat Islam... Jangan bersifat dengan sifat malu, jangan beradab dengan
orang yang lebih berumur, jangan mendengar nasihat para penjaga mereka dan jangan
terkongkong dengan adat ataupun agama.

Yang dimaksudkan dengan bebas daripada aqidah ialah mengiklankan penentangannya
terhadap dasar-dasar Islam yang menyeru wanita supaya berpegang teguh dengannya dan
beramal dengan tuntutannya... seperti memerangi hijab, sistem poligami dan sistem
perwarisan. Menentang dasar `kepimpinan' yang telah diberikan kepada kaum lelaki... dan
sebagainya yang mana hanya dengan salah-satu daripada tindakan ini sahaja telah
menyebabkan terlucutnya seseorang daripada ikatan Akidah Rabbaniah dan terkeluarnya
beliau daripada agama Islam... Lebih-lebih lagi apabila perkara-perkara tersebut terkumpul,
maka murtad dan keluar daripada agama Islam adalah lebih nyata dan jelas.

Slogan `Pembebasan Wanita' dengan segala konsep yang terkandung di dalamnya adalah
perkara yang telah ditekankan oleh pendeta Zuwaimar di dalam persidangan pendakwah
kristian ketika beliau berkata: “Para pendakwah kristian tidak perlu putus asa apabila
mereka melihat hasil daripada kerja kristianisasi mereka terhadap umat Islam adalah
kurang berhasil, kerana di antara perkara yang telah dapat kita pastikan ialah
kecenderungan kepada ilmu Barat dan pembebasan wanita telah subur di dalam hati umat
Islam...”.

Beliau menambah lagi: “Tidak ada satu akidah tauhid yang lebih agung daripada akidah
Islam yang telah berjaya menguasai dua benua iaitu Asia dan Afrika serta telah
menyebarkan akidah dan syariatnya kepada dua ratus juta manusia... ia telah menjadi
seperti banjaran gunung yang menyentuh awan dan menjangkau langit dengan nur tauhid.
Akan tetapi ia akan runtuh dengan luputnya sistem poligami dan keruntuhan akhlak
wanitanya...”
Sebentar tadi kami telah nyatakan perancangan yahudi di dalam protokol mereka: “Kita
mesti merosakkan wanita. Di hari mereka menghulurkan tangan kepada kita, kita akan
berjaya menghiasi mereka dengan perkara haram dan menggugatkan tentera yang
memperjuangkan agama”.

* * *

Daripada kata-kata dan perancangan-perancangan yang telah kami nyatakan, jelaslah
kepada kita bahawa Yahudi, Freemason, Salibiah, Komunis, Kristianisasi dan Orientalis...
sentiasa bekerjasama dan tolong-menolong untuk merosakkan masyarakat Islam dengan
menggunakan arak, seks, hiburan, majalah, novel, hiburan yang tidak berakhlak serta
meninggikan slogan: “Pembebasan Wanita Dan Persamaannya Dengan Lelaki Serta
Penentangannya Terhadap Dasar Agama Dan Adat”. Sesungguhnya mereka telah mencapai
-alangkah sedihnya- matlamat mereka yang hina dan tujuan mereka yang keji... di mana kita
melihat pemuda-pemudi di negara Islam telah bertaburan untuk mencari kepuasan nafsu
syahwat. Mereka tergelincir ke lembah keruntuhan dan penyelewengan... Mereka tidak
mempunyai matlamat dan tujuan melainkan semata-mata untuk memenuhi tuntutan dan
kemahuan nafsu. Mereka terjun ke dalam lumpur kehinaan dan kekejian serta mengabaikan
kewajipan mereka yang utama dan suci iaitu membawa risalah Islam dan berjuang
mempertahankannya... Bahkan yang menjadi tujuan utama mereka hanyalah menonton
filem lucah atau hiburan pertunjukan yang gila. Mereka menuju ke pusat-pusat pelacuran
dengan membuang sifat malu dan kemuliaan diri daripada peribadi mereka... Begitulah apa
yang telah mereka lakukan!!.

Kamu hendaklah mengetahui semua hakikat ini -wahai pemuda-. Kamu hendaklah berhati-
hati terhadap perancangan dan tipu daya musuh terhadap umatmu... dan kamu hendaklah
memberi peringatan kepada umat dan bangsa kamu yang terjajah.


Memang telah diyakini bahawa media massa pada hari ini sekiranya digunakan untuk
melakukan kejahatan, maka ia dianggap sebagai wasilah terkuat di dalam merosakkan
masyarakat, memesongkan pemuda, menyelewengkan umat Islam, membebaskan wanita
daripada ikatan akhlak dan kemuliaan agama... Ini disebabkan media massa mampu
berbicara kepada berjuta-juta orang melalui program dan rancangan-rancangannya...
bahkan lebih ramai lagi... Kebanyakan mereka mempunyai kepentingan dan keinginan yang
mudah terpengaruh dengan perkataan-perkataan yang dibaca dan juga yang di lihat.

Sekiranya perkataan itu baik... maka ia adalah seperti pokok yang baik yang mana akarnya
teguh mencengkam bumi dan cabangnya mencapai langit lalu mengeluarkan hasilnya pada
setiap masa dengan izin Tuhannya. Sekiranya perkataan itu jahat... maka ia adalah seperti
pokok yang tidak baik yang tercabut daripada bumi dan tidak mempunyai pendirian yang
teguh.

Dari sini kita dapat melihat bagaimana Islam memberi perhatian terhadap kalimah dan
amanahnya sesuatu kalimah serta kesannya... samada ia akan naik tinggi bersama orang-
orang mukmin ke langit suci dan mulia... ataupun jatuh bersama orang yang
menuturkannya ke dalam neraka jahanam yang hina.

Di antara yang menyedihkan ialah kebanyakan media massa di seluruh negara Islam adalah
dibuka medannya untuk menyebarkan kejahatan, mendorong melakukan jenayah dan kerosakan di atas muka bumi... Kesan daripada itu berlakunya kegoncangan akidah,
kehancuran akhlak dan kemusnahan nilai-nilai mulia!!..

Memang tidak disangkal lagi bahawa akidah dan akhlak adalah asas kepada binaan
masyarakat yang baik di dalam Islam. Apabila hilang asas tersebut maka bagaimanakah
binaan akan tertegak?
Yang jelasnya, media massa kapitalis di Barat dan sosialis atau komunis di Timur... telah
mempengaruhi sepenuhnya media massa-media massa yang ada di dalam masyarakat
Islam dan arab. Kita dapati kebanyakan pengelola media massa di negara Islam dan arab...
telah mengimport program-program samada yang didengar atau ditonton daripada Barat
atau Timur lalu memasukkan sepenuhnya ke dalam media massa di negara Islam itu
sendiri... Generasi muslim menganggap bahawa ia adalah ikutan dan contoh yang baik...
Dengan ini generasi tadi masuk ke dalam perangkap serangan pemikiran dan kerosakan
akhlak samada disedari ataupun tidak. Selepas beberapa ketika mereka akan terkesan
dengannya... Mereka menjadi musuh kepada agama dan memerangi kemuliaannya serta
menentang nilai-nilai akhlak yang mulia yang dibawa oleh agama.

Lebih teruk daripada itu ialah kebanyakan penyelia media massa di negara Islam
mempunyai hubungan dengan kapitalis, komunis dan sosialis... merekalah yang
menerbitkan program-program di negara Islam samada yang dapat ditonton, didengar dan
mencetaknya untuk dibaca... program-program yang menyebarkan kejahatan, memberi
galakkan untuk melakukan jenayah, menimbulkan keraguan terhadap akidah dan
menghancurkan akhlak dan nilai-nilai yang mulia...

Apa yang mereka hasilkan melalui program-program yang dibaca, didengar dan ditonton...
sudah memadai untuk merosakkan umat Islam. Tambahan pula program yang mereka
import daripada Barat dan Timur... bahayanya lebih besar dan hebat lagi!!.

Lebih bahaya daripada itu ialah program yang ditonton di kaca televisyen tidak terbatas
kepada program tempatan sahaja, bahkan ia juga menyiarkan program dunia yang dapat
ditonton melalui satelit. Sekiranya ini berlaku dan memang telah berlaku serta negara Islam
mengizinkannya maka ia akan memberi kesan yang besar di dalam merosakkan generasi
muslim dari sudut akidah dan akhlak. Bahkan kesannya di sudut akhlak adalah lebih
besar... di mana generasi muslim dapat menyaksikan di kaca televisyen gambar-gambar
bogel, fitnah seks, kejahatan dan kegilaan... adalah kerana nafsu ammarah lebih cepat
terkesan dengan godaan fitnah, unsur-unsur bogel, perhiasan wanita dan lain-lain. Bahkan
ia akan mengikut hawa nafsu dan dorongan syahwat dengan cepat tanpa dapat dikawal
oleh agama dan dirinya sendiri.

Apabila kita telah mengetahui bahawa perancangan Salibiah, Yahudi, Freemason dan
komunis berselindung di belakang apa yang berlaku... maka tahulah kita apa yang mereka
inginkan daripada tersebarnya kerosakan, terhapusnya dasar-dasar akidah dan nilai-nilai
yang mulia daripada negara dan umat Islam.

Telah kami sebutkan secara terperinci sebelum ini di dalam perbincangan mengenai
“Cabaran luaran”, betapa berperanannya perancangan luaran di dalam meruntuhkan
akhlak generasi Islam dan merosakkan akidah serta nilai-nilai mulia... Kami rasa tidak perlu
disebutkan buat kali keduanya supaya ianya tidak menjadi berulang.
Sepatutnya tidak luput di ingatan kita bahawa Yahudi dan Freemason mempunyai peranan
yang besar dan penting di dalam menguasai media massa melalui agen-agennya di dunia
Islam. Agen-agen tersebut semenjak kecil lagi telah dididik di sekolah-sekolah mereka dan
terus diterima masuk ke dalam pertubuhan mereka apabila dewasa supaya mereka mampu
melaksanakan perancangan Yahudi untuk menguasai ekonomi dan politik...

Kami telah sebutkan dengan banyak sekali tentang perancangan-perancangan ini di dalam
perbincangan tentang “Cabaran Serangan Pemikiran” kepada generasi Islam. Rujuklah
kembali -wahai para pemuda- supaya kamu mendapati apa yang dapat menyembuhkan
segala penyakit yang berlaku, Insya Allah.

Tetapi apa yang kami ingin sebutkan di dalam perbincangan ini ialah peranan Freemason
yang didalangi oleh Yahudi di dalam merosak dan menguasai media massa samada yang
dilihat, didengar atau dibaca.

Hartzel, seorang Yahudi telah berkata di dalam bukunya: “Kebisingan adalah segala-
galanya. Sebenarnya kebisingan itu akan membawa kepada kerja yang besar”. Yang
dimaksudkan dengan kebisingan itu ialah sebaran dan dakyah yang dibuat melalui media
massa. Menurut pandangannya, ia adalah lebih berkesan dan berpengaruh serta lebih
praktikal. Bahkan ia lebih menarik perhatian, dapat memancing ramai penyokong,
melemahkan musuh serta berjaya mencapai matlamat.

Di dalam protokol yang ketujuh:
“Kita perlu berusaha mempengaruhi kerajaan yang bukan Yahudi melalui jalan apa yang
dinamakan “sokongan ramai” yang telah kita bina melalui jalan yang paling kuat kesannya
iaitu akhbar yang semuanya berada di dalam genggamam kita...”

Di dalam negara yang tidak ada agen-agen yahudi fremason yang dapat mengeksploitasi
media massa untuk kepentingan mereka... Yahudi akan menggunakan jalan yang tidak
syari‘e untuk mempengaruhi pemerintah seperti tekanan, rasuah dan penipuan supaya
kepentingan dan perlaksanaan perancangan mereka terjamin... Bahkan kadang-kadang
mereka melakukan tipu helah politik supaya berlaku rampasan kuasa... untuk mereka
mengiktiraf orang-orang yang melakukan rampasan... begitulah apa yang sedang mereka
usahakan!!.

Adakah kamu mengetahui -wahai para pemuda- apa yang dilakukan oleh Yahudi? Apakah
yang dirancangkan oleh Yahudi? Apakah yang dieksploitasi oleh Yahudi untuk
melaksanakan perancangan mereka di negara Islam?.

Adakah kamu mengetahui bahawa agen Freemason yang terdiri daripada orang arab dan
Islam itu sendiri bertebaran di negara Islam di sana-sini. Mereka tidak lain melainkan alat
yang melaksanakan apa yang diarah oleh Yahudi.

Adakah kamu tahu bahawa kerosakan masyarakat dan keruntuhan yang tersebar luas di
negara Islam... tidak lain tidak bukan adalah hasil daripada kerja Yahudi dan perancangan
kristianisasi serta penjajahan.

Apabila kamu telah mengetahui ini semua, maka kamu mestilah mengetahui dan menyedari
tugas dan peranan kamu di dalam dakwah, pengislahan, perubahan dan menyedarkan umat Islam serta memperbanyakkan pejuang keimanan yang kental... Allah akan menolong
dan melindungi kamu... Sesungguhnya Dialah sebaik-baik Pelindung dan Penolong.

Sebelum saya menamatkan perbincangan ini saya ingin membentangkan kepada kamu -
wahai para pemuda- apa yang telah diwasiatkan oleh Muktamar Dakwah SeDunia pada
tahun 1397H yang diadakan di Madinah Rasulullah s.a.w yang menyingkap keadaan media
massa di dalam masyarakat Islam:

“Muktamar ini telah mendedahkan keaiban dan kepincangan yang menimpa media massa
kita samada secara disedari ataupun tidak oleh orang yang melakukannya. Sebagai ganti
daripada media massa kita yang menjadi mimbar dakwah kepada kebaikan dan menara
menyebarkan kebenaran... ia telah menjadi suara yang membawa kerosakan dan
penyeksaan... para pemimpin negara telah berdiam diri. Dengan diamnya mereka bermakna
mereka merestuinya. Dengan ini bermakna mereka telah memberi galakan dan
menambahkan semangat serta keberanian untuk kerja-kerja tersebut terus dilakukan...
Kesannya, keimanan, nilai-nilai mulia manusia telah goyang... Oleh itu para penyeru
kebaikan tidak boleh berdiam diri daripada perkara ini...”


Cabaran Undang-undang ________________________________________


Ia juga merupakan cabaran keruntuhan yang paling jelas yang dihadapi oleh generasi Islam,
pemuda dan pemudinya di zaman kesesatan dan kerosakan ini...
Dengan nama undang-undang, kehormatan dan perkara-perkara haram diharuskan...
Dengan nama undang-undang, segala keinginan untuk mengambil teman wanita dan
wanita simpanan dapat dipenuhi.
Dengan nama undang-undang para peniaga syahwat telah membuka sarang-sarang
pelacuran, dewan-dewan nyanyian dan tarian serta kelab-kelab arak... untuk memberikan
kepuasan kepada pemabuk dan tahi arak serta pencari kelazatan jasad...
Dengan nama undang-undang diharuskan nyanyian, tabarruj bagi wanita dan
percampuran... antara lelaki dan perempuan di kelab-kelab, sekolah-sekolah, universiti-
universiti dan di tempat-tempat yang lain...
Dengan nama undang-undang, lelaki dan perempuan telah terdedah kepada percampuran
tanpa segan silu di kolam-kolam renang umum dan di pantai-pantai...
Dengan nama undang-undang segala pertunjukan pentas, panggung wayang dan pusat
hiburan diberikan lesen untuk nengeluarkan filem-filem lucah dan hiburan-hiburan gila.
Dengan nama undang-undang sebaran am, penulis-penulis majalah telah diberikan
kebebasan untuk menulis, mengarang dan menyebarkan... apa yang mereka mahu...
walaupun ia merupakan seruan kepada mengharuskan perkara-perkara keji, seruan kepada
kebebasan wanita, memuaskan keinginan hawa nafsu dan mencemarkan kemuliaan...

Ini tidak termasuk perlindungan undang-undang yang diberikan kepada media massa
samada media dengar, media lihat seperti radio dan televisyen ataupun media baca seperti
majalah... Dengan nama perlindungan yang diberikan ini dan dengan nama kebebasan
bersuara serta slogan demokrasi... para pengelola mana-mana media massa bebas
meruntuh, menyeleweng dan menghina... sekalipun keruntuhan tersebut berlaku kepada
akhlak, penyelewengan sejarah dan penghinaan terhadap sistem-sistem Islam... Allah tidak
akan ditanya tentang apa yang dilakukan sedangkan mereka akan ditanya apa yang meraka
lakukan.

Bagaimanakah para pemuda dapat berpegang dengan akhlak yang mulia dan berjalan di
atas landasan yang lurus... sedangkan undang-undang di kebanyakan negara Islam
melindungi kehinaan dan memudahkan jalan kemungkaran serta menyediakan bagi
generasi Islam sebab-sebab keruntuhan dan penyelewengan?

Di sini dipaparkan beberapa kebebasan akhbar di bawah naungan undang-undang dan
demokrasi, agar kamu mengetahui -wahai pemuda- di tahap manakah akhbar telah sampai
dalam usaha menyeru kepada pengharusan dan mulhid serta menghiasi jalan-jalan
kerosakan dan kemungkaran.

1- Pada tahun 1966M, sidang akhbar Al Ahram telah mengundang seorang penyeru kepada
mazhab Al-Wujudiah Al-Ibahiyah iaitu Sarter dan teman wanitanya yang hidup
bersamanya secara haram di mana mereka secara terus terang telah mempamerkan
kejahatan dan kerosakan. Bahkan akhbar tersebut telah menyeru orang ramai... supaya
melihat teladan yang buruk yang ada pada Sarter dan mendengar daripadanya racun-racun
berbisa dan dasar-dasar tidak berakhlak yang menyeru kepada Ibahiyah!!.
Al Wujudiyah: Mazhab falsafah yang berpendapat bahawa manusia bebas dan mampu
mencipta dirinya sendiri serta mengambil pendirian sebagaimana yang dikehendaki.
Al Ibahiyah: Fahaman mengharuskan semua perkara samada baik maupun buruk.

2- Sekitar tahun-tahun 70an, kejahatan telah sampai ke kemuncaknya di mana akhbar Al
Ahram bertarikh 13/3/1976 telah menyiarkan tentang rumah-rumah urut yang mana
terdapat di dalamnya wanita-wanita yang tidak pernah terdengar sebelumnya kejahatan
sebagaimana yang mereka lakukan. Ia juga menyiarkan berita tentang pelajar-pelajar
perempuan yang terdapat di rumah-rumah tersebut.

Kemudian pihak akhbar telah memandang remeh terhadap jenayah yang keji ini dengan
menyiarkannya dalam bentuk tajuk yang memberangsangkan: Pelajar-pelajar perempuan di
rumah urut... bukalah pintu percampuran di semua peringkat pembelajaran... berilah
kebebasan kepada pemuda di bawah pengawasan keluarga dan sekolah... biarkan anak-
anak perempuan dengan pakaiannya...!!


3- Dalam salah satu keluaran majalah “An-Nahdah” yang diterbitkan di Kuwait dan
di’tahkik’ oleh seorang wartawan setebal tujuh mukasurat dan dimuatkan di dalamnya
gambar-gambar wanita separuh bogel yang memberansangkan di bawah tajuk-tajuk yang
ditulis dengan jelasnya; Hasil terbalik di pasaran Kuwait... terpesona... keterbalikan...
bisikan... jelingan... nombor telefon...

Seorang wartawan wanita menemuramah beberapa orang wanita Kuwait yang
memberitahu nama penuhnya dan telah menceritakan dengan jelas tanpa berselindung
tentang penjual kasut yang meminta melihat betisnya dan penjual pakaian yang memegang
pinggangnya... Seorang wanita lain menceritakan; Pakaian menampakkan semua perkara
kerana nipis khususnya ketika menaiki tangga di dalam kedai. Ini disebabkan lampu
disuluhkan ke arah tangga, dengan itu menampakkan semua anggota yang ada di
badannya...

Kita tidak tahu apakah faedah yang akan diperolehi oleh seorang muslim dari ‘tahkik’ yang
sebegini? Sebenarnya tidak ada faedah padanya selain menghiasi penyelewengan,
menyebarkan fitnah dan menunjukkan tempat-tempat kerosakan untuk sesiapa yang ingin
mempelajarinya!!..

Seorang penulis komunis ketika membuat kesimpulan terhadap rencananya, beliau berkata:
Satu-satunya cara untuk membina masyarakat Arab dan mengukuhkan tamadunnya ialah
dengan mencipta `manusia sosialis arab baru.'

Manusia yang ingin dicipta oleh si mulhid ini ialah manusia yang percaya bahawa Allah,
semua agama, sistem feudal, kapitalis, penjajahan dan semua nilai-nilai yang menguasai
masyarakat terdahulu tidak lain selain daripada mumia yang kekal yang berada di Muzium
Sejarah...!!

Tidakkah kamu pernah lihat -wahai para pemuda- seruan untuk menghancurkan aqidah,
agama dan akhlak... seperti seruan yang keji yang diseru oleh agen komunis ini?.!!

Inilah sebahagian daripada kebebasan yang diperolehi oleh akhbar untuk menyeru ke arah
keruntuhan dan kehancuran, di bawah naungan undang-undang... Ini hanyalah sedikit dari yang banyak... Bahkan sekiranya kamu berjalan dan bermusafir kamu akan lihat di kiri dan
kanan kamu:

Pemuda yang tenggelam dalam lumpur syahwat dan kejahatan...
Generasi yang sakit seluruh badannya, mental, jiwa dan akhlak...
Kumpulan penjenayah, pencolek dan pencabul kehormatan...
Kumpulan pengedar dan penagih dadah dan ganja...
Peniaga-peniaga syahwat dan nafsu yang menjual kehormatan dan menyewa pelacur...
Kumpulan diktator, peguam dan ahli undang-undang... yang menyembunyikan jenayah
dan mencabul hak-hak orang ramai.
Kolam-kolam renang awam yang bercampur baur... orang-orang yang berenang telanjang
tanpa ada perasaan malu.
Kumpulan pelacur yang diberi kelonggaran untuk mencari rezeki melalui zina...
Mereka yang mendengar nyanyian yang mengkhayalkan, muzik rocks dan pertunjukan
pentas yang hina.
Buku-buku seks dan majalah-majalah bogel yang gila.

Dan bermacam-macam lagi yang akan kamu dapati gejala-gejala kerosakan dan kehancuran
yang tidak dapat dihitung.

Kesemua ini berlaku dalam masyarakat Islam -kecuali orang yang diselamatkan oleh Allah-
atas nama kebebasan, perlindungan undang-undang dan slogan demokrasi... Ianya berlaku
di kalangan pemuda-pemudi di segenap tempat dalam masa yang begitu singkat dan
menakjubkan tanpa mendapat kawalan daripada akhlak, agama dan perasaan
tanggungjawab...
Bukanlah suatu yang aneh -sekiranya keadaan ini berkekalan- masyarakat Islam di Timur
dan Barat akan tenggelam dalam fahaman keharusan dan kebebasan yang lebih dahsyat
sebagaimana yang dialami oleh masyarakat Barat.

Di antara perkara yang perlu kamu ketahui dengan baik -wahai pemuda Islam- ialah orang-
orang yang meluluskan undang-undang yang mengharuskan kemungkaran, melindungi
kefasadan di sebalik pakaian, sarang-sarang pelacuran, kelab-kelab dan kolam-kolam
renang serta memberikan kebebasan kepada media massa untuk menyeru ke arah
keruntuhan dan penyelewengan, pada hakikatnya merupakan pelaksana-pelaksana samada
disedari ataupun tidak kepada perancangan jahat penjajahan Salibiah, protokol Yahudi dan
Freemason serta pakatan jahat komunis dan mazhab kebendaan... Tujuan mereka adalah
untuk merosakkan pemuda dan pemudi di negara Islam, memesongkan mereka daripada
kewajipan yang suci iaitu membawa risalah Islam yang kekal abadi dan memalingkan
mereka daripada badan-badan jihad dan mempertahankan Islam. Sehingga mereka tidak
keluar berjihad, dan menjalani kehidupan tanpa mempunyai matlamat dan tujuan yang
mulia serta risalah yang tinggi.

Tetapi adakah di sana jalan penyelesaian untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh masyarakat Islam di seluruh alam lebih-lebih lagi para pemuda dan
pemudinya?.

Ya! Jalan penyelesaian yang praktikal untuk menghadapi semua cabaran ini ialah para
pemuda muslim yang berpegang teguh dengan Islam hendaklah mengambil alih setiap
tempat strategi di negara mereka dan menunaikan tanggungjawab memperbaiki dan
mengubah masyarakat supaya mereka mampu menghadapi cabaran-cabaran yang mencengkam umat Islam ini dengan keazaman dan keimanan, dorongan keberanian,
perancangan dakwah, berpegang teguh dengan jemaah dan perasaan tanggungjawab
melakukan kerja-kerja pengislahan...

Sekiranya mereka berada di tahap tanggungjawab dan penentangan sebegini, maka sudah
semestinya, akhirnya mereka akan dapat mencapai natijah yang baik dengan
menghapuskan kefasadan, melenyapkan kemungkaran dan membendung kekejian... Allah
Taala setiasa bersama mereka dan tidak akan meninggalkan mereka kerana Dia telah
berfirman:

Maksudnya: Sekiranya kamu menolong Allah dengan memperjuangkan agamaNya maka Allah akan
menolong kamu dan menetapkan tapak-tapak kaki kamu.


Garis panduan Islam ______________________________________________


Itulah dia -wahai pemuda dan pemudi Islam- cabaran-cabaran keruntuhan dan kerosakan
akhlak yang dihadapi oleh generasi Islam pada hari ini. Kamu telah melihat bahawa ia
adalah bermacam-macam: di antaranya ada yang berbentuk adat kebiasaan masyarakat,
berbentuk asing, sebaran am dan undang-undang.

Kami telah menyentuh dengan ringkas tentang beberapa penyelesaian positif terhadap
setiap cabaran yang lima ini. Saya ingin menambah beberapa penyelesaian positif yang lain
semoga ia menjadi pembantu kepada pengislahan yang kamu lakukan, menetapkan
keyakinanmu, memelihara akhlakmu, panduan di setiap langkahmu, menguatkan
keperibadian dan petunjuk bagi dakwah kamu. Allahlah sebagai tempat meminta
pertolongan dan kepadaNyalah kita bertawakkal.

Tidak ragu lagi bahawa perkahwinan yang disyariatkan oleh Islam kepada pemuda Islam
pada tahap umur muda mereka merupakan sebaik-baik jaminan untuk memelihara akhlak
dan menjaga pandangan serta memelihara kehormatan mereka. Ini adalah kerana saranan
yang telah diajukan oleh Rasulullah s.a.w kepada pemuda umat ini sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Jamaah:

Maksudnya: Wahai para pemuda! Barang siapa dari kalangan kamu yang berupaya untuk
berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia adalah lebih memelihara pandangan dan menjaga
kemaluan..."

Bahkan perkahwinan merupakan faktor pengislahan yang paling kuat yang dapat
menyelamatkan pemuda daripada cabaran keruntuhan yang mereka hadapi dan kerosakan
akhlak yang mengelilingi mereka. Ini adalah kerana perkahwinan menyahut tuntutan fitrah
dan memenuhi kehendak syahwat yang ada pada pemuda serta menjadikannya sebagai
seorang insan yang mempunyai keperibadian yang unggul, seimbang, tidak condong
bersama tiupan angin fitnah dan tidak goncang berhadapan dengan cabaran-cabaran
keruntuhan...

Tetapi apabila pemuda tidak berupaya untuk berkahwin kerana halangan-halangan yang
merintangi mereka, apakah yang perlu dilakukan? Dan jalan manakah yang perlu untuk
mereka lalui?.

Al Quran telah menyeru pemuda yang berada di dalam keadaan begini supaya menjauhkan
diri dari perkara-perkara yang haram dan menjaga kehormatan...

Firman Allah:

Maksudnya: Dan orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin hendaklah mereka menjaga
kehormatannya sehingga Allah memberikan kepada mereka dengan limpah kurniaNya sebab-sebab
perkahwinan.

Akan tetapi apakah garis panduan yang menjadikan pemuda sebagai seorang yang menjaga
kehormatan, jauh daripada keruntuhan dan bersih daripada kejahatan?.

Garis panduan sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam adalah seperti berikut:

1-Memelihara pandangan daripada perkara-perkara yang diharamkan.
Firman Allah:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman hendaklah
kamu menundukkan pandangan kamu dan menjaga kemaluan kamu. Itu adalah lebih bersih bagi
kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yang mereka lakukan. Dan katakanlah
kepada perempuan-perempuan yang beriman hendaklah mereka menundukkan pandangan dan
menjaga kemaluan mereka...

Tidak asing lagi bagi orang-orang yang mempunyai akal dan penglihatan mata hati bahawa
memandang ke arah perempuan ajnabi merupakan panahan daripada panahan iblis.
Bahkan ia adalah jalan yang menyeleweng dan bersimpang siur yang membawa pelakunya
kepada kejahatan... sesiapa yang meninggalkannya kerana takutkan Allah, maka Allah akan
menggantikannya dengan keimanan yang dapat dirasai kemanisannya di dalam hati.

Dahulu, syair Arab menyebut;
Setiap peristiwa bermula dengan melihat,
Kebanyakan api yang merbahaya bermula dari kecilnya.

Hari ini manusia berkata;
Melihat, diikuti dengan senyum, kemudian memberi salam
Selepas itu bersembang, berjanji dan berjumpa.

2-Berterusan berpuasa sunat.
Ini sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Jamaah:

Maksudnnya: Wahai para pemuda! Barang siapa dari kalangan kamu yang berupaya berkahwin
hendaklah dia berkahwin, sesungguhnya ia lebih memelihara pandangan dan menjaga kemaluan.
Sesiapa yang tidak berupaya maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu merupakan benteng
kepadanya (iaitu mengawal syahwat).

Hikmah daripada ibadah berpuasa ini akan terhasil dengan dua perkara:
1.Mendalamkan muraqabah dengan Allah samada di tempat terang atau tersembunyi.
2.Mengurangkan bagi pemuda kekuatan syahwat dan gelora keinginan.

Alangkah banyaknya jenis puasa sunat yang digalakkan oleh syarak supaya dikerjakan.
Kami sebut di antaranya sebagai contoh: Puasa nabi Daud, beliau berpuasa sehari dan
berbuka sehari, puasa hari Isnin dan Khamis pada setiap minggu, puasa enam hari di dalam
bulan Syawal, puasa hari Asyura serta sehari sebelum atau selepasnya, puasa tiga hari pada pertengahan bulan pada setiap bulan Islam iaitu pada hari tiga belas, empat belas dan lima
belas...

Di antara hikmah lain ialah menenangkan syahwat sebagaimana yang dinyatakan oleh
hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak berupaya maka hendaklah dia berpuasa kerana
puasa merupakan benteng kepadanya”.

3-Menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang memberangsangkan nafsu.
Sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari:

Maksudnya: ... sesiapa yang terjatuh (melakukan) perkara yang syubhat maka dia telah jatuh ke
dalam perkara yang haram. Ketahuilah bahawa setiap pengembala ada kawasan larangannya dan
kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang diharamkanNya.

Tidak ragu lagi bahawa memandang ke arah perempuan yang berpakaian tetapi telanjang,
membaca novel-novel yang memberangsangkan, majalah-majalah lucah dan berita-berita
seks yang diperniagakan oleh peniaga syahwat serta mendengar lagu-lagu yang
mengasyikkan dan mengkhayalkan yang diperniagakan oleh lelaki-lelaki yang tidak
berakhlak. Begitu juga menyimpan gambar-gambar bogel dan filem yang berunsur seks...
untuk ditonton...

Semuanya itu adalah di antara perkara yang menimbulkan ghairah, mencemar kemuliaan,
meruntuhkan akhlak, menggelorakan keinginan syahwat, membunuh kemuliaan,
melemahkan tubuh badan, melumpuhkan daya ingatan dan menghancurkan keperibadian.

4-Memenuhi masa kosong dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
Kerana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim:

Maksudnya: Peliharalah perkara yang memberikan manfaat kepada kamu dan pohonlah pertolongan
kepada Allah serta jangan kamu merasa lemah.

Sebelum ini, kami telah menceritakan bagaimana Islam menyelesaikan masalah dorongan
hawa nafsu di dalam diri manusia. Apabila seorang pemuda bersendirian pada masa
kosongnya, maka dia akan mengelamun dengan berbagai impian dan khayalan seks yang
bergelora... Syahwatnya bangkit disebabkan impian dan khayalan ini... Boleh jadi dia akan
terjatuh ke dalam perkara yang dilarang oleh syara’ hasil daripada apa yang terlintas di
dalam jiwanya.

Cara untuk mengelakkan daripada semua ini ialah pemuda hendaklah mengetahui
bagaimana cara memenuhi masa lapangnya.? Alangkah banyaknya medan dan kegiatan
untuk memenuhi masa lapang!! Samada dengan bersukan yang boleh menguatkan tubuh
badan, bersiar-siar menenangkan jiwa, mengulangkaji ilmu yang dapat melengkapkan lagi
pengetahuannya, membuat kerja-kerja kraf tangan yang boleh mengasah bakatnya,
menghadiri pengajian agama yang boleh mendidik akhlaknya, atau kuiz yang boleh melatih
akalnya, melakukan latihan memanah, berenang, menunggang kuda... yang boleh
mempersiapkan dirinya...
Dan lain-lain kegiatan-kegiatan yang bermanfaat serta berbagai wasilah yang akan
memberikan hasil...


5-Bersahabat dengan orang yang soleh.
Kerana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Tarmizi:

Maksudnya: Jangan kamu bersahabat kecuali dengan orang yang beriman dan jangan memakan
makanan kamu kecuali orang yang bertaqwa.

Telah kami sebutkan di dalam perbincangan yang lalu bahawa apabila pemuda itu
bersahabat orang yang soleh, bertaqwa dan istiqamah di jalan kebenaran, dia akan dapat
mengambil daripadanya segala kebaikan yang memberi manfaat kepadanya di dunia dan
akhirat. Begitu juga apabila dia bersahabat dengan orang yang fasik dan melakukan
maksiat, dia akan dapat mengutip daripada mereka segala kejahatan yang memberi
mudarat kepada agama, dunia dan akhiratnya. Inilah apa yang amat ditekankan oleh
Rasulullah s.a.w di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi:

Maksudnya: Seseorang itu berada di atas agama (cara hidup) sahabat akrabnya. Maka setiap
kamu hendaklah meneliti siapa yang akan dijadikan sahabat akrab.

6-Mengikut tunjuk ajar perubatan.
Kerana hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Askari:

Maksudnya: Hikmah (ilmu) itu adalah barang mukmin yang hilang, di mana sahaja dia
mendapatinya maka ia adalah lebih berhak terhadapnya.

Di antara perkara yang dinasihatkan oleh para pakar dan doktor perubatan untuk
mengurangkan keinginan syahwat pada pemuda ialah seperti berikut:
1. Memperbanyakkan mandi di musim panas.
2. Memperbanyakkan permainan dan latihan jasmani.
3. Menjauhkan diri daripada makanan yang mengandungi rempah kerana ia boleh
menimbulkan keinginan.
4. Mengurangkan makanan yang boleh menegangkan urat saraf seperti kopi dan teh.
5. Tidak memperbanyakkan makan daging dan telur...
6. Tidak tidur melentang atau meniarap. Bahkan daripada sunnah ialah tidur di atas
lambung kanan dengan mengadap kiblat.

7-Mempertingkatkan muraqabah dengan Allah ketika sunyi ataupun nyata.
Kerana sabda Rasulallah s.a.w yang diriwayatkan oleh Syaikhan (Bukhari dan Muslim):

Maksudnya: Al Ihsan ialah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya dan sekiranya
kamu tidak melihatNya maka Dia melihat kamu.
Memang diakui bahawa apabila seorang pemuda itu menghadiri majlis ilmu atau zikir,
berterusan menunaikan sembahyang fardu dan sunat, tekun dan berterusan di dalam
membaca Al Quran, bertahajjud di waktu malam ketika manusia lain sedang nyenyak tidur,
berterusan berpuasa sunat, mendengar cerita para sahabat dan solihin, memilih sahabat
yang soleh dan beriman, bergabung dengan jemaah yang diyakini serta mengingati mati
dan perkara yang berlaku selepasnya... semuanya itu adalah di antara perkara yang akan
memperdalamkan perasaan takut kepada Allah, bermuraqabah denganNya dan merasai
keagunganNya. Apabila mereka berada dalam keadaan demikian, mereka akan terhalang
daripada melakukan perkara-perkara yang merosakkan dan terlibat ke dalam perkara-
perkara yang diharamkan... Bahkan mereka akan menjadi seperti malaikat, berjalan di atas
muka bumi dengan keadaan bersih dan suci rohani.

Saya kemukakan kepada kamu -wahai para pemuda- dua contoh yang besar ertinya dalam
merasakan pemerhatian Allah ketika sunyi dan terang supaya ia menjadi ikutan dan contoh
teladan:

Contoh pertama;
Buku-buku sastera menceritakan kisah seorang peniaga di mana beliau menceritakan.
“Suatu malam, aku berada dirumahku. Tiba-tiba pintu rumahku diketuk orang. Aku dapati
seorang gadis jelita bak bulan purnama. Dia datang mengadu kelaparannya. Aku berbicara
dengannya dan cuba menggodanya. Tetapi dia menolak sambil berkata; “Mati adalah lebih
baik bagiku daripada bermaksiat terhadap Tuhanku”. Kemudian dia terus berlalu.

Selepas beberapa hari dia datang lagi kepadaku dan dia merayu kepadaku. Aku menjawab
sebagaimana sebelum ini. Dia menangis. Kemudian berkata; “Berilah makan kepadaku
kerana Allah”. Aku menjawab; “Tidak mungkin, kecuali kamu serahkan dirimu kepadaku”.
Lalu wanita tersebut menjawab, “Mati lebih baik bagiku daripada azab Allah”. Aku
mendengar dia berkata sambil beredar;

Di manakah manusia yang ihsannya meliputi semua makhluk,
Kepada pendengaranMu aku mengadu dan dibawah pengawasanMu aku bertindak.
Aku berhadapan dengan tersangat lapar dan kepapaan,
Apa yang aku dapati telah menghalang dari berkata-kata.
Seolah-olah aku yang penuh dahaga melihat aliran mataair,
Tiada suapan dan tidak ada tangan yang memberi minum.
Aku dihalang untuk mendapatkan sesuap makanan,
Oleh keinginan syahwat yang merosakkan dan perampas.
Adakah aku akan bermaksiat kepadaMu selepas kelebihan, rahmat dan petunjuk yang diberi?
Bagaimana dengan ketaatan aku dapat mencari rezeki?.
Aku sanggup binasa untuk mencapai cintaMu wahai Tuhanku,
Moga dengannya mendekatkan diri kepadaMu dan mendapat pelepasan dari neraka.

Lelaki tersebut berkata; “Aku tersentak dengan kata-katanya dan iman mula meresap ke
dalam lubuk hatiku. Aku berkata kepadanya, “Kembalilah, makan dan ambillah hartaku
apa yang kamu mahu kerana Allah. Lalu wanita itu berdoa, “Wahai Tuhanku, sebagaimana
Engkau telah menyinari hatinya dan memberi hidayah kepadanya maka terimalah doanya”.
Kemudian lelaki tersebut mengahwininya.

Contoh kedua: Yusuf a.s. seorang pemuda yang sedang meneliti hari-hari muda, sempurna kelelakiannya
dan memiliki wajah yang tampan. Baginda dipujuk oleh wanita yang mempunyai rupa
paras yang cantik dan pangkat yang tinggi sedangkan pada masa itu pintu bilik telah
terkunci dan jalan untuk melakukan kejahatan terbuka luas di depan mata sebagaimana
yang diceritakan oleh Al Quran:

Maksudnya: Dan perempuan yang Yusuf tinggal di dalam rumahnya bersungguh-sungguh
memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya dan perempuan itupun menutup semua pintu-pintu dan
berkata: “marilah ke mari aku bersedia untukmu.”

Apakah pendirian Yusuf ketika menghadapi godaan dan fitnah ini? Adakah keimanannya
menjadi lemah?. Adakah dia melakukan khianat terhadap Allah atau dia tenang
berhadapan dengannya?.

Tidak, bahkan dia menjawab;

Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah daripada perbuatan yang keji itu. Sesungguhnya
Tuhanku telah memelihara aku dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak
akan berjaya.

Isteri raja itu telah cuba menundukkannya dengan tipu daya dan perancangan jahatnya. Dia
telah menggunakan segala apa yang ada padanya untuk menggoda dan menggugut demi
melemahkan keimanan Yusuf dan menggoncang pendiriannya. Dia telah mengiklankan
semua itu kepada para wanita yang mengutuknya dengan perasaan marah dan bengis.


Maksudnya: Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi dia menolak dan
berpegang teguh kepada kesuciannya, dan demi sesungguhnya sekiranya dia tidak mahu melakukan
apa yang aku suruh tentulah dia akan dipenjarakan dan akan menjadi orang-orang yang hina.

Tetapi pemuda yang menyucikan dirinya itu,Yusuf a.s. telah menyerahkan seluruh jiwa
raganya kepada Allah dan memohon perlindungan dan pemeliharaanNya daripada
melakukan maksiat terhadapNya. Akhirnya baginda memilih penjara daripada melakukan
perkara yang keji dan mengiklankan pendiriannya dengan penuh kemuliaan sebagai
seorang mukmin dan sifat meninggi diri terhadap perkara yang hina.

Maksudnya: Wahai Tuhanku, aku lebih suka kepada penjara daripada apa yang perempuan-
perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripada aku tipu daya
mereka mungkin aku akan cenderung kepada mereka dan aku menjadi daripada orang-orang yang
tidak mengamalkan ilmunya.

Fitnah itu berada di antara hati mukmin yang hidup dan takut kepada Tuhan dan antara
godaan-godaan kekejian dan dorongan keinginan nafsu... lalu terbenamlah godaan-godaan
itu dan menanglah keimanan...
Begitulah wahai para pemuda, isi manhaj yang terpenting dan sejelas-jelas garis panduan
yang boleh menyampaikan pemuda kepada puncak kesucian dan ketinggian. Tidak ragu
lagi apabila pemuda mengikut usul garis panduan ini dan melaksanakannya dengan teliti
dan bijaksana... maka dia akan dapat mengalahkan semua was-was syaitan dan keinginan
jiwa yang buruk. Bahkan dia akan dapat menewaskan dorongan-dorongan hawa nafsu yang
bergelora di dalam sanubarinya.

Ketika pemuda lemah untuk berhadapan dengan godaan dan fitnah-fitnah... dan dia yakin
bahawa dia akan terjunam ke lembah kejahatan... maka harus baginya mengambil jalan
onani untuk menenangkan jiwanya berdasarkan kaedah fiqh yang berbunyi:

“Di pilih yang paling sedikit mudaratnya dan yang paling kurang kejahatannya”

Oleh itu para ulama’ fiqh berkata; Memuaskan nafsu dengan onani adalah haram apabila
ianya semata-mata untuk memuaskan syahwat dan merangsangkannya sedangkan ia dalam
keadaan tenang. Adapun apabila syahwat mengatasi segalanya di mana akal fikiran sibuk
dengannya dan hampir terjunam ke lembah perzinaan serta sudah pasti bahawa onani
adalah jalan untuk menenangkannya, maka ia adalah diharuskan. Pelakunya tidak akan
diberikan pahala dan tidak berdosa. Dia tidak dibalas dengan kebaikan dan tidak diazab.

Begitulah pemuda muslim sentiasa berusaha memelihara kesucian dan menjauhkan diri
daripada perkara yang haram sehingga tiba hari yang Allah berikan kemampuan
kepadanya dari limpah kurniaNya dan memudahkan untuk mereka jalan-jalan menuju ke
alam perkahwinan. Ketika itu dia akan menjadi sempurna dan seimbang serta memenuhi
tuntutan syahwatnya melalui jalan yang halal.

Tetapi adakah memadai pemuda itu menyelamatkan dirinya dari cabaran keruntuhan ini
dengan memelihara kesucian diri dan ketinggiannya. Menyelamatkan dirinya dengan cara
yang tidak diberi pahala dan tidak berdosa... ataupun dia hendaklah berusaha
membendung dan menghapuskan cabaran keruntuhan itu sekadar yang terupaya.?

Ya, tidak harus bagi pemuda muslim berkata: Aku telah memperbaiki keadaanku dan
akhlakku telah murni... aku tidak dimudaratkan oleh orang yang sesat apabila aku telah
mendapat petunjuk!!. Bahkan dia hendaklah memainkan peranan yang besar di dalam
menghadapi cabaran-cabaran keruntuhan yang menyerang negara-negara Islam.

Apakah peranan kamu -wahai pemuda dan pemudi- di dalam usaha membendung cabaran-
cabaran ini?

Pada hakikatnya peranan kamu adalah besar dan tanggungjawab kamu di dalam
membendung kemungkaran dan menghapuskan kerosakan adalah... penting.

Islam menuntut agar kamu berjalan di atas langkah-langkah yang positif dan marhalah-
marhalah yang membina... sekiranya kamu ingin menempatkan dirimu bersama-sama
barisan penentang keruntuhan, barisan pengislahan dan perubahan.

Langkah-langkah Penting____________________________________________


Apakah langkah dan marhalah yang terpenting itu?

Pertama: Kamu bergabung jiwa raga ke dalam jemaah Islam yang ikhlas dalam perjuangan,
menyakini bahawa Islam sebagai agama dan daulah... Al Quran sebagai manhaj dan
perundangan... sejarah Islam sebagai tempat kebanggaan dan ikutan... tamadun Islam
sebagai ruh dan pemikiran... bergabung dengan harakah dakwah Islamiah sebagai benteng
pertahanan dan sumber semangat... Kamu bergabung dengannya kerana pertolongan Allah
adalah bersama jemaah. Kerana amal fardi tidak memberikan hasilnya yang diharapkan di
dalam usaha pengislahan dan perubahan. Kerana serigala tidak akan memakan kecuali
kambing yang bersendirian...

Oleh kerana itu Al Quran telah memerintahkan umat Islam:
™ Supaya mereka berpegang teguh dengan tali Allah dan tidak berpecah belah:

Maksudnya: Hendaklah kamu sekelian berpegang teguh dengan tali Allah dan jangan berpecah
belah.

™ Menjadikan orang-orang yang beriman sebagai penolong dan auliya’ (pelindung):

Maksudnya: Barang sesiapa yang berwala’kan Allah dan rasulNya dan orang-orang yang beriman
maka sesungguhnya parti Allah adalah yang beroleh kemenangan.

™ Supaya lahir dari kalangan umat Islam satu umat yang bangun menyeru manusia
kepada kebaikan dan menghapus kerosakan dan kemungkaran yang ada di dalam
masyarakat:

Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebaikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang
daripada segala yang salah (buruk dan keji) Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang
yang berjaya. (Ali Imran: 105)

Rasulullah s.a.w juga mengarahkan supaya beriltizam dengan jemaah:
Tirmizi meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. telah berkata: Umar telah berkhutbah
kepada kami di Al Jabiah dengan katanya: “Wahai manusia: Sesungguhnya aku berdiri di
hadapan kamu seperti berdirinya Rasulullah s.a.w di di hadapan kami (para sahabat) dan
bersabda; “Aku berwasiat kepada kamu supaya mengikut sahabatku, kemudian orang yang
selepas mereka dan kemudian orang yang selepas mereka kemudian akan tersebar
pembohongan, sehingga seorang lelaki bersumpah sedangkan dia tidak diminta bersumpah
dan seorang lelaki bersaksi sedangkan dia tidak diminta menjadi saksi. Ketahuilah bahawa
seorang lelaki tidak akan bersunyi-sunyian (berkhalwat) dengan seeorang perempuan
kecuali yang ketiganya adalah syaitan... Kamu hendaklah bersama jemaah, sesungguhnya
syaitan itu bersama orang yang berseorangan. Dia daripada dua orang adalah lebih jauh.
Sesiapa yang inginkan syurga maka hendaklah dia beriltizam dengan jemaah.”
Di dalam hadis Huzaifah bin Yaman, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari ketika
mana dia bertanya Rasulullah s.a.w: Adakah selepas kebaikan itu ada kejahatan? Rasulullah
s.a.w telah berkata kepada Huzaifah: Ya, padanya penyeru kepada neraka jahannam.
Sesiapa yang menyahutnya, akan dicampakkan ke dalamnya. Huzaifah berkata: Sifatkan
mereka kepada kami. Baginda bersabda: Mereka adalah daripada bangsa kita dan bertutur
dengan bahasa kita.!! Huzaifah berkata: Apakah yang engkau akan suruh kepadaku apabila
aku menjumpai yang demikian itu? Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu beriltizam
dengan jemaah Islam dan imam mereka...”

Daripada nas-nas ini jelas kepada kamu -wahai pemuda- bahawa menjadi kewajipan umat
Islam beriltizam dengan jemaah Islam untuk bekerja bersamanya demi menegakkan hukum
Allah di atas muka bumi dan menghilangkan petanda-petanda kerosakan dan kemungkaran
di dalam masyarakat Islam... Kerana kebanyakan taklif agama adalah berbentuk jemaah.
Sudah tentu seorang muslim tidak berupaya menanggungnya bersendirian dan tidak akan
dapat melaksanakannya seorang diri... Bahkan dia mestilah bekerja bersama jemaah dan
bergerak bersamanya. Dia mestilah bergerak melakukan kerja-kerja dakwah Islam bersama
orang-orang yang beriman dengannya dan berjihad di jalannya... Dan Allahlah tempat
memohon pertolongan.

Kedua: Kamu maju ke hadapan untuk menyampaikan dan memberikan kesedaran kepada
masyarakat Islam dengan semangat yang tinggi dan azam yang kental... demi
menyelamatkan mereka daripada kerosakan dan keruntuhan, perpecahan dan perselisihan
yang melanda mereka serta perancangan jahat dan permusuhan yang menyelubungi
mereka... Selepas itu, kamu hendaklah menyelamatkan masyarakat manusia daripada
kekufuran, kesesatan dan fahaman keharusan... sebagai melaksanakan firman Allah:

Maksudnya: Kamu semua adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyeru ke
arah kebaikan dan melarang daripada kejahatan dan kamu beriman dengan Allah. (Ali Imran: 110)

Al Ustaz Sayyid Qutb telah berkata di dalam tafsirnya “Az Zilal” ketika menafsirkan ayat
ini: Sesungguhnya ta’bir di dalam ayat menggunakan perkataan (ﺔﻡأ ) dengan `bina’ majhul'
adalah merupakan satu ta’bir yang menarik perhatian. Ia seolah-olah menunjukkan kepada
tangan yang merancang dan lembut yang melahirkan umat ini dan mendorongnya untuk
muncul daripada alam ghaib dan daripada tabir yang berlabuh yang tidak diketahui apa
yang disebaliknya kecuali Allah... Ia adalah kalimah yang menggambarkan gerakan yang
tersembunyi, lembut, satu gerakan yang mengeluarkan umat ini ke pentas kehidupan. Umat
yang mempunyai peranan yang khusus, mempunyai kedudukan yang khusus dan
mempunyai neraca yang khusus “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi
manusia”.

Inilah di antara perkara yang mesti disedari oleh umat Islam, supaya mereka mengetahui
hakikat dan nilainya dan mengetahui bahawa mereka dilahirkan untuk menjadi penyelamat
umat, untuk memimpin mereka... kerana mereka adalah sebaik-baik umat, dan Allah Taala
mahukan penerajuan muka bumi ini berada di tangan orang-orang yang baik, bukannya di
tangan orang-orang yang jahat. Oleh itu, mereka tidak boleh menerima sebarang pengajaran
daripada umat-umat jahiliah yang lain, tetapi merekalah yang sepatutnya menyumbangkan segala yang dimilikinya kepada manusia seluruhnya yang terdiri daripada aqidah,
gambaran, sistem, akhlak dan ilmu pengetahuan yang sohih... Kewajipan umat ini ialah
sentiasa menjadi perintis dan pemimpin.

Di antara sumbangan utama yang perlu diberikan ialah memelihara kehidupan manusia
daripada kejahatan dan kebinasaan. Oleh itu mereka hendaklah memiliki kekuatan yang
membolehkan mereka melakukan amar makruf nahi mungkar, kerana mereka merupakan
sebaik umat yang dilahirkan untuk manusia, bukan secara kebetulan ataupun ingin ambil
hati... Maha suci Allah dari yang demikian itu. Malah ia merupakan usaha positif untuk
memelihara kehidupan manusia daripada kemungkaran dan menegakkannya di atas
makruf...

Oleh itu Ia merupakan ‘kebangkitan’ yang ditaklifkan kepada umat yang terpilih (para da’i).
Taklif yang dipenuhi dengan berbagai bebanan dan perjalanannya dipenuhi onak dan duri...

Ketiga: Kamu hendaklah memperkuatkan seruan dakwah yang kamu dokong... dengan
hujah-hujah dan bukti-bukti yang jelas serta hujah akal yang meyakinkan.

Ketika kamu menyeru para pemuda supaya menentang keruntuhan dan penyelewengan
serta berhenti daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran... sudah tentu kamu perlu
menyakinkan mereka tentang bahayanya terhadap tubuh badan, jiwa, akhlak dan sosial
hasil daripada perbuatan zina dan menurut dorongan syahwat seks. Keyakinan tersebut
hendaklah ditanam berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh pakar-pakar jiwa, sosial
dan para doktor. Dengan panjelasan dan penerangan ini, manusia akan menerima dakwah
dan nasihat kamu dan mereka akan berhenti daripada melakukan perkara-perkara haram
dan membinasakan... Sekiranya kamu tidak membawa hujah dan dalil yang jelas, maka
kamu tidak ubah seperti orang yang melaung di lembah, atau seperti orang yang menulis di
air tanpa menghasilkan apa-apa faedah.

Bahaya-bahaya yang telah dinyatakan oleh para pakar adalah seperti berikut:

1- Bahaya dari sudut jasmani
Penyakit Gonorea (Gonorrhoea).
Penyakit ini berjangkit dari orang yang sihat melalui perbuatan zina. Ia menyebabkan
berlakunya inflamasi akut dan kronik pada rahim dan testis. Kadang-kadang ia boleh
membawa kepada kemandulan dan memberi kesan negetif kepada bayi yang dilahirkan di
mana berlakunya kerosakan pada bahagian mata yang menyebabkan matanya buta.

Penyakit Sifilis (Syphilis).
Penyakit ini merebak melalui hubungan jenis yang tidak disyariatkan. Ia menyebabkan
penyakit pada kulit, sendi, tulang, otot-otot, jantung, dan penglihatan. Ia juga menyebabkan
luka (yang tidak berdarah) pada kulit, muka dan lidah.

Penyakit Syankroid (Chancroid).
Penyakit ini merebak melalui perbuatan zina. Ia menyebabkan ulser yang menyakitkan
pada alat kelamin.

Penyakit Baligh Prekosius (Kematangan organ seksual awal). Penyakit ini menimpa kanak-kanak disebabkan tersebarnya perbuatan zina. Ia
menyebabkan kebangkitan syahwat kanak-kanak sebelum tiba waktu yang sepatutnya. Ia
juga menyebabkan tekanan perasaan dan penyakit jiwa kepada kanak-kanak.

Penyakit AIDS (Sindrom Kekurangan Daya Tahan Perolehan).
Penyakit ini tersebar luas di Amerika dan Eropah hasil daripada berlakunya penyelewengan
seks (homoseks dan lesbian). Penyakit ini amat merbahaya dan pasti membawa kepada
kematian.

Di sana banyak lagi penyakit yang dihadapi oleh masyarakat kesan dari tersebarnya zina
dan mengikut dorongan nafsu seks.

2- Bahaya dari sudut akhlak dan jiwa
Penyakit penyelewengan seks
Yang dimaksudkan ialah homoseks dan lesbian. Ia adalah penyakit yang merbahaya. Ia
berlaku di antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Penyakit ini telah
menimpa masyarakat kebanyakan negara yang mendakwa maju dan bertamadun seperti
Amerika dan Britain... Di bandar New York Amerika, terdapat setengah juta orang, lelaki
dan perempuan ditimpa penyakit ini. Mereka adalah golongan yang melakukannya secara
terus terang dan nyata... Adapun yang melakukannya secara senyap-senyap dan
tersembunyi...!

Penyakit gila seks
Kamu melihat pengidap penyakit ini sentiasa sibuk sepanjang waktu melayan khayalan-
khayalan syahwat keinginan seks... seperti nikah, cium, peluk dan membayangkan anggota
wanita yang zahir dan batin... Kamu melihat mereka tidak mempedulikan selainnya.
Mereka disibukkan dengan perkara tersebut. Di antara kesannya: sangat pelupa, kurang
mengambil perhatian dan kamu melihatnya seperti orang yang dungu ataupun seperti
orang yang ditimpa bencana dan kesedihan... Keadaan ini akan mengakibatkan kekusutan
di dalam jiwa dan gila terhadap seks. Ia juga akan terjun ke lembah kelazatan dan menurut
kemahuan dan keinginan seks tanpa ada batas sempadan dan penghalang.

Di antara kesan daripada penyakit-penyakit ini ialah para pemuda negara Barat dan Timur
telah ditimpa sakit tubuh badan, jiwa dan urat saraf. Khorotchof telah berkata dengan terus
terang pada tahun 1962 bahawa masa depan Rusia berada dalam keadaan merbahaya dan
masa depan para pemudanya tidak lagi terjamin kerana mereka telah tenggelam di dalam
syahwat... Di waktu yang sama Kennedy juga telah menyatakan bahawa masa depan
Amerika adalah berada dalam bahaya kerana para pemudanya telah tenggelam di dalam
syahwat, tidak mampu memikul tanggungjawab yang dibebankan di atas bahunya. Setiap
tujuh orang yang dipanggil untuk temuduga askar, didapati enam daripada mereka adalah
tidak layak kerana tenggelam di dalam syahwat yang telah merosakkan tubuh badan dan
jiwa mereka...
Penulis Perancis Andria Moria telah berkata di dalam bukunya “Sebab-sebab kejatuhan
Perancis”: Di antara sebab terpenting kekalahan Perancis di dalam peperangan dunia kedua
ialah rosaknya bangsa Perancis hasil daripada tersebarnya perbuatan zina. Inilah apa yang
telah diseru oleh Jeneral Dhighul selepas menerima teraju kepimpinan. Beliau telah
memanggil Polis bandaraya Paris dan berkata, “Tutup semua tempat-tempat arak dan
maksiat di bandar ini”.
Memang tidak diragukan bahawa mana-mana masyarakat, ketika dia terjun ke medan
menghalal dan mengharuskan semua perkara maka ketika itu tersebarlah di dalamnya
dasar-dasar mulhid dan wujudiah, serta kes-kes jenayah sosial dan khianat rumah tangga
akan bercambah dengan banyaknya... maka lahirlah anak-anak yang tidak mempunyai
kemuliaan dan keturunan. Bahkan manusia akan bermusuhan sesama sendiri dan secara
umumnya akan hilang segala nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia.

3- Bahaya dari aspek sosial
Ancaman keruntuhan rumah tangga
Ini disebabkan apabila pemuda menunaikan tuntutan syahwatnya secara haram maka
kebanyakan mereka tidak memikirkan tentang pembentukan rumah tangga, usaha untuk
mendapatkan anak dan memikul tanggungjawab... Begitu juga wanita, apabila terdedah
baginya jalan-jalan penyelewengan dan keruntuhan maka dia tidak lagi berminat untuk
mengandung, tidak rela mempunyai anak dan tidak berfikir untuk bersuami... supaya dia
dapat hidup berdua bersama temannya dalam keadaan bebas, lari dari tanggungjawab dan
terjun ke lembah keharusan.!!

Kezaliman terhadap anak-anak
Kerana anak zina tidak mendapat kasih sayang ibubapanya. Di manakah dia boleh
mendapatkan itu semua sedangkan dia berada di bawah penjagaan hospital dan taman-
taman asuhan.

Kezaliman bagi mereka juga kerana apabila kanak-kanak tersebut besar dan mumayyiz serta
merasakan bahawa dia adalah anak zina maka dia akan mengalami tekanan jiwa. Akhlak
serta sosialnya akan runtuh... Dia akan menjadi penjenayah terhadap individu dan
masyarakat, bahkan terhadap keamanan dan ketenteraman.

Penderitaan lelaki dan perempuan
Ini disebabkan lelaki dan perempuan tidak merasai kehidupan yang tenang dan bahagia
serta kehidupan yang tetap dan mulia... kecuali di bawah lembayung kehidupan suami
isteri yang terbina di atas kasih sayang dan kemesraan serta bersama-sama menunaikan
tanggungjawab. Perkara ini tidak wujud di dalam masyarakat yang tidak banyak berlaku
perkahwinan dan di dalam umat yang menurut kemahuan nafsu dan berlakunya
penyelewengan akhlak.!!

Memutuskan hubungan kerabat dan silaturrahim
Kerana ketika mana pemuda bujang mengikut kemahuan syahwatnya di medan kelazatan
dan perkara-perkara haram... kamu akan melihat bahawa dia seorang yang tersisih dan hina
di sisi kaum keluarga dan kerabatnya yang baik. Ini tanpa syak lagi akan menimbulkan di
dalam jiwanya ruh penderhakaan dan kurang sopan terhadap orang lain... Bahkan dia akan
terdorong ke arah penderitaan yang lebih besar apabila dia melihat ibubapa dan kaum
keluarganya memandang kepadanya dengan pandangan serong dan benci.

Adakah di sana dosa -selepas syirik kepada Allah- yang menyamai dosa memutuskan
hubungan silaturrahim menurut pandangan Islam?.

Begitulah seterusnya bahaya-bahaya lain yang tidak tersembunyi bagi orang-orang yang
mempunyai hati dan penglihatan...

4- Bahaya dari sudut ekonomi. Tidak ragu lagi bahawa orang-orang yang menumpukan perhatian mereka kepada
kelazatan dan syahwat, mengekori segala kekejian dan kehinaan... merekalah penyebab
keruntuhan ekonomi bangsa. Itu adalah kerana:
• lemahnya kekuatan mereka.
• kurangnya hasil pengeluaran mereka.
• mereka mengikut jalan yang tidak dibenarkan oleh syara’

Lemah kekuatan
Ini disebabkan mereka yang menurut kemahuan syahwat dan kejahatan... mereka ditimpa
sakit tubuh badan, pemikiran, akhlak dan jiwa. Tidak ragu lagi bahawa pengidap penyakit
ini akan lemah kekuatannya, lemah tubuh badannya dan runtuh keperibadian. Dengan
keadaan ini mereka tidak berupaya untuk memikul tanggungjawab demi menghasilkan
kemajuan dan tamadun serta membangunkan ekonomi kerana kelumpuhan yang menimpa
tubuh badan mereka.

Kurangnya hasil pengeluaran
Ini disebabkan lemahnya kekuatan dan penyakit yang menimpa mereka... Ia juga
disebabkan penggunaan harta pada jalan penyelewengan dan kegilaan... begitu juga tidak
ikhlas di dalam bekerja serta tidak tekun bekerja untuk menghasilkan pengeluaran yang
tinggi kerana hilangnya dorongan keimanan serta berlakunya keruntuhan akhlak.

Mengikut jalan yang dilarang syarak
Ini disebabkan mereka telah rosak dan tidak ada lagi perasaan takwa kepada Allah yang
memelihara mereka... mereka boleh mengumpul harta untuk memenuhi keinginan
kebendaan dengan apa cara sekalipun?... jalan riba dan judi, jalan kemewahan dan
kepalsuan, jalan rasuah dan suap, jalan mencuri dan memakan harta awam, jalan
memperdagangkan kehormatan, filem seks, majalah lucah, benda-benda yang memabukkan
dan mengkhayalkan, buku-buku seks dan novel-novel yang mengghairahkan...

Dan berbagai lagi cara yang tidak diizinkan oleh syarak untuk menghimpunkan harta yang
mendatangkan kerugian dan mudarat kepada masyarakat dan meruntuhkan akhlak...
kerana dengannya akan hancurlah tenaga pengeluaran, tempat-tempat kerja yang sah akan
terbengkalai. Maka hiduplah masyarakat sebagai tawanan kepada perbuatan
mengeksploitasi dan pencurian... hamba kepada syahwat, syaitan dan hawa nafsu.

Satu persoalan. Kenapa ekonomi dua buah negara besar iaitu Amerika dan Rusia tidak
runtuh sedangkan kedua-duanya adalah pusat penyelewengan dan keruntuhan akhlak?.
Kenapa kedua-duanya tidak ditimpa dengan keruntuhan ekonomi?. Ini adalah kerana
negara-negara tersebut masih berada di tahap kemudaannya. Dan peringkat muda memang
tidak nampak tanda-tanda sakitnya. Tetapi apabila negara ini menuju ke zaman tuanya,
maka akan berlakulah keruntuhan. Menurut sebuah syair Arab;

Burung tidak akan terbang dan meninggi,
Kecuali, sepertimana dia terbang dia akan jatuh.

Kita juga tidak boleh lupa bahawa negara-negara besar pada hari inilah yang telah
memperhambakan umat-umat yang lemah dan bangsa-bangsa yang kecil. Negara-negara
inilah yang telah menghisap darah dan merampas harta benda mereka dan menjadikan
negara-negara kecil sebagai pasar untuk memasarkan hasil pengeluaran mereka... Sekiranya tidak ada perhambaan dan eksploitasi ini, maka akan jelaslah keaiban negara-negara maju
ini, berkurangnya hasil pengeluaran dan keruntuhan tamadunnya berlaku semenjak dari
duhulu lagi. Walau bagaimana pun tanda-tanda keruntuhan ini telah mula kelihatan pada
kerajaan komunis di bidang perniagaan, pengeluaran dan import.

5- Bahaya dunia dan akhirat:
Akhirnya, pemuda-pemuda Islam yang berjalan terumbang-ambing di dalam keruntuhan
dan penyelewengan itu akan ditimpa dengan empat perkara yang telah disebut tanda-
tandanya oleh Rasulullah s.a.w :

Maksudnya: Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada zina kerana padanya terdapat empat ciri;
menghilangkan kejernihan daripada air muka, memutuskan rezeki, menimbulkan kemurkaan Ar
Rahman dan menyebabkan kekal di dalam neraka.

Di antara bahaya agama lagi ialah penzina ketika dia berzina, terlucut daripadanya iman
dan Islam... Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w,
Maksudnya: Tidak berzina seorang penzina ketika dia berzina sedangkan dia seorang yang beriman.

Di antara bahaya di akhirat pula ialah penzina -sekiranya dia tidak bertaubat- akan dilipat
gandakan azab ke atasnya pada hari akhirat. Allah berfirman:

Maksudnya: Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan
tidak membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan
oleh syara’), dan tidak pula berzina, dan sesiapa melakukan yang demikian akan mendapat balasan
dosanya; Akan digandakan baginya azab pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu
dengan menerima kehinaan. (Al Furqan: 68-69)

Itulah -wahai para pemuda- bahaya-bahaya utama hasil daripada melakukan perkara-
perkara keji dan meraba-raba di dalam kegelapan keruntuhan dan penyelewengan... Ia
adalah bahaya -sebagaimana yang kamu saksikan wahai para pemuda- yang memudaratkan
kesihatan, akhlak, masyarakat, ekonomi dan agama...

Tidak ragu lagi -wahai para pemuda- apabila kamu memperkuatkan seruan dakwah dengan
hujah dan dalil yang jelas serta logik akal yang tajam... maka manusia akan menerima
kebenaran dan petunjuk serta berhenti daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran,
bahkan keadaan dan akhlak mereka akan berubah. Dengan itu, mereka mempunyai
persediaan yang sempurna... untuk bergabung dengan jemaah Islam dan menambah
bilangan di barisan pemuda yang bekerja dan berjihad di jalan kebenaran... yang bangun
menjalankan peranannya yang terbesar di dalam usaha pengislahan dan perubahan.

Keempat: Kamu hendaklah berakhlak dengan akhlak yang tinggi dan mulia yang menjadi
seruanmu... Ini disebabkan orang yang mempunyai sifat yang mulia, ketika dia menyeru manusia
kepada kebenaran, dia menyeru dengan penuh rasa kasih sayang dan mempergauli mereka
dengan baik... Tidak ragu lagi bahawa dakwahnya lebih berkesan dan ramai manusia yang
menerimanya... Sifat lemah-lembut, belas kasihan, tawadhu’ dan akhlak yang mulia... pada
hakikatnya adalah hasil daripada keimanan, akhlak yang di bawa oleh Islam dan tunjuk ajar
Rasulullah s.a.w.

Baihaqi meriwayatkan daripada Amru bin Syuaib daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Maksudnya: Sesiapa yang menyuruh melakukan kebaikan maka dia hendaklah
melaksanakannya dengan baik.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w:

Maksudnya: Sesungguhnya apabila lemah-lembut berada pada sesuatu maka ia akan
menperelokkannya, dan apabila ia luput daripada sesuatu maka ia akan menghodohkannya.

Imam Muslim juga meriwayatkan hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu lembut
dan suka kepada sifat lemah-lembut. Allah memberi kepada sifat lemah-lembut apa yang
tidak diberi kepada sifat keras dan tidak diberi kepada yang selainnya.”
Saya teringat satu kisah yang diriwayatkan oleh orang yang thiqah mengenai Abu Jaafar Al
Mansur: Seorang pemberi ingatan telah datang menemui Abu Jaafar dan dia bercakap kasar
dengan baginda. Lalu Abu Jaafar berkata kepadanya: Wahai si fulan berlemah lembutlah
denganku. Allah telah mengutuskan orang yang lebih baik daripada engkau kepada orang
yang lebih jahat daripada aku, Allah telah mengutuskan Musa kepada Firaun, lalu Allah
berfirman kepada Musa:

Maksudnya: Maka berkatalah kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lembut, moga-moga dia
beringat atau takut.

Lelaki tersebut merasa malu terhadap apa yang berlaku dan dia sedar bahawa dia tidaklah
lebih mulia daripada Musa, dan Abu Jaafar bukanlah orang yang lebih jahat daripada
Firaun.

Prinsip lemah-lembut adalah perkara yang disuruh oleh Al Quran secara jelas;

Maksudnya: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai
Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu).
Dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.

Pada perhitungan saya -wahai para pemuda- ketika salah seorang di kalangan kamu berada
bersama-sama dengan manusia dan menyeru mereka kepada Allah berbekalkan perasaan
kasih sayang, lemah-lembut dan merendah diri... maka Allah akan mengurniakan kebaikan
dan manfaat yang banyak melalui kamu. Bahkan kamu akan menjadi seperti bintang-
bintang yang bersinar yang memberi petunjuk kepada orang-orang yang kehairanan dan bulan purnama yang bercahaya yang menjadi penerang jalan kepada orang-orang yang
menyeleweng dan sesat.

Pada perhitungan saya -wahai para pemuda- ketika salah seorang di kalangan kamu berada
bersama-sama dengan manusia dan menyeru mereka kepada Allah berbekalkan perasaan
kasih sayang, lemah-lembut dan merendah diri... maka Allah akan mengurniakan kebaikan
dan manfaat yang banyak melalui kamu. Bahkan kamu akan menjadi seperti bintang-
bintang yang bersinar yang memberi petunjuk kepada orang-orang yang kehairanan dan
bulan purnama yang bercahaya yang menjadi penerang jalan kepada orang-orang yang
menyeleweng dan sesat.
Akhirnya, ingatlah wahai para pemuda!!.
Selama-lamanya tidak memadai dengan engkau berkata: Kami telah memperbaiki keadaan
kami dengan keimanan yang kami miliki, dengan Islam, akhlak kami telah luhur dan kami
tidak akan dimudaratkan oleh orang-orang yang sesat kerana kami telah mendapat
petunjuk...

Tidak, ini sekali-kali tidak memadai. Bahkan tanggungjawab kamu -wahai para pemuda-
adalah lebih besar daripada itu... Tanggungjawab kamu ialah mara ke depan dengan
kesungguhan bekerja, membebaskan diri dari kongkongan perasaan malas dan lemah serta
mengharungi kehidupan dengan penuh keazaman dan keikhlasan, tidak dihalang oleh rasa
gementar dan sebarang rintangan... untuk melayakkan kamu melaksanakan tanggungjawab
yang besar di dalam menghadapi cabaran-cabaran keruntuhan dan penyelewengan yang
mencengkam umat Islam. Bahkan menjadi kewajiban kamu membebaskan masyarakat
Islam dari lembah kerosakan, penyelewengan dan faktor-faktor keruntuhan berdasarkan
langkah-langkah positif dan marhalah-marhalah yang telah dikaji... Semoga Allah sentiasa
bersama kamu dan Dia tidak akan membiarkan usaha kamu begitu sahaja kerana Dia telah
berjanji di dalam kitabNya yang mulia:

Maksudnya: Sekiranya kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk
mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Muhammad: 7)

0 Comments: